CREDIT http://www.greenvitamin.net/search/label/KUATKAN%20RAHIM
Bila
ditanya organ apa yang paling unik dan ajaib di tubuh seorang
perempuan, aku yakin jawapannya adalah rahim. Kerana sehingga saat ini,
belum ada teknologi yang boleh menggantikan rahim sebagai tempat
pembiakan dan berkembangnya janin bayi
Namun demikian, tidak semua wanita dianugerahi rahim berfungsi sepanjang hidupnya.
Ada
yang memang dari "azali" nya ditakdirkan Sang Pencipta untuk tak pernah
mempunyai rahim, ada juga yang terpaksa kehilangan rahim di tengah
perjalanan hidupnya . Dikenal sebagai histerektomi (proses buang rahim),
adalah jenis tindakan operasi yang paling banyak dilakukan di Amerika
Syarikat. Lazimnya berpunca dari masalah penyakit dalam rahim seperti
kanser, cyst ,endometriosis, pcos dan banyak lagi
ketika
ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang
berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.
10 Tips Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga
ibu,
nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan
dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor penyebab. Elakkan dan
jauhkan dari faktor penyebab yang timbul dari sekitaran. Dan jika anda
mempunyai sejarah keluarga berkaitan penyakit rahim, perlulah mengambil
langkah pencegahan
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan.
Kahwin
dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids
dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga
1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal.
Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita
yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan
adenomyosis.
3. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
Rahim
sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan
progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel
otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah
endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua
hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon
mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi
tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila
berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam
penyakit dan gangguan.
Di antaranya:
- Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
- Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
- Kemandulan dan sukar hamil.
- Perdarahan rahim.
Sumber
asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak
badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber
phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray
pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Sumber
asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak
badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber
phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray
pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Atasi faktor yang mengganggu imbangan hormon.
Sering
tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan
penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan
gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat,
mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan
(obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen
menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal
semua jenis stres.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak.
Sering
kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak
sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak
suka makan sayur dan buah2.
Jika
menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air
garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C
(chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak
perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur
remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk
menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
Kes
yang terbaru yang saya sendiri perolehi, kanak kanak 14 tahun mengalami
masalah Cyst dalam baru sebesar 4cm. Bayangkan jika penyakit cystnya
lambat dikesan. Nauzubillah
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak kanak dan remaja.
Dewasa
ini kanak-kanak terlalu suka makanan segera dan junk foods. Ibu bapa
layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk
dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar
disekolah, kolej dan universiti berasrama.
Mereka
makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk
memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini
gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu
banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.
Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2
wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Didik sahsiah diri anak anak
Remaja
perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam
maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala
saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan
akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid.
Perdarahan
haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk
haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap
bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih
dan telah mandi junub.
Sering
juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melimpah’ ke
belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan
saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat
sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan
immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun
serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis
dan adenomyosis.
9. Cegah Gangguan Makhluk Halus
Dipercayai
darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim
menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu
ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya
banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan
syaitan.
10. Jaga pemakanan
Banyak
makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang
mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase.
Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon
progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17
(antikanser).
Makanan
tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih,
halia dan serai ada kesan anti keradangan juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak
makan sayur sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk
paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan
buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan
lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan
lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan
lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan
lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioksidan yang
boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing)
setiap hari
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment