Baca kisah inspirasi Ainurhana turun 31kg
berat badan setelah berat beliau mencecah 97kg semasa sekolah menengah.
Dapatkan tip panduan diet dan senaman dari beliau.
- Nama: Ainurhana Binti Mohd Yusof
- Umur: 23.
- Matlamat: Menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup
- Kejayaan: Menurunkan 31kg.
- Blog: gegulapelangi.blogspot.com
- Instagram: ainurhanayusof
Assalamualaikum wbt.
Nama saya Ainurhana, berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Semasa saya kecil, saya merupakan seorang ‘tomboy’. Kenakalan dan
kelasakan saya menjadikan saya kanak kanak aktif. Namun, apabila saya
menginjak 10 tahun, ayah dan mama telah meminta saya agar tidak lagi
bermain dengan lasak bersama budak lelaki.
Hal ini telah menyebabkan saya menjadi malas. Oleh kerana telah
terbiasa mengambil amaun makanan yang banyak ketika aktif, saya masih
mengambil jumlah makanan yang sama, malah ia semakin bertambah walaupun
aktiviti saya hanyalah terbaring di hadapan televisyen. Seingat saya,
ketika saya berusia 12 tahun, saya merupakan budak perempuan paling
berat di dalam kelas dengan berat 63kg.
Kemudian, disebabkan perubahan hormon, dengan sekelip mata, ketika
saya berusia 13 tahun, berat saya telah naik kepada 83kg. Yup, naik
sebanyak 20kg dalam masa setahun. Tak tergambar rasanya malu ketika itu.
Berat 97kg semasa 16 tahun.
Menjelang saya berumur 15 tahun, saya pernah cuba mengambil initiatif
untuk menurunkan berat badan, namun gagal. Malah berat saya ketika itu
telah menginjak 87kg. Sehinggalah suatu ketika semasa menunggu keputusan
SPM, saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula.
97kg. Air mata menitis ke pipi. Saya memandang diri saya di hadapan
cermin. “Apa yang aku dah buat?” Saya kecewa dengan diri saya.
Kekurangan keyakinan diri akan paras saya menyebabkan saya benci melihat
biasan diri sendiri yang akhirnya membiarkan diri saya menjadi seorang
obese.
…saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi…
Berikrar Untuk Buang Obes!
Saya berikrar pada diri sendiri pada malam itu bahawa saya tidak akan membiarkan diri saya kembali ke lubuk hitam ini lagi. “If I die, obese will NEVER be the reason!”
Maka, bermulalah diet saya. Pada setiap pagi, saya akan mengikuti ayah
saya untuk berjogging selama sejam. Kemudian, saya akan mengambil nestum
sebagai breakfast, 3 sudu nasi putih bersama 1 mangkuk sayur hijau
rebus bersama ayam/tauhu rebus sebagai makanan tengah hari dan malam.
Saya berjaya menurunkan 8kg dalam masa sebulan. Namun, diet tersebut
hanya bertahan selama sebulan. Saya mula mengambil makanan biasa dengan
amaun yang berpatutan selama 6 bulan. Hasilnya, saya berjaya menurunkan
12kg.
…Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula…
Setelah saya menyambung pengajian saya, saya masih mengamalkan diet
‘makan sedikit’ di semester pertama. Hasilnya, saya berjaya menurunkan
berat saya kepada 77kg. Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya,
berat saya mula naik semula. Akhirnya, ketika tamatnya diploma, berat
saya telah menjadi 87kg. Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya saya
ketika itu.
Food Lover
Saya kembali mencuba diet lama, namun gagal. Saya seorang ‘food
lover’. Jadi, menghalang diri dari makan lambat laun pasti menemui
kegagalan. Kemudian, apabila saya kembali meneruskan pengajian di
peringkat ijazah, saya beriltizam untuk kembali menjadi aktif seperti
dahulu. Berbekal dari pembacaan mengenai pemakanan, kesihatan, serta
tips tips dari Kevin Zahri, saya memulakan hidup baru.
Jika pelajar lain ke kelas dengan bas, saya memilih untuk berjalan
kaki. Biar berpeluh, saya tahu itu lebih berkat. Saya masih lagi makan
makanan kegemaran saya, namun saya mengambil sunnah Nabi dan amalkannya
ke dalam hidup saya iaitu “Makan apabila lapar”. Saya kosongkan drawer
saya dari maggi, keropok mahupun biskut kerana saya tahu kebosanan akan
menggoda saya untuk makan.
Setelah
habis semester satu, berat saya telah turun kepada 80kg dan saya sama
sekali tidak rasa tertekan dengan perubahan gaya hidup saya itu. Oleh
itu, saya membuat kesimpulan bahawa berat saya turun kerana perubahan
gaya hidup saya. Maka, ketika cuti semester itu, saya mula membaca ebook Kevin Zahri
dan membuat kajian mengenai permakanan dan kalori, jenis jenis senaman,
BMI, BMR dan bagaimana kesemuanya saling berkait dan mengubahsuainya
untuk diaplikasikan ke dalam gaya hidup saya.
Kenali BMR dan keperluan makanan
Sejak itu, pada setiap hari, saya akan pastikan jumlah kalori
pemakanan saya tidak akan melebihi BMR saya walaupun tidak pernah
membuat ‘food diary’. Dan sekiranya saya terlebih, saya akan pastikan
saya akan membakar semula tenaga berlebihan tersebut. Kesedaran terhadap
kalori telah membantu saya untuk makan apa sahaja yang saya mahukan.
Malah, oleh kerana saya mempunyai keinginan yang kuat untuk mempunyai
badan yang ‘fit’ dan aktif disamping peluang untuk merasai pelbagai
jenis makanan, saya telah menjebakkan diri dalam pelbagai senaman.
Senaman yang saya amalkan?
Antara senaman yang saya amalkan ialah jogging, sit up dan light
weight lifting. Namun, disebabkan saya seorang pelajar, saya tidak
mempunyai masa untuk ke gym, maka saya telah mengdownload beberapa jenis
senaman dari Youtube terutama intense cardio kerana berdasarkan
pembacaan saya, senaman cardio adalah senaman yang paling banyak
membakar kalori selain ianya baik untuk kesihatan cardio kita.
Hasilnya
kini, saya telah berjaya menurunkan 31 kg. Walaupun bagi sesetengah
orang, penurunan berat badan sebanyak 31kg yang mengambil masa bertahun
tahun itu adalah terlalu lama, namun bagi saya ianya adalah yang terbaik
buat saya kerana kini saya bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan,
malah mengubah gaya hidup saya dimana saya mampu kekal cergas disamping
berpeluang menikmati hidup dengan selesa.
Kini, saya masih lagi di dalam proses penurunan berat badan sebanyak
10kg lagi terutamanya di bahagian bawah badan. Namun begitu, matlamat
saya kini telah bertukar kepada menambah sedikit jisim otot otot saya di
bahagian lengan, perut, punggung serta kaki. Saya percaya bahawa jika
saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan,
saya perlu lebih rajin bersenam.
…saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam…
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment