Kecantikan wanita bukan terletak pada kulit yang cerah, tinggi lampai, kurus, mata bundar, bulu mata lentik atau hidung mancung.
Cantik yang sebenar ialah memiliki kulit yang lembab, wajah bersih, berat badan ideal dan sentiasa sihat.
Ini rahsia bagaimana wanita Arab menjaga kecantikan dengan mengamalkan makanan sunnah.
1. Bunga Saffron Atau Za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus
mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan
agen pencerah kulit yang terbaik.
2. Minyak Zaitun
Antara khasiat minyak zaitun adalah
meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik
yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit
lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan
mengandungi minyak zaitun.
3. Pati Delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan
dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis,
kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap
normal.
4. Habbatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati
dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan
madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan
dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.
5. Cuka Tamar Atau Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk
sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat.
Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein,
karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai
pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan
mengekalkan kelembapan kulit.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment