Diet Bulan Puasa; Segar Bertenaga
Anda mahu nampak sihat, cergas dan segar bertenaga walaupun seharian berpuasa? Rahsianya ada di…
Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum, serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa,mulai daripada terbitnya fajar hingga masuknya waktu berbuka.Dalam menahan lapar dan dahaga tersebut, tentunya kesegaran tubuh akan terganggu kerana kekurangan zat dan dehidrasi yang mungkin akan menyebabkan anda jatuh sakit.
Kulit anda juga akan menjadi kering, bibir pecah-pecah serta pengelupasan tumit. Untuk itu, sekalipun anda mahu mengamalkan diet bulan puasa, anda tetap juga perlu menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh sepanjang tempoh berpuasa.
Berikut adalah diet bulan puasa yang perlu diberikan perhatian jika anda mahu kurus!
Ketika bersahur
* Hindari pengambilan makanan yang manis-manis atau banyak mengandungi gula kerana ia akan mempecepatkan reaksi tubuh untuk melepaskan insulin.
* Hindari tidur setelah bersahur supaya tubuh kita tidak mudah lemah pada siang hari setelah bangun.
* Hindari pengambilan apa sahaja jenis minuman yang mengandungi kafein seperti kopi pada sahur kerana ia akan mempercepatkan rasa dahaga pada siang hari.
* Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk memperlambatkan proses penghadapan supaya dapat membantu insulin dikeluarkan secara berperingkat. Insulin adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan gula dari dalam darah ke sel-sel tubuh sebagai sumber energi.
* Lakukan senaman ringan pada pagi hari.
Ketika Berbuka
* Hindari minuman berkarbonat atau bergas kerana ia akan membuatkan perut menjadi kembung.
* Usah mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak dalam satu waktu. Sebaiknya makanlah secara berperingkat dengan jumlah yang sedikit tetapi dalam beberapa kali.
* Minumlah air putih dan kurma sebelum mengambil makanan lainnya.
* Minumlah air putih daripada minuman berais atau air manis atau air panas kerana air putih lebih cepat terserap oleh tubuh berbanding air panas atau minuman berais.
* Perbanyakan pengambilan berkarbohidrat untuk mengembalikan energi dengan cepat, setelah itu barulah minum segelas teh panas dan sebagainya.
Wajib Tahu!
Antara Penyebab Sering Mengantuk Ketika Puasa
Pada waktu siang tubuh menjadi lemah dan rasa mengantuk kerana sepanjang berpuasa, pola tidur anda telah berubah. Perlu bangun lebih awal untuk bersahur dan sebagainya. Ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan kita sering mengantuk. Kurangnya kadar ‘glucose' dalam darah yang membuatkan otak sukar memberikan tumpuan.
Otak juga mendapat energi dalam bentuk ‘glucose', yang mana jika aliran ‘glucose' ke jaringan otak berkurangan, ia turut akan mempengaruhi sistem kerjanya. Otak mengambil sebanyak 60 peratus ‘glucose' daripada tubuh. Apabila energi dihasilkan oleh makanan berkurangan, maka organ hati akan mengeluarkan cadangan ‘glycogen' untuk menambah energi.
Jika tubuh tidak memberikan energi tambahan dalam melakukan aktiviti, jadi tubuh akan letih sehingga terjadinya penurunan gula darah di dalam tubuh. Keadaan inilah yang membuatkan kita rasa mengantuk.
Kredit foto: inphyusion
No comments:
Post a Comment