Tuesday, 26 February 2013

RESIPI KEJAYAAN .KEKAYAAN..


Saya terjumpa artikel ini di internet...beliau ni bisnes intenet ie ebay.etc dan telah berjaya..sy baca resipi beliau...dan ternyata semua nya bukan lg rahsia atau sesuatu yg baru kerana semuanya adalah apa yg sy dan mereka yg telah berjaya amalkan...ianya resipi yg telah sy huraikan byk kali sblum ni....jom baca sebagai refresher dan moga pengalaman beliau mmbuka minda kita semua dan mnyuntik semangat kita utk terus istiqamah dgn RESIPI jutawan ini..dan moga mnambah keyakinan anda utk mengamalkan apa yg mentor anda selalu kongsikan.....jom baca..
----------
"... Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi? Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan. Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah. Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal

1. Hidup Bertuhan
Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.
Contoh,
“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”
“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”
“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu
Buat latihan pernafasan.
Tarik nafas dalam kiraan 4 saat
Tahan 6 saat
Lepas perlahan-lahan 8 saat
Ulang selama 5 minit
Niatkan zikir kerana Allah
Sebutlah zikir yang anda suka

3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri
Solat 5 fardhu di awal waktu
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam
Surah Yaasin setiap pagi
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan)JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.
Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain:)
“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”

4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh
, saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay:)

5. Reprogramming Mindset
Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.

Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar. Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan

6. Tenaga Doa:
Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa AndaPernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)”Contoh,“Aku nak jadi jutawan”Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.

7. Sedekah
Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah
Maniskan muka dengan senyuman
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
Solat awal waktu
Berkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah.
Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah

8. Syukur
Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati
.“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”

CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN

1. Yakinlah
Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman. Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar? Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu.Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.

2. Rasakanlah
Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia. Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita. Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia”Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik. Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu. Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini,“Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka”Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa. Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir. Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”

3. Rebutlah
Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,

“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”

Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta. Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.

p/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”

Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin~Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction—

InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya

1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100. Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu. Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah. Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60. Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah.

Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya. Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya. Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia. Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu. Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan. Impian terdekat saya adalah membeli Blackberry Torch 9810 pada 1.6.2012 dengan hasil 100% duit Ebay saya. Dengan Allah NOTHING impossible. Yes I CAN!“When i think about it, i never doubt about it ever a second.

.”Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN
-------
Sekian..jom muhasabah dan amalkan...resipi ini bukn lg rahsia...jika nak rasai keajaibannya..kenelah amalkn. ..kalau bliau berjaya dlm ebay sbb itu passion dia..saya percaya kita akan berjaya dlm biz shaklee kerana ini passion kita..insyaallah. ..
SELAMAT MENGADUN RESEPI..semua ada peluang utk berjaya..insyaallah. ...aplikasikannya dlm urusan harian anda bersama biz shaklee..

Mamafaiz.....

No comments:

Post a Comment