Adakah anda pernah duduk dalam keadaan yang tenang dan sunyi
dikelilingi orang-orang tetapi perut anda merintih minta diisi dan
memalukan bagi semua orang untuk mendengar?
Walaupun anda cuba untuk mengabaikannnya, sebenarnya secara rahsia
anda sedang melawan perasaan yang tidak selesa dengan perut kosong,
hampir tidak mampu untuk memberi perhatian, dan berkhayal tentang
makanan yang sedap-sedap.
Kemudian anda sedar bahawa anda mendapati diri anda berada dalam situasi begini terlalu kerap. Mengapa anda sentiasa lapar?
“Kelaparan adalah keperluan fisiologi terhadap kalori, garam, dan
air, dan ia didorong oleh gabungan faktor, termasuklah diet anda, hormon
selera makan, dan juga faktor-faktor emosi, seperti tekanan,” kata
Maggie Moon, RD, pakar pemakanan yang berpusat di Los Angeles.
Mesti ada sesuatu yang lain membuatkan ini berlaku. Berikut antara 7
sebab mengapa anda sentiasa lapar dan ia mudah untuk dielakkan, dan hari
juga kami akan bantu anda untuk memastikan bahawa kelaparan anda itu
diatasi.
Anda Skip Makan
Jika anda berfikir anda akan kehilangan 20kg dengan mengamalkan cara
yang selamat iaitu skip waktu makan dan mengurangkan kalori, sebenarnya
anda silap.
Apabila anda melangkau waktu makan, anda memaksa badan anda ke mod
kelaparan, yang bermakna anda akan ketagih untuk makan segala-galanya
yang ada di depan mata, sekaligus menyimoannya sebagai lemak dan
bukannya diguna untuk mengisi perut anda. Ini membuatkan anda lapar
sepanjang masa dan juga membuat berat badan anda bertambah.
Jadi, anda mahu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari, bukan?
Mari kita mulakan dengan sarapan pagi.
Ia mudah untuk anda skip sarapan pagi semata-mata untuk tidur
tambahan selama lima minit, tetapi kajian menunjukkan bahawa mereka yang
tidak bangun untuk sarapan pagi yang berkhasiat sebenarnya akan lebih
berasa lapar dan mengidam makanan lemak lebih tinggi pada waktu siang
hari. Percayalah, anda tidak mungkin merasa kesan-kesan ini semasa anda
sibuk di pagi hari, tetapi ia akan mula dirasai pada waktu petang,
Penyelesaian: Kenalpasti sarapan sihat yang
menjimatkan masa anda supaya anda tidak akan terlepas hidangan yang
paling penting untuk memulakan hari anda. Jika anda mendapati diri anda
menahan kelaparan apabila anda makan 3 kali sehari, anda mungkin mahu
bertukar jadual kepada makan enam hidangan kecil sehari. Dengan cara ini
metabolisme anda sentiasa bekerja dan tidak akan meminta makanan lagi.
Anda Makan Terlalu Cepat
Anda mungkin mempunyai kecenderungan untuk ‘melahap’ makanan di dalam
mulut anda apabila anda sangat sibuk tanpa berfikir tentang bagaimana
anda sebenarnya memberi permasalahan yang serius bagi sistem pencernaan
anda. Sudah pasti, anda menelan makanan yang sihat, tetapi anda akan
berasa lapar dalam beberapa minit selepas makan.
Apa yang berlaku?
Pertimbangkan ini: ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk otak
anda mendapatkan isyarat dari sistem pencernaan anda bahawa perut anda
sudah penuh. Katakan anda tergesa-gesa mengambil makan tengah hari yang
berkhasiat dan seimbang dalam 10 minit. Otak anda akan terus berfikir
anda lapar dan anda hanya akan terus makan walaupun perut anda penuh.
Lihatlah bagaimana ia sebenarnya mudah untuk anda makan berlebihan?
Selain memberi signal untuk otak anda, terdapat hormon lain yang
bergantung kepada corak pemakanan anda yang juga memerlukan masa untuk
bekerja. Kajian telah membuktikan bahawa apabila anda mengambil masa
yang lama untuk mengunyah makanan anda, anda tidak hanya mengambil 10%
kurang kalori, tetapi anda juga akan terasa penuh apabila anda selesai
makan.
Penyelesaian: Makan seperti anda berada di mod diet
dan mengunyah setiap suapan antara 5-50 kali sebelum menelan; atau
meletakkan garpu anda ke bawah selepas setiap suapan untuk melambatkan
kunyahan anda.
Anda terlalu Stress
Apabila anda berada di bawah tekanan yang berterusan, hormon anda
akan kucar kacir, anda tidak boleh tidur, dan selera anda menjadi di
luar kawalan. Itulah sebabnya kebanyakan kita terlebih makan apabila
tiba musim cuti; tekanan mencetuskan hormon yang menyebabkan kita
mengidam untuk makan makanan tanpa berjaga-jaga.
Anda perhatikan, badan yang tertekan mengeluarkan hormon seperti
adrenalin dan kortisol yang membuat badan anda rasa ia memerlukan banyak
tenaga untuk melawan tekanan. Anda tidak benar-benar lapar, tetapi
badan anda memberitahu anda untuk menjadi lapar sehingga dapat bersedia
untuk mengeluarkan anda dari keaadaan yang tertekan tersebut.
Kajian telah membuktikan perkaitan langsung antara tahap kortisol
tinggi, makan lebih banyak kalori, dan keinginan anda kepada makanan
manis. Anda mungkin berasa lapar, tetapi anda tidak mahu mengambil
kalori yang mana badan anda tidak akan gunakannya.
Penyelesaian: Mengekalkan kesihatan, letakkan
almonds rangup di meja tempat kerja anda, buat secawan teh hijau panas,
dan berehat seketika untuk berjalan di luar dan menyerap vitamin D dari
matahari.
Anda Tidak Minum Cukup Air
Apabila kita mengalami dehidrasi, hipotalamus kita iaitu bahagian
otak yang mengawal rasa lapar dan dahaga, mula panik. Ia menjadikan
badan anda berfikir anda lapar apabila anda sebenarnya hanya dahaga.
Pastikan anda selalu minum air sepanjang hari kerana anda akan menikmati
seribu manfaat kesihatan yang luar biasa.
Jika anda berasa lapar, minum segelas besar air dan tunggu 20 minit
untuk isyarat sampai ke otak anda bahawa anda ‘penuh’. Jika anda rasa okay,
anda mungkin hanya dahaga. Jika anda lapar tetapi anda sedang cuba
untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan kalori anda,
air akan menjadi rakan anda yang terbaik.
Penyelesaian: Kekalkan tahap bendalir anda dengan
memilih air lemon segar dan air kelapa, dan makan makanan padat air
seperti tembikai dan timun untuk menghilangkan dehidrasi kerana
kelaparan.
Anda Tidak Mendapatkan Tidur Berkualiti Secukupnya
Tidur adalah menakjubkan. Badan anda menggunakan masa anda tidur
tersebut untuk mengurangkan tahap kortisol akibat tekanan dan menyimpan
hormon-hormon kelaparan anda. Jika pada anda ia tidak cukup penting,
baca ini:
Apabila anda tidak dapat rehat sepenuhnya pada waktu malam, ghrelin,
hormon yang bertanggungjawab untuk merangsang selera makan anda,
meningkat; dan leptin, hormon yang membuat anda berasa kenyang, jatuh
menjunam. Ini sebenarnya bukan keadaan yang ideal untuk badan anda,
melainkan jika anda mahu ia mendapatkan tenaga dari karbohidrat, lemak,
dan kafein.
Menurut satu kajian, apabila wanita tidur kurang daripada empat jam, mereka consume
300 kalori tambahan dan 21 gram lemak pada hari berikutnya! Semua ini
kerana mereka mungkin merasakan kesan ketidakseimbangan tahap hormon
dan ketagihan makanan.
Lelaki juga tidak terkecuali; kajian yang dijalankan ke atas manusia
menunjukkan bahawa peserta yang hanya tidur empat jam makan lebih banyak
kalori dan sebenarnya berasa lebih lapar pada keesokan harinya.
Penyelesaian: Belajar cara bagaimana untuk mengatasi
insomnia melalui diet supaya anda boleh tidur cepat, dapatkan tidur
berkualiti, dan hilangkan kelaparan pada hari berikutnya.
Anda Dikelilingi Makanan
Makanan di mana-mana sahaja sekarang, dan kita tidak boleh lari
daripadanya. Kita dihujani dengan makanan di TV dan di seluruh media
sosial; hashtags di Instagram, gambar kawan-kawan anda makan di
Facebook.
Adakah ini membantu atau menyakiti kita?
Satu kajian mengatakan bahawa apabila peserta dipaparkan imej makanan
lazat, tahap ghrelin mereka meningkat. Memandangkan kita tahu bahawa
ghrelin merangsang selera makan, kita sendiri berani bertaruh
peserta-peserta tadi akan mula menjadi lapar.
Ini adalah sensasi yang sama yang anda akan dapat apabila menghidu aroma yang lazat daripada masakan makanan.
Penyelesaian: Hentikan mendera diri sendiri dan
elakkan untuk terjebak dengan makanan melalui media sosial terutamanya
sebelum makan apabila anda secara tidak sengaja terlebih makan kerana
selera makan anda telah meningkat.
Anda Perlukan Lebih Fiber
Walaupun orang dewasa puratanya hanya makan 15 g serat setiap hari,
lelaki memerlukan sekitar 38 g serat setiap hari dan wanita memerlukan
kira-kira 25 g. Serat tidak larut adalah apa yang menyebabkan
penghadaman anda berfungsi tetapi serat larut sebenarnya memperlahankan
sedikit proses pencernaan anda.
Jangan bimbang, ini adalah satu perkara yang baik!
Serat larut bertukar menjadi sama dengan gel dan kelewatan pencernaan
akan membuatkan tubuh anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyerap
nutrien. Hasil dari satu kajian menunjukkan bahawa makan serat dan
bijirin penuh bersama-sama akan membuat anda terasa penuh lebih lama,
yang pasti akan menghadkan nafsu makan dan lapar anda.
Penyelesaian: Kenali perkara seperti biji chia,
kacang dan bijirin lain untuk dimakan. Dan masukkan lebih banyak serat
yang dipenuhi sayur-sayuran untuk membuat makanan anda bertahan lebih
lama.
Kesimpulan
Sekarang anda tahu anda perlu tidur lebih, mengimbangi diet anda,
minum banyak air putih dan kekal terhidrat, perasaan untuk sentiasa
lapar akan hilang dengan sendirinya.
Kami berkongsi tentang diet dan faktor-faktor mempengaruhi gaya hidup
anda hari ini, tetapi perlu diingat bahawa isu-isu seperti
ketidakseimbangan hormon, dan ubat-ubatan tertentu mungkin penyebab
perut anda merungut untuk diisi.
Jika anda tidak dapat melawan rasa lapar anda menggunakan tips ini, anda boleh consult dengan doktor jika sesuatu berlaku.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment