Kakma ingin kongsikan info mengenai sakit Bell's Palsy, pernah dengar penyakit bell' palsy? Nama Bell’s palsy diberi sempena
pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan
keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang
melibatkan satu saraf).kakma pun baru tahu sebenarnya selama ni kakma
ingat ni strok..rupanya bukan strok.
BELL'S PALSY |
Sebenarnya kakma sendiri baru tahu mengenai penyakit ini setelah kakma berkenalan dengan kawan SID yang di sahkan mendapat penyakit Bell's Palsy ini pada bulan Oktiber 2015.Sebelum ini kakma ingatkan ianya salah satu kesan strok.Ini kerana iainya nampak seperti strok yang mana ianya terjadi secara tiba-tiba kepada wajah. Bell's Palsy adalah kelumpuhan tiba-tiba pada saraf wajah yang mana menyebabkan wajah herot dan tidak simetri.
Punca terjadinya Bell's palsy
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba melibatkan sebelah muka namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Mengikut
pakar yang di jemput dalam rancangan Wanita hari ini pada 28 april 2011
Bell's palsy ialah satu jangkitan virus yang menyerang saraf di muka,
saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Saraf tersebut membengkak
dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini
boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut dan
menyebabkan pesakit mengalami kekenduran pada otot muka. Antara
akibatnya kelopak mata tidak boleh dibuka atau tutup, mulut senget dan
deria rasa berkurangan.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar masih tidak diketahui,.
Beberapa
punca lain yang mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti
trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.
Simptom dan Tanda
Bell’s
palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan
saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan
tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening
juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan
terjatuh pada bahagian yang terjejas.Ssetengah
pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum
diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan
rasa kelainan pada lidah.
Merawat Bell's Palsy
Hampir
50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah
ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang
rawatan khusus.
“Sementara
itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk
pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah
mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.
Rawatan
yang diberikan selalunya doktor biasanya akan memberi pesakit ubat
makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat
awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit
menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilalui oleh pesakit.
Di
sini Kakma ingin kongsikan coretan sahabat yang kakma ceritakan di atas
yang mengalami sakit Bell' s palsy pada oktober 2015,yang mana beliau
meluahkan rasa syukur yang mana beliau telah sembuh sepenuhnya dari
Bell's Palsy ini.Beliau telah kongsikan pengalaman beliau di FB dan ini
adalah luahnya.
******************************
Alhamdullilah, 2 oct 2015, Saya bangun sebelah muka dah jatuh, Tak boleh senyum, Mata tak boleh tutup, Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.
Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy. Bukan STROKE, tapi kelemahan sebelah otot muke
Saya diberikan steroid. Puncanya tidak diketahui.
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.. Saya cuma fokus dengan fisioterapi dan mengambil suplemen Shaklee pada SPECIAL DOSE iaitu Vivix, Omega Guard, B complex, Vitamin E. Saya juga menjalani fisioterapi.
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka
Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa.. Actually its more to self confidence / esteem. Tapi serius is MANIS untuk diingati dalam kalendar kehidupan. Hadiah dari Allah. Semoga ianya menjadi penghapus dosa-dosa
Inilah sahabat kakma adik Faiza Suhada,
Alhamdulillah
kakma tumpang gembira untuk sahabat kakma.Syukur pada Allag
sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya,apa yang penting kita jangan
putus asa dan berusaha.
Kakma ingin kongsikan info supplement yang beliau ambil iaitu Vivix,Omega Guard, B Complek dan Vitamin E
Vivix - tonik ajai yang merawat dari asas iaitu sel.
Kakma ingin kongsikan info supplement yang beliau ambil iaitu Vivix,Omega Guard, B Complek dan Vitamin E
Vivix - tonik ajai yang merawat dari asas iaitu sel.
Omega Guard - minyak ikan terbaik yang membantu melancarkan darah dan menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan bacaan kolestrol jahat.
B complek - Sangat penting bagi memastikan saraf yang sihat.Salah satu tanda kekurangan vitamin B ialah selalu kebas-kebas.Vitamin B juga membantu mengawal stress.
Vitamin E - vitamin yang tinggi antioksida melindungi sel dari radikal bebas.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment