Semua pasangan yang berkahwin mesti mahukan zuriat sendiri. Tetapi tak semua bertuah dikurniakan rezeki mudah mengandung.

Ketika ada wanita senang sangat mengandung walaupun anaknya kecil lagi, masih ada wanita yang setia menanti kehadiran bayi di dalam rahimnya sendiri.
Bahkan di kala ada wanita sekali merancang untuk menambah anak terus sahaja positif hamil, ada pula wanita yang perlu melalui pelbagai ikhtiar dan rawatan demi membolehkan dia bergelar ibu.

Maka, sentiasa bersyukurlah dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada kita. Sesungguhnya setiap ujian yang diberikan tentu ada hikmah di sebaliknya.

Pengalaman seorang wanita yang menanti penuh sabar selama lapan tahun untuk bergelar ibu boleh dijadikan inspirasi kepada bakal-bakal ibu yang masih lagi menanti kehadiran zuriat. Semoga info yang dikongsikan Puan Eswati Azni dalam blog beliau modernmumthingy.com memberi manfaat kepada semua.

15 ikhtiar dapatkan zuriat or mungkin lebih sebenarnya..

Mana mana pasangan yang dah berkahwin tentulah nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam. Anak adalah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik. Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya. Aku? 8 tahun baru dapat Iman rifqi. walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke-5. So entri aku ni.niat nak share pada sesiapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat. Ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.

1. Jumpa pakar sakit puan
Selepas 2 tahun dah kahwin jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadangkala dr akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.”  Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat. So pls insist dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak. Penyakit orang perempuan ni pelik2, ada yg cyst, fibroid, endometriosis, pcos and lain lain lagi.

Rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis aku dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian.
For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.

Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak dr. dan mencari dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah.

2. Berurut – 1, 2, 3 or maybe lebih
Selain usaha moden, kami juga pergi berurut. Tapi husband and Wife yer bukan sorang-sorang jer. So mana sahaja orang suggest tempat urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita. Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi. Tapi kalau tanya balik tempat-tempat aku berurut memang tak ingat dah. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh urut berusahalah pergi.

3. HSG
Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali buat. Agak sakit tapi sikit je. Ada jugak yang sakit senak ya amat, sbb byk kali sangat buat sampai lupa. tapi bergantung pada tahap sumbat saluran masing-masing. Oleh kerana aku dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit. Maka dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI.  

4. IUI
IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Sekali buat kos hampir RM800. Itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti berapa. IUI ni di mana sperm laki dikeluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek ke dalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur. Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat merangsang pengeluaran telur.

Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Oh sebelum tu, kalau jumpa dengan prof hamid arshad, dia juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap 'spemen' juga. Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik Mekah tu selepas buat IUI. Malangnya mengandung luar rahim pula.

5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit
Selain dari berurut kami juga mencuba perubatan tradisional melalui pemakanan. Makcik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..
Husband pulak kena makan telur ayam kampung mentah-mentah … uwekkk… nasib baik dia yang makan. Bukan aku.. confirm muntah ruah. Paling tak tahan, we all masa tu travel ke Bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu. Org lain makan telur yag hotel bg, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.

6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu
Yang ni pula, kami kena cari nenas tapi bukan sebarang nenas. Lupa dah nama nenas ni dan juga bawa gula batu bersama. Pakcik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jUs.
So sebaik aku minum jus ni waktu period, keluar ketul-ketul darah yang banyaaak sangat. tak tahu mari mana wallhualam. But positive side, mungkin di dalam rahim  terdapat sisa-sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini berubat di Manong Kuala Kangsar.

7. Pil buah mengkudu
Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini, rasanya tahun 2002. Aku ingat sbb masa tu tinggal di rumah lama di Keramat. Bila amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan  sampai menggeletar. Seterusnya terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja.

Tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut sbb aku ni tak jaga makan, kuat makan makanan yang acidic.

8. Buah zuriat
Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukkan. Yang ni mungkin ramai yang tahu. Kalau ada orang pergi Mekah, korang pesan lah org beli kat sana.
9. Baca buku birth hypnoteraphy
Haa.. yang ni interesting. Aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. Intipati buku ni menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusukan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat. Hormon wanita ni haywire kadang-kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.
Kalau google korang cari lah  keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau  Hypnotheraphy to concieve

10. Menjaga anak saudara beberapa hari
Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si Balkhis nih. Aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank mmg aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.
Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nnt. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan. Rasa lah camna dia lapar, dia nagis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia skrg. BFF iman lagi.

11. Darul syifa Bangi
Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik2 (huuuhu..macam2 claim hebat, terbanglah duit weh). Kami pergi juga berubat di darul syifa di Bangi tu. hurmm. Katanya kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang ada kat rahim tu. Setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan. Masa muda-muda dulu, badan aku ni selalu macam ada bekas gigitan atau lebam-lebam.

Selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. Kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil.  Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia. Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa-doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.

12. Urut kaki – refleksologi
Setiap kali balik Melaka, kami akan pegi urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, balik rumah terus muntah putih. Bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak, dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap.
Korang pegi jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.

13. Accupunture
Ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL.  Acupunture yang kami buat ni rawatan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah. korang boleh refer dekat sini http://www.thetole.org/
Harga .. boleh tahan tapi berbaloi. Cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. Ramai budak autism yang buat treatment di situ dan katanya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yg cakap yer.

14. Pergi Umrah
Tahun 2005, we all decide pegi Umrah. Nak rasa dekat nak berdoa dengan yang 1 tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi. Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu. Hal opis lansung tak ingat. So kat sana lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer.  Stress ni mmg tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.
Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. Tapi malangnya kandungan luar rahim . So terpaksalah buang janin tersebut. Sedey ya amat but positive sign yang aku ni boleh concieve.
15. Tabib Cina Phang Oo lang
We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dpt anak, dan berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.
Again… husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin

Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive !

Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni kena dua-dua pihak sama-sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu. Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal, rasa kita ni ALLAH tak sayang… Tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni mmg kami x putus doa.  Syukur sangat dapat husband yang sangat sabar.
Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu.

Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..
Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan-kawan yang senasib, Jangan Give up okay.
Dan teruskan berdoa!
Perkongsian asal oleh modernmumthingy.com diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Semoga memberi inspirasi.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….