Luka Pembedahan Bersalin Rasa Gatal? Ini 5 Cara Menanganinya
May 3, 2016
Orang kata penjagaan ibu bersalin secara pembedahan caesarean lebih
sukar dan mencabar berbanding bersalin normal. Mungkin dari segi luaran,
ibu bersalin caesarean kelihatan lebih santai kerana boleh duduk
bersila dan tidak perlu berkepit ketika berjalan berbanding ibu bersalin
secara normal.
Namun hakikatnya, jika dilihat dengan lebih teliti, luka pembedahan sebenarnya perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana lapisan hirisan yang dilakukan oleh doktor semasa proses melahirkan bayi adalah berlapis-lapis dan dalam.
Pembedahan caesarean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut (laparatomi) dan rahim (histerotomi) untuk mengeluarkan bayi.
Biasanya selepas pembedahan, ramai ibu yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan. Namun, sudah tentu anda tidak boleh sesuka hati menggarunya. Ini yang patut anda lakukan bagi mengatasi rasa kegatalan tersebut.
1. Jika anda diserang rasa gatal, usahakan untuk tidak menggaru di kawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka.
2. Lebih baik digosok sahaja secara perlahan-lahan.
3. Sebaik-baiknya, anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan bekas pembedahan.
4. Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar.
5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.

***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment