Thursday, 18 May 2017

Kenapa Perlu Amalkan Diet Seimbang?


41
 
1
 
0
share
2
 
2
 
139
 
women online magazine-diet
Kredit foto: ruthalonso
Tips Diet Seimbang.Walaupun anda berdiet, anda tetap memerlukan nutrisi yang seimbang iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,dan juga lemak.

Semuanya mesti dalam jumlah yang sesuai dengan keperluan tubuh dan tidak berlebihan. Di samping itu, agar proses pengikisan lemak berjalan dengan baik, anda juga mungkin perlu menggantikan atau menambah beberapa sumber nutrisi tersebut.Sebelum itu , anda mesti nak tahu apa itu diet seimbang?
Diet seimbang adalah amalan diet yang mengikut dari piramid makanan iaitu mengurangkan makanan yang berkolestrol tinggi dan amalkan makan buah-buahan serta bijirin.

4 Tips Diet Seimbang 
1.Makanan Yang Seimbang Mengikut Piramid Makanan.
  • Terpulang kepada anda untuk ikut 100% piramid makanan yang sedia ada atau anda selalu bersenam untuk mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Amalan pemakanan yang seimbang membantu anda dari menghadapi risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Penyakit ini sering timbul di waktu usia mencecah 30 an dan keatas. Paling kritikal iaitu pada usia tua.
Baca Juga: Cara Turunkan Darah Tinggi

2.Minum Air Yang Mencukupi Setiap Hari.
  • Seperti yang anda tahu badan kita sangat perlukan air untuk menjalani beberapa proses dalam badan. Minimum 3 liter sehari diperlukan untuk anda sebenarnya.

3. Lakukan Senaman
  • Lakukan senaman yang sesuai atau berjoging di sekitar tempat rekreasi pilihan anda supaya di masa lapang anda boleh kurangkan stress di masa bekerja. Jika anda tiada kesempatan untuk senaman. Sekurang-kurangnya anda menaiki tangga pejabat guna tangga atau berjalan kaki ke pejabat anda.
Baca Juga: Kesan Stress

4.Tidur Yang Mencukupi
  • Tidur yang mencukupi. Ini adalah kerana jika anda tidak mempunyai tidur yang mencukupi, kemungkinan anda akan lebih mudah untuk  terdedah kepada risiko obesiti.


Kenapa Anda Perlu Amalkan Diet Seimbang?

women online magazine
Faktor utama ialah kerana hidup kita ini banyak dipengaruhi oleh pemakanan seharian yang tidak mengikut amalan makanan seimbang. Lebih jelas lagi ialah anda lebih suka makan makanan segera, makanan ringan, minum air yang berkarbonat dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin mengundang kepada masalah kepada timbulnya penyakit di kemudian hari nanti.
Mengikut kata Dr Hamid Arshat
Kita perlu disiplinkan anak-anak tentang makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang sejak dari kecil lagi agar tidak tumbuh berbagai penyakit. ~ Dr Hamid Arshat.

Antara Cadangan Makanan Yang Sesuai Untuk Diet Seimbang:
  • Makan makanan yang tidak bergoreng. Sebaliknya guna cara grill, kukus dan panggang.
  • Kalau hendak makanan bergoreng sekalipun, sila gunakan minyak zaitun.
Baca Juga: Khasiat Minyak Zaitun

  • Kurangkan penggunaan gula pada makanan. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula kerana anda mungkin terdedah kepada risiko kencing manis.
  • Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. Tubuh memerlukan  vitamin dan serat.
Baca Juga: Kebaikan Vitamin K

Kawalan pemakanan di usia muda akan memberi impak positif di masa hadapan. Pilihlah gaya hidup sihat agar anda tidak terdedah kepada risiko penyakit berbahaya di kemudian hari. Semoga info ini bermanfaat buat anda dan jangan lupa SHARE dengan kawan-kawan.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment