Seperti yang kita ketahui, makan sambil membuat kerja akan mengurangkan konsentrasi dan produktiviti kerja.  Bukan itu saja, pada masa yang sama ia juga boleh mengganggu kesihatan.
Tak cukup dengan itu ini dia lima lagi keburukan jika anda memilih untuk makan di meja kerja. Jadi selepas itu elakkan ya!

Banyak kuman

Meja kerja bukanlah tempat yang bersih untuk anda makan.  Secara umumnya, tetikus anda mengandungi lebih kurang 846 bakteria per inci persegi, manakala papan kekunci pula mengandungi 719 bakteria.  Jadi, bayangkan juga bakteria-bakteria serta habuk yang terdapat di sekitar meja anda seperti di bawah pelapik meja, kalendar, fail dan sebagainya.

 Tidak bergerak

Berbanding makan di meja, anda boleh gunakan waktu yang ada untuk berjalan ke kantin atau kafe.  Berjalan sekurang-kurangnya memberikan manfaat terhadap kesihatan anda.  Nikmatilah anugerah anggota tubuh badan anda iaitu kaki, dan berjalanlah sekurang-kurangnya 5,000 langkah setiap hari.

Tak bersosial dengan rakan

Bila makan di meja kerja, waktu bersosial dengan rakan sepejabat juga semakin berkurang.  Cubalah seketika jauhi diri dari monitor dan mula bercakap dengan rakan sepejabat.
 Ini sekali gus mampu menghilangkan keletihan setelah melalui hari yang sibuk dan memenatkan.  Bonus untuk anda, dengan mengambil masa ketika makan untuk bersosial dengan rakan sepejabat, anda dapat juga mengeratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan.

Makan lebih banyak

Makan tengah hari di meja kerja juga berisiko untuk anda makan lebih banyak. Sama seperti bila makan sambil menonton televisyen.  Ini kerana, tumpuan yang diberikan ketika menyelesaikan kerja membuat anda lupa untuk memerhatikan makanan yang dimakan dan jumlah yang diambil.

Otak tidak berehat

Bila anda makan di meja makan, secara tak langsung anda tetap menatap komputer malah ada yang menyambung kerja. Ini bermakna anda tidak memberi peluang pada otak anda untuk berehat pada waktu makan.
Tanpa rehat, anda mudah stres malah produktiviti juga menurun.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….