-: Sijil Halal SHAKLEE Yang Dikeluarkan Pada 6 Februari 2012 :-
Pengiktirafan Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM.
Oleh
sebab itu, anda tidak perlu was-was lagi dengan produk Shaklee dan
menggunakannya dengan senang hati. Saya juga tidak akan menjadi pengedar
dan pengguna Shaklee jika ia tidak halal.
Rasulullah
SAW mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara
berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin
Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang
bermaksud:
"Sesungguhnya
perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang
haram adalah nyata, (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun
terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang
kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai di kalangan
manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil
perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan
kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara
syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
(Riwayat Bukhari)
"Wahai
sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal
lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu".
(Al-Baqarah: 168)
No comments:
Post a Comment