23 November, 2012 by 1 Comment
“Sebenarnya saya tidak ada amalkan
apa-apa petua kecantikan secara spesifik sepanjang tempoh kehamilan ini.
Namun, tidak dinafikan saya masih menjaga diet ketika hamil. Tetapi ini
bukanlah bermakna saya mengikat perut.
Sebaliknya, saya hanya makan nasi sekali
sehari. Saya lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet
harian. Makan memang kena makan. Sebab kalau terlampau diet nanti
bimbang boleh menjejaskan kandungan.
Setakat ini, doktor maklumkan saya dan
bayi sihat. Tidak ada sebarang masalah,” ulas Fasha Sandha apabila
ditanya tentang rahsia kecantikannya ketika sedang hamil.
Tambah Fasha lagi, dia juga percaya
tahap emosinya sekarang ini turut mempengaruhi penampilannya ketika
ini. Ini kerana ketika ini dia merasa cukup bahagia dengan kehidupannya
sebagai seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu.
“Saya sekarang sedang menjalani
kehidupan yang cukup menggembirakan. Mungkin kerana itu orang melihat
saya tampil lebih cantik ketika ini. Saya percaya apabila kita bahagia,
ianya akan terpancar di wajah kita.
Terus-terang saya katakan, perasaan yang
saya alami sekarang cukup membahagiakan. Sebelum berkahwin, saya tidak
pernah merasakan perasaan seperti ini. Sekarang saya rasa cukup istimewa
dan sangat dihargai. Menang indah perasaan bergelar seorang isteri dan
kini saya sudah tidak sabar-sabar ingin menjadi seorang ibu,” ujar Fasha
lagi.
Bercerita tentang kandungannya yang
memasuki usia 18 minggu, Fasha memberitahu kini dia sudah dapat
merasakan pergerakan bayi di dalam kandungan. Oleh itu, dia berasa
bagaikan tidak sabar-sabar mahu melihat rupa paras bayinya itu.
“Apabila dapat merasakan pergerakan
bayi, saya rasa cukup teruja. Maklumlah ini kehamilan pertama. Memang
seronok apabila membayangkan saat-saat kelahiran itu. Tetapi dalam masa
yang sama, saya juga berasa berdebar-debar menunggu tarikh kelahiran
itu.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar
dan ketika ini saya banyakkan berdoa kepada Allah, minta Dia permudahkan
segalanya,” ujar Fasha.
Untuk makluman anda, Fasha kini sudah
tidak lagi terlibat dengan mana-mana penggambaran kerana mengambil
keputusan untuk merehatkan diri. Menurut Fasha, bukan tidak ada tawaran
berlakon yang diterimanya, tetapi dia berasa tidak selesa untuk bekerja
memandangkan perutnya sudah semakin membesar.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment