Gejala demam dan anak kecil memang perkara yang sinonim. Demam sebenarnya bukanlah penyakit melainkan tanda sistem kekebalan badan bekerja dengan baik sebagai tindakbalas terhadap bendasing yang masuk ke dalam badannya.
Punca demam adalah jangkitan seperti virus. Bila badan bayi mampu mengatasi jangkitan, suhu badannya akan kembali normal dengan sendirinya.

Gejala yang perlu dipantau
Papa mama perlu berwaspada sekiranya bayi demam disertai dengan hilang keinginan untuk menyusu, letih lesu, ada tanda-tanda dehidrasi dan mengalami kekejangan.

Cara rawatan
Sentiasa pantau suhu badan bayi anda. Bila anak anda demam dengan suhu kurang dari 37.5°C tak perlu mendemah badannya atau diberi sebarang ubat. Kerap susukan bayi dengan susu ibu bagi mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya demam lebih dari 38°C, anda boleh pertimbangkan beri bayi ubat demam tetapi mesti setelah mendapat konsultasi doktor bertauliah. Untuk membuatkan badannya selesa, cuba mendemah badan bayi menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam di bahagian ketika dan lipatan pahanya.

Bila perlu bawa berjumpa doktor?
Segera bawa bayi berjumpa doktor sekiranya bayi masih mempunyai ciri-ciri berikut
1. Jika demam masih tidak berkurangan
2. Suhu badan tidak turun
3. Bayi kuat meragam
4. Bayi tidak mahu menyusu
5. Bayi mengalami kekejangan
Sebagai papa dan mama, anda mesti tahu bila perlu risau sekiranya anak mengalami demam. Elakkan sama sekali demam menjadi berlarutan sehingga boleh menyebabkan kepada masalah lain.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….