Masalah
kebas boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Namun begitu masalah
yang sering terjadi adalah masalah kebas tangan, kebas jari dan kebas
kaki. Masalah kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki ini boleh
berpunca oleh pelbagai faktor. Ada kebas-kebas yang biasa dan ada juga
kebas-kebas yang disebabkan oleh tanda-tanda penyakit kronik.
Kebas-kebas yang biasanya dialami adalah
disebabkan jika berdiri atau duduk terlalu lama. Selalu jadi kan macam
ni. Tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua. Masalah ini adalah masalah
biasa yang disebabkan faktor umur.
Masalah kebas-kebas juga sering dialami
oleh pesakit kencing manis. Masalah kebas tangan. jari dan kaki bagi
pesakit kencing manis juga dikenali sebagai neuropathy. Neuropathy
adalah salah satu komplikasi kencing manis sekiranya kawalan gula dalam
darah adalah kurang baik. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis adalah
penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah terkawal. Saya
akan sentuh dengan lebih lanjut tentang hal ini di dalam entry yang
lain. Selain itu, pesakit kencing manis yang mempunyai masalah
kebas-kebas pada bahagian tangan dan jari serta kaki boleh mengambil
supplement yang mengandungi vitamin B12 seperti supplement Vitamin B
complex.
Masalah kebas juga boleh berlaku kepada
wanita mengandung yang biasanya disertai dengan kekejangan. Keadaan ini
merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium. Oleh itu, wanita
mengandung sangat disarankan untuk mengambil supplement vitamin B
Complex dan Kalsium bagi mengatasi masalah ini.
Saya pernah berkongsi tentang Ostematrix di dalam artikel INI.
Ostematrix juga adalah produk pertama Shaklee yang saya ambil
sehinggakan membuat saya terpaut terus dengan jenama Shaklee. Anda boleh
baca pengalaman pertama kali saya dengan Shaklee DI SINI.
Namun jangan memandang ringan jika
masalah kebas-kebas ini sering berlaku di bahagian tangan sehingga ke
bahu dan dada. Kerana masalah kebas tangan seperti ini sering dikaitkan
dengan tanda-tanda masalah jantung yang boleh membawa kepada stroke.
Sekiranya anda mengalami masalah kebas seperti ini jangan bertangguh
untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Terdapat banyak jenis vitamin B complex
di pasaran. Tertanya-tanya apakah vitamin B complex yang terbaik? Tentu
sahaja Vitamin B Complex Shaklee menjadi pilihan saya.
Vitamin B Complex Shaklee lengkap
mengandungi 8 jenis vitamin iaitu vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12.
Disamping itu, Vitamin B Complex Shaklee mengandungi asid folic, biotin
dan d-calcium panthotenate. Dengan 8 jenis vitamin pada harga yang
rendah, vitamin B Complex Shaklee adalah sangat berbaloi berbanding
vitamin B complex lain yang terdapat di pasaran. Bukan sahaja memberi
lebih nilai kepada wang, malahan memberi manfaat kepada tubuh badan.
No comments:
Post a Comment