Welcome and thank you for visiting UMMI ZUBARI CORNER
I am UMMI ZUBARI , your Shaklee Independent Distributor at BINTULU, SARAWAK. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 892671 | 013-8342092| |FB: Ummi Zubari
EKSKLUSIF utk anda..Jom klik LIKE
PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :10 Makanan Yang Patut Anda Elak Makan Waktu Sarapan
Foto - Wikimedia Commons
Tak
sampai tengahari dah rasa lapar? Salah siapa pula tu? Apa yang anda
makan semasa sarapan tadi? Nasi lemak? Salad? Roti bakar? Baiklah, ini Wanista kongsikan 10 makanan yang patut anda semua elak makan ketika sarapan. Kenapa? Ini sebabnya. #1 Bijirin rendah serat (low-fiber cereal) Foto – www.eatthis.comYa, bijirin bergula merupakan pilihan
yang tidak berkhasiat, tapi kandungan gula bukan satu-satunya perkara
yang anda perlu beri perhatian. Jika anda makan bijirin rendah serat dan
tinggi karbohidrat, ia tidak akan membuatkan anda rasa kenyang bahkan
anda menjadi cepat lapar sebelum waktu makan tengahari. Jadi, kurangkan
bijirin jenis rendah serat. #2 Light Yogurt Foto -1mhealthtipsMungkin anda merasakan ianya adalah pilihan yang baik. Tetapi itu tidak selalu. Kebanyakan light yogurt
mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dalam pemanis tiruan dan
bahan kimia, terutamanya apabila anda memilih jenis yang berperisa.
Sebaliknya, pilihlah jenis plain, low-fat greek yogurt, protein ini akan membuatkan anda terasa penuh malah ianya tiada sebarang tambahan gula. #3 Smoothies Foto – Huffington PostKenapa ada orang lebih menggemari smoothie berbanding jus hijau (green juice)?
Kerana ianya lebih manis yang datang daripada gula, ada juga yang
mengandungi ais krim ataupun susu penuh lemak. Sebaliknya, memilih untuk
makan mentah buah-buahan atau jika anda inginkan smoothie, buat sendiri
menggunakan greek yogurt. #4 Penkek Foto – TastePenkek kosong yang ditambah dengan sirap, sos coklat, coklat cip dan pelbagai lagi topping
yang akhirnya membuatkan anda ketagih gula. Bukan tidak boleh makan
tapi kalau boleh hanya menggunakan sirap maple semula jadi dan cuba
membuat penkek dengan greek yogurt untuk tambahan protein. #5 Takeout Sandwhic Foto – The Town DishMungkin anda merasakan sandwhic dari drive-thru
kelihatan seperti pilihan yang seimbang kerana terdapat beberapa
protein. Tetapi tahukah bahan kandungannya boleh jadi berminyak,
diproses, diawet, goreng, malah ditambah dengan karbohidrat yang
langsung tidak mempunyai sebarang serat. Anda makan anda akan terasa
cepat lapar dan silap hari bulan lesu sepanjang hari. #6 Pastri Foto – haazaYa jarang tapi mungkin ada di antara
kita memilih kepada hidangan pastri ketika sarapan, mereka perlukan
makanan yang bergula seperti donut, danish, wafel atau tart. Selain
hakikat bahawa ianya dibuat dengan tepung putih halus, ia mengandungi
tambahan gula yang akan menyebabkan blood sugar untuk naik mendadak dan membuatkan anda lapar lebih awal. #7 Granola Foto – Perfectly EdibleGranola mungkin bunyinya seperti
pilihan yang lebih sihat daripada bijirin, tetapi ia boleh juga jadi
tidak sihat. Jika granola dihasilkan dengan bahan yang sebenar, ia
mungkin makanan sihat. Tetapi apabila pembuat makanan mula membuatnya
secara besar-besaran, mereka mengubahnya dan akhirnya menjadi tidak
sihat. Granola mengandungi kandungan yang menyihatkan seperti oats dan
kekacang, tetapi apabila ditambah gula dan minyak kemudian dicampur
dengan proses pembungkusan yang memudahkan membuatkan kita sentiasa
ingin mengambilnya, ia menjadi tidak sesihat mana. #8 Jus Foto – Sweet CicelyOkay nak beritahu yang smoothie dan jus
buah-buahan merupakan dua jenis minuman yang berbeza. Jus buah sering
dilihat sebagai menyihatkan kerana ia dari buah kan? Tidak semestinya.
Kadang-kadang ‘jus buah’ adalah air gula perasa buah-buahan. Ia mungkin
tiada buah sebenar di dalamnya. Mungkin hanya air, gula dan bahan kimia
yang rasa buah. Tetapi jika anda dapat 100% jus buah di pasaran, anda
masih tidak elok minumnya secara banyak. Masalah dengan jus buah adalah
semua kebaikannya dah dikeluarkan. #9 Bar Foto – Nature ValleyDisebabkan terlalu sibuk, anda terus
capai bar protein atau granola dalam makan di dalam kereta. Tahukah anda
bahawa kebanyakkan bar dipenuhi dengan gula dan bahan kimia yang hanya
akan membuatkan anda lapar sebelum tengah hari. Bahkan juga, apabila
anda melihat label kandungan pelbagai bars, biskut, snek organik pasti
anda dapat lihat tidak banyak beza kandungannya dengan makanan proses
lain. Malah silap hari bulan, terasa seperti anda makan gula sahaja. #10 Salad Dressing Foto – YouTubeYup, sayur-sayuran sangat
menyihatkan. Ia dipenuhi dengan nutrien, antioksidan, fiber larut and
pelbagai lagi kebaikan. Jadi salad juga adalah makanan yang menyihatkan.
Bagaimanapun, ramai yang menambah dressing ke dalam salad mereka. Masalahnya, kebanyakan dressing diperbuat daripada bahan seperti minyak kacang soya dan manisan tiruan. Seeloknya, buat dressing sendiri. Jadi, selepas ini anda haruslah lebih memilih ketika waktu makan dan jangan lupa amalkan gaya hidup sihat semua! Rujukan :1&2
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment