Thursday, 21 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Cantik: Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis


Cantik: Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Dagu yang runcing menambah saham wanita, membuatkan penampilan wajah tampak sempurna. Ya, agak ramai wanita yang berlumba-lumba mahu memiliki bentuk dagu yang menawan.

Ada yang sanggup melakukan suntikan dan pembedahan plastik semata-mata mahu memastikan dagu tidak berlapis. Sebenarnya tak perlu melakukan prosedur kosmetik, cukup sekadar amalkan tip ini...


1. Jangan Tidur Siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.


2. Urutan
Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.


3. Jaga Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.


4. Masker Putih Telur
Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.


5. Senaman Wajah
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


6. Ketawa/ Berbicara
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : KELEBIHAN ZINC SHAKLEE

  credit : http://vitaminsihatku.blogspot.my/2013/06/zinc-shaklee.html

Apa itu zinc

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Kelebihan Zinc Shaklee

1. Dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk hasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
3. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh


KHASIAT
PENERANGAN
Mengaktifkan 200 jenis enzim
Berkebolehan mengabung DNA,RNA & protein seterusnya merangsang sel2 baru.
Mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh utk memelihara pertumbuhan gigi & para remaja.
 Membentuk Kolagen
Membantu pembentukan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan serta perkembangan kulit,kuku & organ. 
Memperbaiki Diabetes
Membantu pengeluaran & pengekalan insulin serta mencegah diabetes.
Bintik putih kuku
Tanda kekurangan zinc yg boleh mnyebabkan depresi,lemah daya ingatan,mudah sakit,pemulihan luka yg lambat,pembengkakan prostat,anemia,lemah daya penglihatan @ hilang daya penglihatan
Mempertingkatkan sistem imum
Membantu pengeluaran kelenjar thymus.
Kelenjar Thymus mempertingkatkan sistem imum dgn pengeluaran T-cells utk mnentang kanser & menghalang virus@bakteria penyakit.
Cepatkan pemulihan luka
Memulihkan luka dalam & luaran selepas pembedahan, memperbaiki alergi & bintik dikulit.
**hancurkan zinc & tabur ditempat luka utk mempercepatkan pemulihan luka.
Memperbaiki masalah prostat
Melindungi masalah kesihatan prostat,memperbaiki & menyembuh pembesaran kelenjar prostat
**Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dlm kadar 70%
Kemampuan seks lelaki
Pengambilan utk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki,menggalakkan penghasilan sperma & impoten.
Zinc yang secukupnya penting utk keupayaan seks yg bertenaga.
Ovulasi wanita
Membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.
Memperbaiki radang kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sbanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit sperti akne & jerawat.
Mengekalkan deria bau
Kekalkan deria bau yg sihat & sensitive (rasa & bau)
**Zinc adalah khazanah lelaki. Tahukah anda zinc dlm prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain & merupakan peranan penting dlm organ seks lelaki.
Rawatan Ekzema
Juga dikenali sebagai dermatitis atopic iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan.
Zink menyembuhkan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
Rawatan Jerawat
Mineral ini mampu menghilangkan jerawat dari kulit dengan mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yg memainkan peranan yg dominan dalam menyebabkan jerawat.
Berhubungkait dengan sintesis kolagen yg membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit & kekalkan kulit sihat.

Fungsi Biologi
Seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman
Rawatan Botak
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Pemulihan yang disyorkan oleh doktor  ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink.
Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
Rawatan Buta Malam
Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan.
Dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.


zinc complex, khasiat,untuk lelaki, ekzema, seks lelaki
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
KELEBIHAN dan KEBAIKAN Zink Complex Shaklee zinc-complex 1) Meningkatkan sistem imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit. 2) Diabetis – membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin. 3) Kanser prostat – pengambilan zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%. 4) Ovulasi wanita – wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya. 5) Memperbaiki radang kulit – Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat. 6) Jerawat – Zink bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 7) Kelesuan kronik 8) Mengekalkan deria bau – Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif 9) Kemampuan seks lelaki – zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma 10) Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 11) Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ. 12) Penyembuhan luka yang cepat – zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 13) Rabun malam Zink / Zink Complex Shaklee adalah suatu khazanah lelaki Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua. boleh baca lebih lanjut mengenai Vitamin Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki. dengan harga serendah RM33 /120 biji ianya amat berbaloi untuk anda

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kelebihan dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee 0 comments Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kelebihan dan kebaikan Zink. Hari ini saya ingin share dengan anda kebaikan Zink Complex Shaklee. KELEBIHAN dan KEBAIKAN Zink Complex Shaklee zinc-complex 1) Meningkatkan sistem imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit. 2) Diabetis – membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin. 3) Kanser prostat – pengambilan zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%. 4) Ovulasi wanita – wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya. 5) Memperbaiki radang kulit – Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat. 6) Jerawat – Zink bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 7) Kelesuan kronik 8) Mengekalkan deria bau – Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif 9) Kemampuan seks lelaki – zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma 10) Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 11) Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ. 12) Penyembuhan luka yang cepat – zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 13) Rabun malam Zink / Zink Complex Shaklee adalah suatu khazanah lelaki Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua. boleh baca lebih lanjut mengenai Vitamin Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki. dengan harga serendah RM33 /120 biji ianya amat berbaloi untuk anda

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kelebihan dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee 0 comments Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kelebihan dan kebaikan Zink. Hari ini saya ingin share dengan anda kebaikan Zink Complex Shaklee. KELEBIHAN dan KEBAIKAN Zink Complex Shaklee zinc-complex 1) Meningkatkan sistem imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit. 2) Diabetis – membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin. 3) Kanser prostat – pengambilan zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%. 4) Ovulasi wanita – wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya. 5) Memperbaiki radang kulit – Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat. 6) Jerawat – Zink bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 7) Kelesuan kronik 8) Mengekalkan deria bau – Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif 9) Kemampuan seks lelaki – zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma 10) Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 11) Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ. 12) Penyembuhan luka yang cepat – zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 13) Rabun malam Zink / Zink Complex Shaklee adalah suatu khazanah lelaki Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua. boleh baca lebih lanjut mengenai Vitamin Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki. dengan harga serendah RM33 /120 biji ianya amat berbaloi untuk anda

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Tuesday, 19 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : PETUA MENGHILANGKAN MASALAH PERUT KEMBUNG

Selama sebulan lebih saya mengalami masalah perut berangin ataupun perut kembung.  Sudah beberapa kali saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, namun masalah masih juga tidak selesai.  Bermacam-macam ubat telah saya ambil untuk menghilangkan angin tersebut, namun sehingga kini perut saya masih kembung.

Yang peliknya saya kentut dan sendawa beberapa kali, namun angin tersebut seakan-akan tidak mahu hilang.  Ianya seperti keluar angin lama, masuk angin baru.  Pelik.  Saya terfikir-fikir, dari mana datangnya angin tersebut.  Adakah daripada makanan yang saya ambil?

Saya cuba untuk menjaga diet saya.  Makanan yang boleh mendatangkan angin, saya elakkan.  Saya juga makan mengikut masa yang sesuai.  Namun masalah seperti tidak mahu meninggalkan saya. Perut saya masih tidak selesa.
Saya banyak melayari internet untuk mencari apakah punca-punca yang dapat menyebabkan masalah perut berangin ini dan apakah petua yang dapat saya amalkan untuk mengubatinya.  Daripada pembacaan ini, saya dapati banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah angin berlebihan, diantaranya iala
  1. Tekanan – Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
  2. Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
  3. Merokok
  4. Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
  5. Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara
  6. Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
  7. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
  8. Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
  • Bunga kubis
  • Kekacang
  • Kubis
  • Kubis Brussels
  • Brokoli
  • Bran
  • Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
  • Bawang
  • Makanan bergoreng dan banyak lemak
Untuk mengurangkan/menghilangkan angin tersebut cubalah kita amalkan kaedah berikut:-  
  1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
  2. Banyakkan minum air kosong.
  3. Kurangkan udara yang anda sedut.
  4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
 
Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
 
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.  Minum ramuan ini sebulan sekali.
  2. Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat).  Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih.  Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.  Kemudian tapis dan ambil airnya.  bahagikan kepada dua bahagian.  Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut.  lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
     
     
    ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
    TUMARAWATI BINTI MANSHOR
    SID 892671
    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 6 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 20 Rahsia Awet Muda Untuk ''Hot Mama'. Mesti Amalkan!


hot mama
Bergelar ibu bukan bermakna anda perlu tampil selekeh. Jangan jadikan kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sebagai alasan tak boleh bergaya.
Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun tetapi anda boleh berusaha kekal bertenaga dan sihat sentiasa.
Berikut adalah rahsia mudah yang semua mama boleh amalkan.

1. Makan Buah Dan Sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala, buah pula lebih enak dimakan segar.
2. Amal Ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Malah, ia turut mempunyai bahan anti-bakteria dan antioksidan.


3. Ambil Vitamin C
Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Jadi, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat dapat membantu anda Mamemperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

5. Makan Antioksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya, tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.


6. Banyakkan Serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda. Untuk itu, anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

7. Minum Air Kosong
Minum enam hingga lapan gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ-organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga, anda berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet Seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Maka dengan itu, ambillah diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat kira-kira 50 hingga 60 peratus, protein 10 hingga 20 peratus dan lemak 20 hingga 30 peratus Jadi, jumlah kalori keseluruhan yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan Sedikit Tetapi Kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.

10. Rajin Makan Ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara tidak langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah sempit. Untuk itu, anda digalakkan untuk mengambil ikan laut 3 kali seminggu.

11. Minum Susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak susu pula berperanan menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

12. Kurangkan Daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi, ambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam Secara Teratur
Kadang kala agak sukar untuk anda meluangkan waktu untuk bersenam setelah seharian bekerja. Namun, anda tetap disyorkan untuk berusaha melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam, bukan sahaja otot dan tulang menjadi kuat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang.
14. Cukup Tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka, usahakan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan itu, ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam.

15. Gunakan Pelembap
Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan mengolesnya dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan Pelindung Matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Jadi, lindungi wajah dengan menggunakan losen pelindung matahari secara teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih Kosmetik
Akibat salah memilih produk kecantikan, ia boleh memberi kesan buruk pada wajah anda. Jadi, kenali dahulu jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai. Jangan terpengaruh dengan iklan tertentu. Hanya gunakan produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda.
18. Berfikiran Positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Hal ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Maka dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dalam mengatasi apa jua masalah yang dihadapi.

19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, jangan hanya duduk memerap di rumah. Sebaliknya, luaskan jaringan sosial anda dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda juga.

20. Selalu Bahagia
Berasa bahagia akan membuatkan anda kelihatan muda. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, usahakan untuk menghindari diri daripada tekanan agar wajah lebih berseri-seri dan lebih muda daripada usia sebenar.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday, 5 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :RESPONSE APABILA DI PATUK ULAR

RESPONSE APABILA DI PATUK ULAR
Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular?
1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'. 

2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone wink emoticon

3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda wink emoticon. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula. 

4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda. 

5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu. 

6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah! 

7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok. 

8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah. 

9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu. 

Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut. 


10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital anda. 

11. Tidak semestinya setiap gigitan ular memerlukan ubat Antivenom!
DIGIGIT ULAR TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTIVENOM!!! 


12. Antivenom perlu diberikan hanya pada kes2 yg memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Ini adalah kerana antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan. 

13. Keputusan memberikan ubat antivenom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.
‪#‎KESIMPULAN‬:

1. Cuba utk sentiasa bertenang jika digigit ular.
2. Kurangkan pergerakkan seminima mungkin. Pasang anduh jika perlu.
3. Dapatkan bantuan segera utk ke hospital. HUBUNGI 999 tanpa segan silu.
4. Sila cam kan rupa ular bagi tujuan pengesahan spesies di hospital untuk memudahkan strategi rawatan. Setiap jabatan kecemasan akan mempunyai album dengan galeri gambar ular bagi memudahkan pesakit mengecam jenis ular yg menggigit mereka.
5. Kaedah merawat gigitan ular memang mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemerhatian utk kesan envenomasi secara teliti adalah amat mustahak. Jika anda menunggu lama dan mahukan penjelasan sila bertanya kepada doktor atau kakitangan yg bertugas.
p/s: 

APA YANG ANDA JANGAN LAKUKAN: 

Tolong jangan berselfie ketika mengambil gambar ular tersebut.
Sumber :
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan

------------------------------
Bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas sebagai "first responder" dan merespon kes "snake bite" ilmu mengenai perkara ini amatlah perlu kerana ia nya bukan sahaja untuk keselamatan mangsa malah untuk keselamatan diri sendiri. Apa yang perlu di lakukan ialah, perlu balik kepada "algorithm" menyelamat DRABCD di mana PPP perlu pastikan kawasan persekitaran tersebut selamat dan pastikan pesakit bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Jangan sesekali "torniquet" (mengikat) anggota yang terkena dan jika orang awam sudah "torniquet" jangan buka sehingga sampai ke Jabatan Kecemasan & Trauma. Tambahan lagi, sebarang bentuk IM injection termasuk "pain killer" merupakan kontraindikasi bagi perkara ini kecuali atas pertimbangan Pakar dan Pegawai Perubatan Kecemasan.
-HBR-

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).


ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH


i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.


c) NAJIS BERDARAH 


i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.


d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.


b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. 


Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.


d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….