Friday, 19 May 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Obesiti Sejak Kecil, Ini Rahsia Aku Berjaya Turunkan Berat Daripada 94Kg Ke 70Kg

KISAH INSPIRASI YANG BERJAYA KURUS..

Ditulis Oleh:
Anne Annira Azmahira
February 16, 2017 9:58 AM
Aku pernah bagitau aku ada masalah berat badan sejak kecil kan? Tak silap sejak berumur 7 tahun sebab masa kecil dulu pernah masuk hospital akibat diarrhea sampai kehilangan berat yang sangat mendadak dan hilang selera makan.
Tapi lepas je keluar wad, badan terus mengembang dan kembang dengan jayanya sampai lah kesudah. Jadi memang tak pernah kuruslah dari hari tersebut. Sekarang dah percaya ke belum?
Berat badan paling banyak yang pernah berjaya aku ternak adalah 94kg. Sekarang ini maintain 70kg-71kg. Masih jauh lagi perjalanan untuk dapat berat yang ideal. Ok mari aku terangkan diet yang aku pernah buat.
Ya, sebelum ni aku memang buat diet Atkins dan ia ada membantu juga. Tapi sejak badan dah start plateu, aku ubah cara diet dan join JK1M7 serta ubah dari diet Atkins kepada diet kalori iaitu kira semua kalori yang kita makan setiap hari.
Apa-apa jenis diet pun tak salah, asalkan kita ada ilmu dan konsisten. Dan, jangan lupa buat senaman sekurang-kurangnya seminggu 3 kali bagi keluar peluh dan bagi badan nampak cantik tak gedebeh sana-sini.
Ingat nak kurus memang perlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga, lebih-lebih lagi makanan. Tak senang, sangat tak senang nak tinggalkan makanan kegemaran okey. Sampai sekarang pun aku masih ‘struggle’ untuk jaga pemakanan. Dan jangan banyak alasan untuk bermula atau untuk mulakan langkah pertama.

Penting lagi satu adalah kena banyak bersabar sebab perjalanan nak kurus memang bukan mudah. Jangan buat diet yang turun drastik gila sebab tak mustahil dia akan naik lagi gila. Sentiasa konsisten dan jangan putus asa.

Kawan-kawan pula kalau tahu kawan kita tu tengah dalam program diet, support lah sikit. Bagi semangat. Bukan senang nak kurus ni, tahu tak? Kalau kau orang ajak dia makan dan dia kata dia diet tak nak makan, hormat bukan memperlekehkan dan gelakkan usaha dan cita-cita dia. Okey?
Sedikit tips

1. Cari sebab kenapa nak kurus
Cari sebab kenapa nak kurus dan buat gol untuk jangkamasa pendek dan panjang. Tulis besar-besar tampal biar setiap kali bangun kita boleh nampak. Jadi kita akan sentiasa ‘keep on track’ dan tak mudah tersasar jauh.

2. Jaga pemakanan (sangat penting)
Ingat formula 80% diet 20% senaman. Kalau workout gila-gila pun tapi makan pun sama gila, minta maaf lah susah sikit berat itu nak beranjak.

3. Makan 5-6 kali sehari
Sentiasa sediakan snek dalam bag seperti kurma atau biskut ‘weetameal’. Jangan berlapar. Sebab nanti badan tak tahu nak bakar apa dan otak akan mula bagi signal dekat badan supaya simpan lemak dan bakar otot. Rugi kan sebab kita nak otot bukan lemak. Tapi ingat 5-6 kali tu mesti masih di dalam kawalan ‘portion’ dan kalori yang sepatutnya bukan balun dan telan sesuka hati.

4. Jaga kalori per intake setiap hari
Boleh rujuk link ini calculator.net/calorie-calculator. Jangan ‘exceed’ kalori yang sepatutnya diambil sehari kalau nak turun berat badan. Catat makanan yang kita makan setiap hari supaya kita tahu apa yang kita makan dan berapa kalori yang kita ambil. Boleh guna aplikasi seperti ‘myfitnesspal’ dan sebagainya.

5. Kurangkan karbo, lebihkan protein
Ambil karbo segenggam sahaja setiap kali makan dan lebihkan protein (ayam/ikan/daging) kurangkan kuah serta lebihkan sayur-sayuran.

6. Minum air dengan cukup
Tolong minum air dengan cukup. Macam mana nak tahu cukup air ataupun tidak? Urine kita putih tiap kali buang air kecil. Air sangat membantu untuk ‘flush away’ semua lemak dan toksin, bonus dia selain cepat kurus adalah kulit akan jadi lebih cantik dan glowing. Tak percaya sila cuba.

7. Potong air manis sebanyak yang mungkin
Gula ni jahat sikit, jadi kita kena kawal dia. Macam tu juga dengan minyak dan garam. Sila kurangkan tiga serangkai tersebut. Jadikan ketiga-tiga itu sesuatu yang jarang-jarang dimakan.

8. Bersenam
Buat senaman sekurangnya seminggu 3 kali sebab nak tone balik badan tu bagi tak flabby. Buat weight training untuk hilangkan lengan yang sado macam aku ni.

9. Cari kawan
Cari kawan/ team / fit program yang nak sihat sama-sama supaya lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekarang banyak sangat program-program yang ditawarkan seperti JK1M, SlimFit, Hitfat dan sebagainya. Jangan malas nak cari. Google, Google, Google! Selain itu boleh bersaing dalam menurunkan berat badan secara sihat.

10. Konsistensi adalah kunci kejayaan
Istiqomah selalu. Bila rasa nak ‘give up’, ingat balik macam mana kita start. Dan ingat balik ‘big why’ kita nak kurus sebab apa. Dan sentiasa simpan dalam kepala, kita nak turunkan berat badan, kita ubah lifestyle bukan sebab nak kurus semata, tapi sebab nak sihat dan kekal fit sampai tua serta boleh terhindar dari penyakit. Tolonglah, sila berubah untuk diri sendiri dan bukan sebab orang lain.

Jadi bersabar dalam nak menurunkan berat badan. Biarlah kau ambil masa setahun ke dua tahun ke tak apa. Tak ada orang marah. Kalau dia marah, kau marah dia balik. Okey itu gurau je, jangan serius sangat. Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat. Dan berat pun kalau naik balik dia takkan naik mendadak juga.
‘Slowly but surely’ okey.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment