10 Tips Langsing Tanpa Diet Ekstrem
Foto: Sekadar Hiasan
Diet Ekstrem.Tanpa senaman berat atau diet ekstrem, anda juga boleh kekal langsing. Nak tahu macam mana, baca artikel ini sampai habis.
Ada sebahagian orang yang memiliki tubuh langsing semulajadi tanpa melakukan sebarang diet ekstrem ataupun senaman berat. Sebenarnya mereka bukanlah langsing daripada gen, sebaliknya kerana kebiasaan mereka sehari-hari. Jom semak, apa rahsia untuk kekal langsing tanpa diet ekstrem. Ia mungkin bermanfaat buat anda yang benar-benar mahu kurus tanpa sebarang tekanan!
10 Cara Langsing Tanpa Diet Ekstrem
1. Lakukan senaman ringkas
Lakukan senaman ringkas setelah bangun daripada tidur. Anda boleh membuat senaman ringan, berlari-lari setempa, push up atau sit up. Ia akan membangkitkan semangat pagi dan juga boleh membantu metabolisme tubuh.
2. Mulakan dengan air putih
Minumlah dua cawan air putih sebelum makan kerana ia akan membantu anda menurunkan berat badan. Menurut satu kajian yang dibuat oleh Virginia Tech, air putih boleh membuatkan anda kenyang sehingga anda cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan sehingga 75-90 kalori. Jadi, untuk lebih langsing cubalah minum air putih ketika anda masih bertungkus-lumus menyiapkan hidangan ataupun sedang menunggu pesanan anda tiba di restoran.
3. Bersarapan dengan protein
Mulakan hari dengan sarapan tinggi protein. Telur merupakan menu yang baik buat anda kerana mengandungi protein yang boleh mengenyangkan perut lebih lama dan membuatkan anda jadi terhindar daripada makan berlebihan.
Baca Juga: Menu Diet Sarapan Pagi
4. Susu Rendah Lemak
Sekitar jam 9 pagi, anda disarankan minum susu tinggi kalsium dengan kandungan lemak yang rendah. Pola makan tinggi kalsium rendah lemak boleh membantu anda menurunkan berat badan.
5. Berjalan Kaki
Jika ada kesempatan, cubalah untuk berjalan kaki di persekitaran rumah atau pun pejabat. Peregangan juga akan membantu meningkatkan metabolism tubuh anda.
6. Pengambilan Magnesium
Bayam dan ikan boleh menjadi alernatif yang baik jika anda mahu meningkatkan metabolism tubuh. Magnesium dalam makanan akan meningkatkan metabolism tubuh anda.
7. Minum Teh
Pada sebelah petang, cubalah minum teh suam atau sejuk. Teh hijau baik untuk kesihatan kerana mengandungi ‘catechin’ yang dapat mengurangi lemak dalam tubuh.
8. Makan Makanan Pedas
Cubalah makan makanan yang pedas. Makanan pedas dapat membantu menurunkan berat badan dengan membakar lemak.
Dapatkan Juga: Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas
9. Bersiar-siar sebelum makan malam
Sebelum anda menikmati makan malam, bersiar-siar boleh membantu mengurangi lemak. Meskipun anda mungkin telah menikmati makanan ringan, anda harus tetap makan malam agar perut anda tetap sihat. Namun, perhatikan jumlah pengambilannya ya!
10. Bilik tidur yang selesa
Sebelum tidur, pastikan anda berasa relaks dan selesa. Memiliki bilik tidur yang selesa sangat penting kerana sepanjang anda melelapkan mata, anda boleh mengawal pola makan. Kurang tidur boleh memberikan efek tubuh yang buruk seperti sering berasa lapar sehingga membangkitkan nafsu makan yang lebih tinggi.
Ekstra Tips!
Katakan TIDAK Pada Diet Ekstrem Katakan YA Pada Diet Paling Sihat
-> Rajinkan diri melakukan senaman sit up. Senaman membentuk otot yang sihat dapat membakar lemak.
-> Jangan asyik menimbang berat badan. Jika tidak, anda pasti akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara terbaik ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
-> Terus positifkan diri. Buatlah target badan yang realistik, jangan paksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.-
-> Beri Penghargaan buat diri sendiri. Berikan ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tersbeut sudah tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat atau semanguk kecil aiskrim yang sedap.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment