Tarikh:
16 Mei 2017
Bila anak-anak semakin membesar pastinya anda akan berhadapan dengan
pelbagai ragam dan kerenah. Itu belum lagi bergaduh, berebut barang dan
macam-macam. Papa dan mama pula seharian penat bekerja akan cepat marah
dengan kerenah anak-anak yang tak pernah berkesudahan. Belajar lah untuk
bersabar dan kawal kemarahan. Namun sekiranya anda terpaksa juga
menunjukkan ketegasan anda kepada anak-anak pastikan anda tidak
mengucapkan kata-kata berikut.
1. “Tak guna betul”
Walaupun mungkin bagi anda kata-kata ini biasa anda lemparkan ketika
marah dengan orang yang cari pasal dengan anda tetapi tidak pada anak.
Apabila seorang anak mendengar kata-kata ini maka akan tertanam dalam
hatinya dan mula belajar untuk tidak menghormati anda. Lebih teruk lagi
mereka akan meniru dan mengucapkan hal yang sama kepada orang lain.
2. "Ini semua salah kamu!"
Anak-anak sangat memerlukan bimbingan serta panduan daripada ibu
bapanya. Andai mereka buat silap anda patut tunjukkan yang betul
bukannya terus menyalahkannya. Anda tidak boleh menghancurkan rasa
percaya dirinya dengan mengatakan, "Ini semua salah kamu atau semua ini
berlaku sebab kamu."
3. "Lembap dan bodoh!"
Jangan kata anak, kalau kita sendiri di katakan begitu pasti rasa
sedihkan. Anak-anak yang dimarahi dengan kata-kata begini akan jadi anak
yang tidak memiliki percaya diri yang baik. Dia akan sentiasa rasanya
dirinya tidak pandai malah buat apa pun gagal. Lama kelamaan anda yang
akan hancurkan masa depan anak anda sendiri.
4. "Jahat macam syaitan!"
Memang di akui emosi orang dewasa bila terlalu marah maka akan
keluarlah kata-kata yang agak melampau. Namun jahat bagaimanapun anak
anda janganlah samakan dia dengan syaitan. Kawal emosi terutama bila
berhadapan dengan anak-anak. Mereka tidak akan memahami apa yang anda
hadapi malah tidak akan faham juga kalau anda katakan anda hanya
bercakap tetapi tidak maksudkannya.
5. "Kamu ini kurang ajar betul!"
Kata-kata ini sangat tidak sesuai untuk anak yang masih kecil. Kalau
mereka melawan pun bukan kerana mereka mahu bersikap kurang ajar tetapi
mereka sekadar memprotes dan tidak memahami pun apa yang dilakukan itu
benar atau salah.
6. “Tidak boleh harap!"
Marah bagaimanapun pada si kecil namun jangan sesekali ucapkan
kata-kata ini. Sekali anda katakan ia bagaikan satu luka yang sukar
untuk disembuhkan. Ia seolah-olah anda merendahkannya dan tidak hargai
dia dalam hidup anda. Makin ulang kali anda katakan maka makin jauhlah
si kecil dengan anda.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment