Pilihan Wanita
'Perlu' & 'Haram' Ketika Proses Buang Lemak Degil
Pergi ke gim melakukan senaman kecergasan bertujuan untuk mengurangkan
berat badan adalah pilihan ramai. Tetapi berat badan tidak juga
berkurangan? Mengapa ini berlaku. Ini adalah tip bagi membantu anda
kekal dalam landasan sebenar dan mampu mengurangkan berat badan yang
tidak diinginkan.
1. Berhati-hati setelah hilang berat
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bersenam kerap membakar kalori setiap kali makan. Ini mungkin kerana peningkatan selera, atau hasil sesi senaman yang baik. Oleh itu berhati-hati memilih makanan atau minuman selepas selesai sesi senaman. Dikhuatiri usaha bersenam itu sia-sia apabila anda mengambil makanan atau minuman yang menambahkan semula berat badan.
2. Elakkan minuman untuk tambah kecergasan
Minuman untuk tambah kecergasan mengandungi garam dan gula untuk menggantikan apa sahaja yang hilang daripada tubuh melalui perpeluhan kerana air kosong sahaja tidak dapat menggantikannya. Tujuan minuman kecergasan ini adalah untuk membawa tahap mineral dalam darah berada hampir sama pada tahap normal. Dengan itu anda boleh menyambung senaman semula. Kebanyakan minuman kecergasan ini padat dengan karbohidrat. Ini bermakna ia turut mengandungi kalori. Melainkan anda perlukan tenaga yang terdapat dalam minuman ini untuk memberi tenaga pada aktiviti seperti berlari jarak jauh, dinasihatkan agar anda memilih air kosong atau minum elektrolit tanpa kalori bagi mengelakkan kalori yang tersembunyi.
3. Aktiviti senaman tidak bermakna hanya di gim
Melakukan pergerakan tidak bermakna anda perlu masuk gim. Daripada berjalan sehinggalah berkebun, sebarang aktiviti yang boleh mengerakkan kadar degupan jantung dan otot-otot boleh turut memberi kesan dalam membantu mengurangkan berat badan.
4. Berjalan untuk kurangkan berat badan
Anda tidak perlu mengikut kelas kecergasan seperti Zumba untuk mengurangkan badan. Kajian menunjukkan senaman sederhana seperti berjalan berkesan juga membantu mengurangkan berat badan kerana ia tidak mencetus hormon selera.
5. Pertimbangkan lemak tersembunyi
Kita perlukan tahap lemak tertentu untuk sihat. Namun begitu lemak berlebihan tidak baik untuk sesiapa sahaja. Setiap orang menyimpan lemak di pelbagai tempat berbeza. Bagaimana pula anda mendapat penambahan lemak bergantung pada genetik, gaya hidup dan jantina. Lemak subkutaneus terletak di bawah permukaan kulit dan ia adalah lemak mudah dilihat. Manakala lemak visceral atau lemak bahaya adalah lemak tersembunyi yang terletak di sekeliling organ-organ tubuh.
Tubuh perlu membuang lemak visceral sebelum ia dapat membuang lemak subkutaneus. Sebab ini jugalah kebanyakan orang sakit hati apabila mereka pergi ke gim tetapi tidak dapat keputusan seperti yang diharapkan.
6. Jauhkan diri daripada penimbang
Sebaik anda hilang lemak dan membina otot, perlu diingat bahawa berat otot lebih daripada emak. Jadi anda mungkin akan mendapati berat akan bertambah. Jauhkan diri daripada penimbang, sebaliknya lakukan ujian analisis tubuh kerana ujian ini mengukur peratus lemak dan otot. Ia juga menunjukkan perkembangan yang sedang anda lalui. Anda boleh membeli penimbang analisis tubuh yang ringkas untuk kegunaan di rumah. Tetapi penimbang tepat hanya boleh diperoleh di sesetengah gim atau pusat kecergasan.
7. Bina otot untuk bakar tenaga
Membina jisim otot tidak hanya membina ‘six pack’ atau otot tisu. Ia juga turut menggunakan lebih tenaga daripada tisu lemak. Ini bermakna jika anda meningkatkan jisim otot dan kurangkan lemak, anda boleh membakar lebih banyak kalori dengan efisien walaupun ketika sedang berehat.
8. Bergerak lebih, makan bijak
Tidak ada faedah pergi ke gim lima kali seminggu jika anda mula merugikan diri dengan mengamalkan pemakanan yang tidak baik dan memakan lebih banyak kalori yang tidak mampu dibakar. Apabila berkaitan pilihan makanan dan mengurangkan berat badan, bermakna anda perlu kurang makan dan makan dengan bijak.
Dan anda perlu meningkatkan tahap aktiviti, mengelakkan kalori tersembunyi dalam makanan, makan hidangan biasa, menjauhkan lemak tepu, meningkatkan pengambilan sayuran serta bijak memilih makanan ringan akan membantu anda mengurangkan berat yang tidak diperlukan.

***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment