CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL
Tetapi sekiranya lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej; terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda; anda akan rasa sakit apabila bersama suami; serta rasa sakit apabila membuang air kecil, anda perlu segera berjumpa doktor.
Keputihan bersifat cair dan berwarna seperti susu adalah normal bagi kebanyakan ibu mengandung dan wanita hamil |
Bagaimana anda boleh mengalami masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?
Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans yang menyebabkan keputihan.
Adakah keputihan semasa mengandung dan hamil akan membahayakan bayi?
Tidak.
Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.
Apakah cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?
Sekiranya mengalami masalah keputihan semasa mengandung dan hamil, jangan sesekali:
° Menggunakan tampon kerana ini akan memperkenalkan bakteria baru kepada faraj.
° Membasuh kemaluan dengan sabun kerana ini akan mengganggu keseimbangan dan menjejaskan pH faraj yang normal.
° Berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini akan menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat.
Anda bolehlah amalkan cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil berikut:
° Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
° Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
° Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
° Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
° Gunakan pad atau panty liner yang memberikan keselesaan kepada anda.
Adakah terdapat produk Shaklee yang selamat untuk mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?
Bagi ibu mengandung/wanita hamil, bawang putih membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Khasiat bawang putih juga dapat mengurangkan keletihan semasa mengandung dan hamil. Selain itu, bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus. Bawang putih juga berupaya membantu merawat jangkitan faraj seperti sindrom keputihan semasa mengandung dan hamil.
Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil |
Garlic Complex Shaklee merupakan sumber antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan. Sebotol 60 tablet cuma berharga RM47.50. Jom baca testimoni Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil berikut:
Jangan ambil mudah masalah keputihan semasa mengandung dan hamil.
Walaupun dikatakan tidak berbahaya, risiko jangkitan terhadap bayi dalam
kandungan tetap ada terutamanya semasa proses kelahiran. Jadikan
pengalaman mengandung dan hamil anda sesuatu yang menyeronokkan.
Dapatkan sebotol Garlic Complex Shaklee hari ini juga!
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment