Bila rasa letih dan mengantuk, semua aktviti yang anda ingin lakukan jadi terbantut.
Jadi, salah satu cara untuk kekal aktif dan bertenaga adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup.
Tapi, kalau dah cukup tidur pun masih lagi mengantuk macam-mana? Apa puncanya?
Anda perlu ambil tahu punca dan penyebabnya. Jangan ambil ringan.
Terlalu banyak minum kopi
Kopi mengandungi kafein yang buatkan
anda terjaga. Tapi, terlalu banyak kafein juga boleh membuakan anda
cepat letih kerana hormon adrenal terpaksa bekerja keras sehingga tubuh
anda tidak mendapat rehat secukupnya.
Ketidakseimbangan hormon
Ketidakseimbangan hormon merupakan
gangguan kesihatan yang sukar untuk didiagnosis sejak dari awal. Namun,
keletihan melampau merupakan tanda awal ketidakseimbangan hormon.
Stres
Stres dan tekanan buatkan tubuh serta
otak anda jadi letih. Jika anda rasa terlalu penat, beri masa untuk
tubuh berehat untuk redakan ketegangan.
Dehidrasi
Kurang air juga boleh jadi punca anda
mudah mengantuk. Kajian menunjukkan, tubuh perlukan air yang cukup untuk
sentiasa bertenaga dan mudah fokus.
Jarang bersenam
Ada banyak manfaat yang anda boleh dapat
dengan bersenam. Salah satunya ialah anda tidak mudah rasa mengantuk.
Ini kerana bersukan buatkan sistem metabolisme anda dalam keadaan yang
baik.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment