Bintang Bollywood terkenal, Kajol, nyata memiliki aura dan pesonanya sendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang menawan.
Kemunculan Kajol menerusi filem ‘Diwale’
bersama pasangan serasinya sejak dua dekad lalu, Shah Rukh Khan,
berjaya mencetuskan fenomena apabila filem arahan Rohit Shetty mendapat
sambutan hebat.
Bukan itu saja, penonton juga terkesima menyaksikan rupa paras Kajol yang semakin cantik dan seperti tidak dimamah usia.
Mesti ramai nak tahu, apa rahsia kecantikan atau tips yang diamalkan oleh Kajol.
1. Lakukan senaman ketat selepas melahirkan
Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui
selepas melahirkan anak, berat badannya naik mendadak. Namun, dia nekad
untuk mendapatkan bentuk badan yang asal dan berjaya menurunkan sebanyak
18 kilogram.
2. Elak dari terdedah sinaran matahari
Melihat kulit wajahnya yang makin cerah,
ada yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin
melanin surgery namun ia disangkal. Ujar Kajol, tona kulitnya makin
cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran
matahari.
“10 tahun saya bekerja berlakon di bawah
terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja
begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin
putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.
3. Menjaga pemakanan & tidak makan makanan segera
Kajol juga menitik beratkan pola
pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak
menyihatkan. Dia percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat
membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.
4. Minum air secukupnya
Untuk dapatkan kulit yang kekal cantik
dan awet muda, pengambilan air sangat penting. Kajol mengamalkan minum
air putih sebanyak 9 hingga 10 gelas sehari.
5. Cukup tidur
Ini antara rahsianya untuk kekal segar
dan kekal muda. Ujar kajol, dia akan pastikan untuk mendapat tidur yang
cukup antara 8 hingga 10 jam sehari.
“Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam
dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak
berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam,
sebaik selesai saya akan terus pulang.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment