BAB 1 : RISIKO TIDAK MENYUSUKAN BAYI ANDA
Memang diakui, susu ibu adalah susu terbaik jika dibandingkan dengan dengan formula. Ia
bukan sahaja baik untuk bayi, memberi manfaat kepada ibu yang menyusukan anak, malah
susu ibu turut sama bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat.
1. Bayi
Pada minggu pertama kelahiran, susu ibu mengandungi kolostrum yang sangat tinggi.
kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi. Susuibu juga dikatakan boleh
mengurangkan masalah alahan dan masalah system penghadaman. susu ibu juga
membekalkan zat untuk tumbersaran bayi secara optimum. Ia mengurangkan risiko obesity
dan juga diabetes apabila dewasa kelas. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan
mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak
lima mata berbanding dengan bayi yang minum susu formula).
2. Ibu
Kebaikan kepada ibu pula ialah penyusuan susu ibu membantu pengecutan rahim selepas
bersalin dan mengurangkan pendarahan. Penyusuan susu ibu juga boleh menjarakkan
kehamilan secara semulajadi. selain daripada itu, ibu-ibu yang menyusukan bayi secara
ekseklusif berupaya mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta mengurangkan
risiko penyakit osteoporosis. Tambahan, apabila ibu-ibu menyusukan bayi, hormon oksitosin
dirembeskan. hormon oksitosin juga dikenali sebagai ‘LOVE HORMON’, sejenis hormon
yang mencetuskan perasaan kasih antara ibu dan anak.
3.Masyarakat
Penyusuan susu ibu juga penting kepada masyarakat sejagat. Penyusuan susu ibu
membantu keluarga & masyarakat dalam mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak
perlu membeli susu formula. ia juga mengurangkan kos perubatan kerana bayi menyusu
susu ibu kurang diserang sakit. Penyusuan susu ibu juga adalah Mesra Alam di mana ia
mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan
sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran. secara tidak langsung, ia boleh
menjimatkan kos perbelanjaan negara. Disamping mengurangkan kos untuk mengimport
susu formula.
Zainab Norazman (PC-Sabah)
0168495982
http://myzai-supplement.blogspot.com
BAB 2 : LOW MILK SUPPLY & CARA ATASINYA
PUNCA :
1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.
Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini
bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia
sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru
lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari. Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit
hingga 2jam sekali baby nak susu.
Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan
risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!
· 2. Kekeliruan puting dan hisapan tidak betul
Masalah kekeliruan putting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila baby dah di
biasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan.
Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby
tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar.
Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila baby isap dengan cara
salah, tentunya susu kurang keluar, dan nipple ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan
ibu mula putus asa. Pastikan baby isap dia areola dan bukannya di puting.
· 3. Emosi ibu kurang stabil
Bila kita dalam pantang, kita akan rasa letih, stress dan macam – macam lagi. Pastikan ibu -
ibu dapat rehat denagn secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat
kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa baby tidurlah ibu dapat
berehat! Sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress
dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.
· 4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Growth spurt ni, lain baby..lain keranahnya. Ada baby bila growth spurt mereka kerap
menyusu, seperti tak cukup – cukup atau seperti kita dah “tak ada susu”. Ada pula tak mahu
susu dan asyik menangis je. Biasa baby yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3
bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt.
· 5. Kurang menyusu waktu malam
Bagi baby awal 2bulan, mereka agak kerap menyusu. Malah pada waktu malam juga kita
harus menyusukan mereka. Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.
· 6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi
FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi
susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan
berkurangan.
· 7. Ibu datang bulan (period)
Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu – ibu yang menyusu.
Ibu boleh mengambil kalsium untuk hadapi masalah ini.Di Shaklee kami cadangkan
Ostematrix.
· 8. Pengambilan ubat / kafin
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran
susu, malah dengan pengambilan kafin yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan
penghasilan susu.
· 9. Memperkenalkan terlalu awal Solid Food / FM / Pacifier
Jangan offer any nestum / food (untuk baby below 6 months) / formula milk / pacifier (puting
getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada
breast. Bila dah start dengan solid food baby akan kenyang dan kurang menyusu.
· 10. Ibu merokok / alcoholic
Tentu sekali akan mengurangkan susu..betul tak??
CARA ATASI:
1. Kerapkan meyusu bayi / pam
2. Massage breast / tuam
3. Makan makanan seimbang / ambil supplement
4. Minum air secukupnya
5. Berfikiran positif
6. Memilih pam susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul – cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pam waktu malam, tandem nursing.
7. Skin to skin
8. Offer both breast.
@Dilla Jalil (PC – Perak)
017-5657552
http://mamaqaireen.blogspot.com
BAB 3 : PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat
mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan
karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan
anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan
anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak
dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233
yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu
atau tidak walaupun sekali susuan”
1. KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT ISLAM
a. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
b. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
c. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
d. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit
terutama selsema dan batuk.
e. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar
terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
f. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
2. DOA & AMALAN YANG DISARANKAN
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar
menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMEEN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan
dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita.
Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada
dada, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu
memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu
terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di
antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami
berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70
kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga
boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.
InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut
di atas.
~~ MaZNi PutERi ~~
012-6481211
http://ma2niput3.blogspot.com/
BAB 4 : PERLUKAH SUPPLEMENT DALAM PENYUSUAN
1. Apakah itu Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan?
Sebenarnya ketiga-tiga suplemen/vitamin/Makanan Tambahan mempunyai maksud yang
sama.Sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai makanan,manakala di
kawasan lain, mereka adalah ditakrifkan sebagai dadah atau produk kesihatan semula jadi.
Suplemen adalah tambahan kepada diet kita sehari-harian. Ia membekalkan nutrien seperti
mineral,serat,asid lemak dan pelbagai jenis lagi yang mungkin hilang atau tidak boleh
didapati dalam kuantiti yang secukupnya dalam diet seseorang.
Tahukah anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap anda hendaklah mengikuti Piramid
Makanan ini?
2. Kenapa Suplemen Penting
Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual
pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan
makanan tambahan.
Semua orang digalakkan mengambil suplemen . Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu
makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Suplemen juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis
makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lamakelamaan
badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan suplemen . Pengambilan
suplemen akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang
mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas,
hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan
yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah
lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini:
1. Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan
perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’.
Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan atau stress. Mungkin
pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.
2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda
dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini.
Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya
daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu
anda menangani osteoprosis.
3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang
lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.
4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin
memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan
osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.
5.Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak
subur.Penggunaan racun perosak dan bahan pencemar lain yang mempengaruhi kualiti
buah dah sayur.
6. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan
penyediaan.Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
7. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan
antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak,
kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
8. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang
dicadangkan.
9. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas
yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan. Maggi pun
jadilah..
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment