Proses melahirkan anak memang sangat menyakitkan. Sebagai manusia biasa, walaupun kita cuba mengawal kesakitan yang dialami mengikut adab yang sebaiknya tetapi sesekali terkeluar juga suara mengerang menahan kesakitan.
Bolehkah mengeluarkan suara seperti menjerit, meracau dan berteriak untuk melepaskan emosi semasa bersalin?
Mengeluarkan suara semasa proses melahirkan anak dibolehkan, tetapi bukan bunyi suara yang tidak terkawal seperti menjerit, berteriak, meracau atau memaki-maki. Ini kerana suara-suara tersebut hanya akan mengganggu emosi ibu-ibu lain yang sedang melahirkan anak atau masih dalam proses kontraksi selain merugikan diri anda sendiri. Mengapa?
Ini kerana suara jeritan atau pekikan kerana kesakitan yang dihasilkan dari pernafasan dan penghasilan suara tinggi melengking, lama-kelamaan akan membuatkan anda berasa kejang dan lemah.

Begitu juga dengan suara mengaduh atau menjerit yang hanya akan membuatkan pengurangan tenaga dan menjadikan tekak anda sakit.

Oleh itu ibu hamil yang sedang menghitung hari untuk bersalin, silalah ambil perhatian kepada 2 perkara ini.

1. Mengeluarkan suara boleh asalkan ia terkawal

Jika hendak bersuara perlulah dalam bentuk vokal yang tenang, penuh, berasal dari pernafasan perut, dengan tarikan nafas panjang. Selain tidak memenatkan, nafas panjang ketika bersuara akan mengalirkan oksigen tambahan ke perut dan pinggul seterusnya membantu melancarkan pembukaan.

2. Hindarkan daripada melakukan perkara ini

Menahan suara dengan mengatupkan gigi, menggigit bibir, atau menutup mata kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan tersebut. Contohnya, dengan memejamkan mata ketika meneran boleh memberikan tekanan pada mata yang akan menyebabkan pecahnya pembuluh darah di mata ibu.
Nampak macam perkara remeh tetapi rupanya ada kesan buruk yang boleh membahayakan ibu. Jadi, tolong ambil perhatian tentang hal ini ya ibu-ibu hamil!


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….