Thursday, 11 August 2016

Pengedar Shaklee Bintulu :Bahaya Kurang Kalsium bagi Ibu HAMIL dan Ibu yang MENYUSUKAN anak!!


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/ kredit gambar : http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0128/Kosmo/Pesona/ps_01.1.jpg

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.

Ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari.

Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari?

Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.





Para ibu hamil dan ibu menyusukan juga boleh dapatkan set Hamil dan set Bersalin dan Menyusu yang disediakan khas oleh pihak Shaklee 😍

 Set Hamil Shaklee

 Postnatal Shaklee






***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 10 August 2016

Pengedar Shaklee Bintulu : KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT
1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?
Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.




MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Tuesday, 2 August 2016

PENGEDAR SHAKLEEBINTULUKebaikan Shaklee Collagen Powder dan Testimoni


Shaklee Collagen Powder, juga dikenali sebagai SCP, merupakan supplement collagen yang amat diminati oleh ramai orang terutamanya wanita. Kenapa? Mesti sebab pertama ialah untuk inginkan kulit yang lembut, mulus gitu.. Kan? Banyak testimoni positif yang kami terima daripada customer kami! ツ tapi sebenarnya, COLLAGEN ada banyak kebaikan lain selain daripada kecantikan kulit yang anda perlu tahu. Jom kami kongsikan apa kebaikan Collagen.
Kenapa Collagen Penting Untuk Kita?
❁ Kalau kita tengok bayi yang baru lahir, kulit mereka gebu dan tak berkedut.. Ini kerana kandungan collagen dalam badannya sangat tinggi dan mencukupi
❁ Semakin usia kita meningkat, kandungan collagen dalam badan akan berkurangan, dan faktor usia itu juga menyebabkan badan kita kurang menghasilkan collagen baru sebab itu kulit kita semakin kusam, mula berkedut, sendi dah mula sakit
❁ Tambahan pula kita sering terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat, hormone yang tidak stabil, stress, sinaran UV yang tinggi.. semua itu mengurangkan lagi penghasilan collagen dalam badan kita

Apakah Perbezaan SCP dengan supplement Collagen lain?
✔ Mengandungi 4,000mg RSS Collagen iaitu dari Sisik Ikan Merah proprietari, sejenih collagen tulen dan bermutu tinggi
✔ Sangat rendah dalam berat molekular (1,000 Dalton) dan ia mudah diserap oleh tubuh
✔ Membantu meningkatkan sintesis collagen pada lapisan dermis dengan berkesan
✔ Antara ramuan SCP lain ialah…
➻ Ekstrak biji Camellia Japonica (pelembap kulit, antioksidan semulajadi)
➻ Ekstrak Pfaffia (menjadikan kulit lembat, lembut, licin)
➻ Elastin daripada Collagen Ikan (kulit menjadi tegang)
➻ Vitamin C (menggalakkan penghasilan collagen)
➻ Vitamin B (membebaskan tenaga utk hasilkan collagen)
➻ Ekstrak Kekerang (melincirkan pergerakan sendi)
➻ Lactobacillus Acidophilus (meningkatkan penyerapan collagen)
Inginkan Testimoni? Jom lihat apa kata customer Shaklee!



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Monday, 20 June 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

 Assalamualaikum dan pagi..hari ni saya nak share testimoni dari rakan-rakan shaklee kami... atau lebih kami kenali sebagai shaklee effect ..Jom baca testimoni ni..

TESTIMONI 32: ZETI HAFIZA ZAKARIA
.

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ]

Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan.
.

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari.
.


Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.
.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.

 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :TONSIL, BATUK & SELSEMA ANAK-ANAK CEPAT HILANG DENGAN SET KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan pagi..hari ni saya nak share testimoni dari rakan-rakan shaklee kami... atau lebih kami kenali sebagai shaklee effect...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TESTIMONI 33: MAMA YUSUFF

[ TONSIL, BATUK & SELSEMA ANAK-ANAK CEPAT HILANG DENGAN SET KANAK-KANAK ]
.

Assalamualaikum.

Saya mengenali produk Shaklee kerana SET BERPANTANG semasa berpantang anak sulong, Muhammad Yusuff dan anak kedua juga masih setia dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, sangat bagus dan berkesan bagi saya.
.

Apabila anak-anak membesar, diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermulanya asthma anak sulong dan pelbagai rawatan telah dicuba. Tetapi asthma masih berulang. Beliau juga kerap selsema dan batuk. Sehinggalah,saya memberikannya SET KANAK-KANAK SHAKLEE.
.

Alhamdulillah, nampak perubahannya apabila masalah asthma dah hilang. Cuma kadangkala selsema bertandang dan cepat hilang apabila diberi Omega Guard dan Chewable Vitamin C.
.

Kini anak sulong sudah berusia 3 tahun dan Yusuff sentiasa aktif. Tapi, ada satu masalah yang dialami Yusuff iaitu tonsil dan kerap demam. Pernah jumpa doktor dan disahkan tonsil tahap 2. Kata doktor, tonsil mungkin akan ganggu aktiviti seharian beliau dan buatkan beliau lemah dan tidak aktif.
.

Selepas itu,saya nekad berikan Yusuff 3 biji Chewable Vitamin C sehari dan juga berikan Nurtiferon 3 kali seminggu. Tidak lupa juga Omega Guard setiap hari & juga Mealshakes. Alhamdulillah, sudah 2 bulan tidak demam dan aktif macam biasa.
.

Anak kedua saya, Muhammad Hud berusia 8 bulan juga mudah selsema dan batuk. Semasa berusia 5 bulan, Hud kerap demam, selsema dan batuk. Apabila usia Hud 7 bulan,saya berikannya Omega Guard, Chewable Vitamin C & juga secubit Nutriferon, Alhamdulillah, sehingga sekarang (11.6.2016 nanti usia 9 bulan) beliau dah tak demam seperti dulu.
.

Syukur alhamdulillah. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk anak-anak, kesihatan mereka dari hari ke hari semakin baik. Mereka cepat belajar dan cepat memahami. Sebagai ibu, kesihatan anak-anak sangat penting dan kini, saya dah tak risau lagi.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :SELEPAS AMALKAN MEAL SHAKES, ANAK SAYA TIDAK LAGI FOBIA UNTUK KE TANDAS

 
 
Assalamualaikum dan pagi..hari ni saya nak share testimoni dari rakan-rakan shaklee kami... atau lebih kami kenali sebagai shaklee effect ..Jom baca testimoni ni
 
TESTIMONI 34: NAJIHAH ABDUL MUTALIB


[SELEPAS AMALKAN MEAL SHAKES, ANAK SAYA TIDAK LAGI FOBIA UNTUK KE TANDAS]
.

Assalamualaikum.

Saya dan keluarga telah mengamalkan produk Shaklee sejak penghujung tahun 2012. Salah satu #shakleeeffect paling menggembirakan hati saya ialah kesan yang dialami oleh anak sulung saya, Muhammad Haziq yang kini berusia 12 tahun. Jom saya kongsikan kisah anak saya dengan anda di sini.
.

Sejak berusia setahun lebih, Haziq sudah mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar. Pelbagai cara yang dah saya lakukan, namun setiap kali nak membuang pasti dia akan mengalami kesukaran. Najisnya keras dan menyebabkan pendarahan berlaku. Bila situasi ini terjadi, Haziq akan menangis setiap kali hendak membuang air besar dan akhirnya menjadi fobia untuk ke tandas.
.

Sebagai ibu, saya sangat susah hati melihat keadaan anakanda tersayang. Bahkan saya turut menangis setiap kali melihat ‘kesengsaraan’ yang beliau alami waktu itu. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana anak sulung saya ini kurang gemar makan sayur.
.

Setelah saya mula kenal dengan Shaklee, saya mencari banyak maklumat berkaitan vitamin untuk kanak-kanak yang dapat membantu masalah sembelit anak saya. Setelah saya melakukan pembacaan tentang testimoni dan kebaikan Meal Shakes iaitu multivitamin lengkap untuk anak-anak, saya pun membuat keputusan untuk cuba memberikannya kepada anak saya, Haziq.
.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur selepas beberapa lama memberikan Meal Shakes kepada beliau, saya perasan Haziq tidak lagi merasa takut untuk membuang air besar. Pada awal-awal amalkan Meal Shakes dulu, selang sehari atau dua hari pasti beliau akan membuang air besar dan secara tak langsung akan mengelakkan najis beliau menjadi keras.
.

Kalau sebelumnya dulu, pernah hampir 3 minggu dia tak ke tandas..kalau ke tandas pun, Haziq akan duduk dalam tandas berjam-jam lamanya setiap kali nak membuang. Dan setiap kali itu juga saya akan tunggu di luar pintu tandas, nak tahu apa masalahnya. Setelah saya perasan perubahan positif yang anak saya alami, saya pun bertanyakan beliau bagaimana keadaan beliau, adakah masih mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar.
.

Haziq yang berusia lebih kurang 9-10 tahun ketika itu memberitahu saya, beliau tak alami masalah lagi sewaktu nak buang air besar. Tak ada rasa sakit lagi dan tak berlaku pendarahan lagi. Saya sangat bersyukur mendengar cerita anak saya ini kerana dengan izin Allah derita sembelit yang beliau alami sejak beberapa tahun akhir pulih dengan bantuan vitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang dah saya berikan pada beliau. Saya juga menggalakkan beliau untuk mengambil air kosong yang mencukupi setiap hari.
.

Sehingga kini saya masih terus memberikan anak-anak saya minuman yang dicampur dengan Meal Shakes. Haziq sangat aktif dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum di sekolah mahupun di luar sekolah tanpa sebarang gangguan lagi. Kekadang, masalah sembelit memang akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk bergerak aktif dalam sebarang aktiviti. Dan sekiranya dibiarkan masalah sembelit itu, ia boleh membawa kepada satu lagi masalah yang berkait iaitu buasir.
.

Jadi, kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sering mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar, saya sangat menyarankan agar anda semua memberikan Meal Shakes kepada anak anda sebagai satu ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Meal Shakes mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang amat diperlukan oleh tubuh badan anak-anak kita. Selain baik untuk sembelit, Meal Shakes juga dapat membantu menambah selera makan anak-anak, menguatkan system imun, asthma, eczema dan lain-lain lagi. Dan yang bestnya, ia amat sesuai untuk dewasa dan anak-anak yang susah untuk menelan pil!
.

Demikianlah satu lagi kisah #shakleeeffect keluarga saya yang ingin saya kongsikan dengan nada semua. Kami dah mengamalkan Shaklee, anda bila lagi? Shaklee dijamin HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Cubalah hari ini.
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :RESDUNG BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE

Assalamualaikum dan pagi..hari ni saya nak share testimoni dari rakan-rakan shaklee kami... atau lebih kami kenali sebagai shaklee effect ..Jom baca testimoni ni
 
TESTIMONI 35: ZAINAH MUKHTAR


[RESDUNG BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE]
.

Assalamualaikum

Saya nak share testimoni suami saya yang mengamalkan Set Resdung Shaklee. Perkenalan kami dengan vitamin Shaklee bermula dengan Set Resdung ni. Terus kami sekeluarga jatuh cinta dengan vitamin Shaklee sehingga ke saat ini.
.

Suami ada masalah resdung sejak sekian lama dah. Pernah pergi berjumpa doktor dan doktor hanya memberikan ubat titis atau spray ke dalam hidung bagi mengurangkan masalah bersin setiap pagi. Doktor juga suruh suami beli sendiri di farmasi apabila ubat dah habis.
.

Saya nekad mahu suami mencuba Set Resdung Shaklee sebab saya tidak mahu suami bergantung kepada ubat spray tersebut. Ubat tersebut tidak mampu menghilangkan masalah resdung suami saya, ianya sekadar untuk sementara sahaja.
.

Pada penghujung April 2014, suami bersetuju untuk mencuba Set Resdung yang terdiri daripada Alfalfa, vitamin C, B Complex, Garlic dan juga Zinc.
.

Alhamdulillah selepas seminggu konsisten amalkan, bersin ibarat mesingan setiap pagi telah berkurangan. Kami pada mulanya hampir tak perasan yang suami dah kurang bersin. Syukur sangat.Saya dah tak stress dengar suami bersin setiap pagi. Suami pun lebih sihat dan gembira. Tak perlu lagi ubat spray dalam hidung!
.

Selain masalah resdung, suami juga kerap kena sakit kepala atau migrain dan bergantung pada panadol setiap kali ianya datang menyerang. Secara tak sengaja juga masalah sakit kepala suami dah takde dan dah boleh say bye bye pada panadol!
.

Sesekali datang sakit kepala pun bila stress kerana kerja banyak, itu biasa la tapi tak perlukan lagi panadol cukup dengan upkan dose B Complex untuk kawal stress.
.

Kami sangat berpuashati dengan vitamin Shaklee sebab ianya sangat berkesan dan dibuat pula secara semulajadi dan melalui proses R&D yang ketat juga. Jaminan keselamatan dan keberkesanan paling utama bagi kami dalam memilih suplemen. Berbaloi dengan wang ringgit yang kami laburkan pada Shaklee untuk kami tingkatkan tahap kesihatan kami sekeluarga untuk jangkamasa panjang.
.

Saya sangat syorkan kepada anda di luar sana yang ada masalah resdung dan bersin2 setiap pagi untuk cuba amalkan Set Resdung Shaklee ni.
.

Kami sudah. Anda bila lagi?

Inilah Shaklee Effect kami.

Terima kasih Shaklee
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….