Minyak bawang putih atau dikenali sebagai garlic oil memang sangat berguna terutamanya untuk merawat selesema ataupun batuk. Zarith suka buat garlic oil dalam kuantiti yang banyak. Bila Zuyyin atau Zayra batuk atau selesema Zarith akan sapukan pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki dengan kerap. Jadi tak perlu la Zarith buat banyak kali.
Walaupun garlic oil ini adalah bahan semulajadi, tapi harus diingat ‘patch test’ mesti juga dilakukan.
Apakah itu ‘Patch Test’
Ujian ini untuk menentukan sama ada kulit seseorang itu alah atau
tidak dengan sesuatu bahan. Sapukan sedikit minyak bawang putih ini pada
bahagian dalam lengan dan biarkan selama 24jam. Sekiranya keluar bintik
merah ataupun apa sahaja jenis alahan, maka kulit kita tidak sesuai
terhadap bahan tersebut
Cara membuat Garlic Oil
- Ketuk bawang putih yang masih berkulit. Buat 1 atau 2 labu bawang putih
- Masukkan dalam periuk yang tidak berminyak dan panaskan
- Biarkan sehingga kulit bawang putih agak coklat kehitaman. Tutup api.
- Masukkan secawan minyak zaitun ke dalam sebuah bekas bertutup
- Kupas bawang putih yang dah masak tadi
- Masukkan bawang putih yang dah tiada kulit tadi ke dalam bekas yang mengandungi minyak zaitun tadi.
- Gunakan sudu atau tangan untuk hancurkan bawang putih tadi supaya khasiat bawang putih meresap ke dalam minyak zaitun tadi.
- Dah siap dan boleh digunakan ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_TUMARAWATI BINTI MANSHORSID 892671call/sms/whatsapp : 013-8342092atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment