10 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Anda Ketahui
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Anda risau anda mendapat sakit buah pinggang? Jom kita tengok
tanda-tanda awal sakit buah pinggang, agar lebih mudah untuk mendapatkan
rawatan awal.
Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan..
Tanda #1
Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing.
Tanda #1
Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing.
- Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan.
- Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang.
- Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
Tanda #2
Adakah anda letih sepanjang masa?
- Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
Tanda #3
Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan?
- Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
- Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
Tanda #4
Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan?
- Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
Tanda #5
Bagaimana pula dengan selera makan anda?
- Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
Tanda #6
Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?
- Ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
Tanda #7
Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa?
- Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
Tanda #8
Adakah anda merasa sukar untuk bernafas?
- Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
Tanda #9
Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda?
- Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
Tanda #10
Adakah anda kerap berasa pening kepala?
- Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment