Seringkali kita salahsangka
akan masakan secara sihat adalah mahal dan di luar kemampuan kita,
tetapi sebenarnya tanpa kita sedari atau pun tahu , masakan secara sihat adalah boleh di lakukan mengikut kemampuan dan belanjawan kita.
Apa yang penting kita tahu memilih yang mana sihat atau tidak ?Betul tak ??
11 Tips Masakan Secara Sihat Ikut Kemampuan
1. Buang Minuman yang Mahal
Jus, air soda, minuman sukan
yang semua ini tidak baik untuk kesihatan anda dan harganya juga mahal.
Amalkan minuman yang asas seperti air lemon, air masak, teh dan susu
adalah lebih sihat dan murah berbanding minuman yang tidak berkhasiat
itu.
Kadang-kadang kita nak cepat ,
sambil ambil minuman dalam tin , dalam botol dan mudah tertipu dengan
pemasaran media sekarang yang menyatakan minuman itu sihat tetapi
hakikat sebenarnya kita telah tertipu dengan semua propaganda ini. Fresh
its way better tau …
2. Tanam Sendiri Makanan Anda
Anda tidak perlukan ruang
yang luas atau masa yang banyak untuk bercucuk tanam di halaman rumah
anda! Daripada herba dan sayur-sayuran hijau sehingga ke tomato dan lada
semuanya boleh di tanah di halaman rumah anda dan hasilnya juga
lumayan.
Mengikut pengalaman saya yang
tinggal di apartment , tiada masalah untuk menaman herba sendiri
seperti daun pudina, serai , daun pandan dan banyak lagi mengikut
kreativiti masing-masing. Jangan jadi kan alasan tinggal di kawasan
tiada tanah ya, macam-macam boleh buat.
3. Makan Daging Secara Bersedarhana
Menjadi seorang vegetarian
separuh masa (satu ke dua hari seminggu) akan mengurangkan sedikit bajet
anda untuk membeli daging. Ketika anda makan daging, kurangkan jumlah
daging yang digunakan dan tambahkan dengan sayur-sayuran dengan cara
menambahkan cendawan di dalamnya.
Cendawan sangat sedap
dijadikan penganti daging dan harga lebih murag daripada daging. Tak
salah sesekali menjadi vegetarian sebab ini adalah pilihan yang sangat
sihat.
4. Masak Lebih daripada yang Anda Perlukan dalam Satu-satu Masa
Mendapatkan hidangan sihat
yang disediakan sendiri bermakna akan mengurangkan pesanan makanan dari
luar disebabkan tiada makanan di rumah. Jika anda mampu, cuba sediakan
satu atau dua hidangan lebihan yang boleh dimakan pula ketika malam.
Anda boleh memanaskan semua
makanan tersebut dengan hanya perlu menyejukkannya sahaja di peti sejuk.
Penyediaan makanan ini juga boleh dilakukan untuk seminggu, dengan ini
anda dapat mengawal belanjawan anda dan mengurangkan makan di luar.
5. Sejukbekukan Makanan dalam Bahagian yang Berasingan
Antara cara lain bagi
memastikan makanan anda tidak dibazirkan ialah dengan cara
menyejukbekukan dalam bahagian yang berasingan. Sebagai contoh, jika
anda membeli satu bungkus peha ayam sebanyak 24 ketul, anda sudah tentu
tidak akan menggunakan semuanya sekaligus.
Jadi, bahagian yang tidak
digunakan anda boleh simpan di dalam peti sejuk. Andai ada lebihan
hidangan, anda pun boleh menyimpannya di dalam peti sejuk juga. Ia
menjadikan anda mudah untuk mengeluarkan apa yang anda perlu ketika ia
diperlukan.
6. Campur Semula Baki Makanan
Samada anda suka atau tidak,
menggunakan semula makanan yang berbaki merupakan cara pemakanan yang
sihat dan berpatutan. Barbanding dengan hanya makan makanan yang sama
berulang kali, anda boleh cuba campurkannya.
Atau anda boleh lakukan
seperti yang saya gemari iaitu sekali seminggu, kumpulkan semua baki
makanan yang tinggal dan semua orang boleh pilih dan ambil yang disukai.
Baki makanan ini bermaksud lauk pauk yang berbeza dan kita gabungkan
menjadi satu hidangan yang lain.
7. Makan Pencuci Mulut Buatan Sendiri
Anda tidak boleh berhenti
daripada membeli makanan manis? Ini merupakan salah satu cara yang saya
gemari : Makan pencuci mulut yang anda sediakan sendiri!
Anda akan menjadi kurang
berbelanja jika membeli bahan-bahan mentah berbanding anda beli cip,
biskut dan kek. Tambahan pula, anda akan mendapati betapa anda
sebenarnya telah berjimat untuk itu!
8. Bawa Bersama Makanan Tengah Hari serta Snek Anda
Elakkan daripada makan tengah
hari di luar dengan membawa sendiri makanan dari rumah. Sekiranya anda
teringin sesuatu ketika waktu petang, bawa bersama snek-snek yang sihat
daripada anda membeli snek di mesin vendor.
Langkah ini bukan sahaja menjimatkan tetapi bagus juga kerana anda tahu apa yang anda makan dan masukkan dalam badan anda.
9. Lakukan Uji Kaji di Dapur
Jangan takut untuk
menggunakan peluang yang ada ketika memasak. Jika anda sukakan satu-satu
jenis sayur, namun apa yang ada ketika itu ialah sayur yang lain, tidak
salah anda mencubanya.
Jika anda rasakan terdapat
bahan-bahan yang boleh dicampur bersama, cuba saja! Bermain di dapur
merupakan salah satu cara untuk memberikan keyakinan diri ketika memasak
dan sekaligus menghargai makanan sihat.
10. Jangan Bayar untuk Barangan yang Menyenangkan
Sesetengah makanan yang
dibungkus menjadi mudah untuk anda. Elakkan daripada membeli bertih
jagung gelombang mikro yang merupakan satu bala kepada kesihatan anda.
Gantikan dengan sebungkus
bertih organik untuk anda hasilkan sendiri di rumah, lebih murah tidak
diproses dan rasanya juga enak. Gantikan juga manisan granola dan
buatkan anda punya sendiri. Perubahan kecil ini sebenarnya memberikan
kesan kepada wang tunai anda.
11. Membersihkan Almari Anda
Pernahkah anda terbayang
apakah sebenarnya yang tersimpan di dalam almari anda? Di sini terdapat
satu cabaran : Sebelum masa untuk membeli belah, keluarkan semua yang
ada di dalam peti sejuk, pantri, almari dan sebagainya.
Kemudian, kenal pasti
barangan yang benar-benar perlu untuk dibeli lagi seperti produk segar
dan daging. Sering kali terjadi kita akan membeli barangan yang sudah
sedia ada di rumah melebihi yang diperlukan. Sekiranya anda mendapati
terdapat barangan yang berlebihan, anda boleh sumbangkan ke dalam
simpanan di pantri anda.
Macam mana dapat sesuatu dari
apa yang saya kongsikan hari ini, jika anda rasa ini bermanfaat boleh
kongsikan artikel ini , moga dapat membantu rakan serta ahli keluarga
anda memasak secara sihat.
No comments:
Post a Comment