Dalam hidup ini, tiada apa pun yang
mustahil untuk kita gapai jika kita berusaha. Bak kata pepatah, di mana
ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Cuma, tiap sesuatu untuk dicapai
itu semuanya kena ada usaha.
Kisah transformasi gadis ini yang
dulunya berbadan gempal, kini penampilannya cukup luar biasa sehingga
menjadi sumber inspirasi untuk kita semua. Jadi, beliau telah
berkongsikan sedikit rahsia dan tips bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kg.
Sumber perkongsian ini diperolehi daripada instagram frhdynh_. Menurut
gadis ini, beliau mengalami dilema berat badan berlebihan dengan susuk
tubuh yang gempal sejak zaman sekolah menengahnya. Jadi akibat malu
dengan bentuk fizikalnya, beliau mengambil inisiatif untuk transformasi
dari gadis bertubuh badan gempal kepada gadis yang kurus, langsing malah
lebih cantik.
Berikut tips yang diberikan oleh gadis
ini bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam
masa setahun tanpa pengambilan suplemen atau pil kurus. Antara tips mudah yang beliau amalkan ialah:
1. Tidak mengambil gula atau sebarang air manisan
2. Tidak mengambil minuman sejuk dan berais
3. Jauhi pengambilan makanan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat, nasi)
4. Amalkan pengambilan air kosong 2liter setiap hari
5. Tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam
6. Bahagikan porsi makanan kepada 4
bahagian. Guna pinggan kecil. 1/4 nasi, 1/4 protein (ayam, ikan).
Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain
lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.
7. Minum air 30 minit sebelum dan
selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat
turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya
tahan dulu dari minum sebarang air.
8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan pengambilannya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohidrat.
9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja.
10. Pastikan minum air detox kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan.
11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh.
12. Jangan terus mandi lepas makan.
13. Jaga waktu tidur. Pastikan dapat tidur yang mencukupi.
14. Ambil berat pada diet makanan yang diambil. Boleh juga cara berdiet ala diet Atkins.
Jadi, agak-agak anda yang dalam target
nak kurus boleh cuba ikut cara gadis ini tak? Sudah tentu boleh sebab
jika orang lain boleh maka tidak hairan anda juga boleh kurus dan
turunkan berat badan. Apa yang penting, keazaman dan fokus pada apa yang
telah disetkan. Anda juga mesti nak cantik, kurus dan ramping seperti
gadis ini. Jom, kurus!!!!!
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment