Bagi mereka yang sering rasa tidak selesa, senak atau sakit pada
bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian,
apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.
Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik,
tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati
terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala
penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.
Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai
rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan
gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi
mampu ditanggung badan. Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik
adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.
Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir
tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun
untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin
mencecah puluhan biji.
Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan
membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan
terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya
sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi mengurangkan masalah
terbabit..
Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan
kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair
hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai
penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan
darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.
Jika satu ketika dulu individu yang mengalaminya berusia 40 tahun ke
atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan
menghidapnya. Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera.
Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara hidup moden yang
serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan mengandungi
banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping
pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik,
alkohol dan rokok.
Penyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
Kolik hempedu
Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut
di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit
mengalami kekejangan. Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati
dan membawa ke bahagian belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa
singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi
radang (acute Cholecystitis).
Kronik Cholecyctitis
Keradangan kelenjar pankreas.
Gejala batu karang dalam hempedu:
- Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
- Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas perut.
- Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
- Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
- Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
- Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
- Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa).
- Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan
i- Pembedahan
- Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskopi
iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu
berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan
boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
- Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas
pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk
mencernakan diet yang normal.
ii- Bukan pembedahan
Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan
dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit,
doktor akan mencadangkan:
- Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.
PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)
Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca
apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni dalam
kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).
- Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
- Hari ke-6 jangan makan malam
- Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
- Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
- Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
- InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang
• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan
terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka
dalaman
• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA,
BRUNEI, SINGAPOR
No comments:
Post a Comment