IKHTIAR CEGAH DAN RAWAT KENCING MANIS DENGAN SHAKLEE
Sejujurnya saya mula ambil berat dan
gigih belajar tentang Diabetes dan Kencing Manis ni apabila Ibu saya
sendiri border line Diabetes. Asalnya ada Darah Tinggi je. Mak mertua
saya pulak Diabetes yang agak serius. Sekarang dah kena ambil insulin
setiap hari.
Kedua-dua ibu dan mak mertua saya
memang dependent kepada ubat doktor. Ubat doktor tu macam tak
berkesudahan. Kami sebagai anak hanya boleh menggalakkan dan memastikan
yang mereka disiplin makan ubat. Di samping berjaga-jaga dalam
pemakanan. Kita mesti lah nak pelihara kesihatan mak-mak kita kan?
Dengan inisiatif saya sebagai
Distributor Shaklee, saya selidiki juga apa yang bagus daripada Shaklee
untuk bantu mereka. Dan ternyata ilmu yang saya pelajari daripada ahli
nutrisi sangat saya hargai. Jadi saya suka nak kongsikan dengan umum.
Bagaimana Kita Nak Mencegah Dan Merawat Diabetes / Kencing Manis?
1. Bersenam
Ini penting. Bersenam dapat
mengurangkan risiko diabetes sebanyak 58%. Tak kira lah anda dah pun
disahkan mempunyai diabetes, adalah elok untuk banyakkan bersenam di
samping menjaga berat badan agar tidak obes. Cadangan kekerapan adalah 3
kali seminggu.
2. Pemakanan Seimbang
Pesakit Diabetes perlu menjaga diet
mereka agar sentiasa kaya dengan nutrien, rendah lemak dan sederhana
dalam kalori. Juga berjaga-jaga dengan makanan tinggi karbohidrat dan
gula.
Pilih makanan rendah Nilai Glisemik
Indeks (GI) untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Makanan yang
rendah GI adalah bernilai lebih rendah daripada 55. Contoh makanan
tinggi GI yang perlu dielakkan adalah roti putih, tepung gandum dan nasi
putih. Ini kerana makanan tinggi GI akan menaikkan gula dengan
mendadak. Selepas 30 minit hingga sejam akan mudah rasa mengantuk. Jadi,
amalkanlah makanan rendah GI seperti sayur-sayuran, roti gandum penuh
whole bread, oren dan kacang soya.
Kacang soya mempunyai GI yang rendah.
Ia membantu memberikan tenaga tanpa menaikkan gula yang tinggi dalam
darah. Contohnya ESP dapat membantu mengawal paras gula dan memberikan
tenaga yang berpanjangan. GI bagi ESP sangat rendah, hanya 39 dan lebih
rendah berbanding tembikai, kentang dan nasi putih. Sebab tu anda takkan
rasa cepat letih bila ambil ESP. ESP akan melepaskan gula dan tenaga ke
dalam darah secara perlahan-lahan.
Sebab itu, ESP sangat sesuai bagi
mereka yang menghidap diabetes sebagai makanan gantian atau mereka yang
ingin mencegah paras gula yang tinggi.
3. Pengambilan Asid Lemak Omega-3
Diabetes, darah tinggi dan sakit
jantung adalah penyakit yang berangkai. Kebiasaannya paras kolestrol
juga mudah untuk meningkat. Selalunya paras kolestrol dan tekanan darah
yang tinggi akan menyebabkan serangan jantung.
Pengambilan Omega-3 akan membantu menurunkan paras kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
Minyak ikan Omega-3 OmegaGuard Shaklee mempunyai keistimewaan :
A) Mempunyai ketulenan yang tinggi
Menjalankan proses penyulingan molekul
berperingkat dan bertekanan tinggi yang dapat menapis bahan berbahaya
contohnya bahan logam seperti lead, merkuri dan plumbum (boleh
merosakkan sel-sel otak) di samping memelihara kandungannya dengan cara
yang paling semulajadi. Dengan mengamalkan minyak ikan Shaklee, anda tak
perlu risau dengan kontaminasi. Jadi ia juga selamat untuk ibu hamil
serta kanak-kanak.
Minyak ikan OmegaGuard juga menapis
lemak yang tidak sihat contohnya transfat (selalunya didapati dalam
planta dan marjerin) yang menaikkan paras kolestrol dan meningkatkan
risiko penyakit jantung.
B) Membekalkan lebih EPA dan DHA
OmegaGuard membekalkan lebih EPA dan
DHA berbanding jenama lain. Setiap hidangan OmegaGuard ini akan
membekalkan 90% EPA dan DHA. Berbanding dengan jenama lain yang hanya
membekalkan 30-50% EPA dan DHA sahaja.
4. Makanan Tinggi Kromium
Kromium adalah mineral dalam makanan
yang membantu insulin untuk bekerja secara lebih efektif dan membantu
sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Dengan itu,
kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.
Kromium boleh didapati dalam sayuran,
gandum dan telur kuning. Suplemen daripada Shaklee untuk membekalkan
kromium adalah Vitalea. Bukan sahaja kromium, Vitalea juga mengandungi
vitamin dan mineral lain yang diperlukan tubuh. Sebab tu ia juga digelar
sebagai multivitamin.
Dengan teknologi micro asid folik berpaten, Vitalea akan larut dalam darah anda dengan lebih cepat dan cepat terserap.
5. Diet Yang Tinggi Dengan Polifenol Tumbuhan
Polifenol boleh membantu merencatkan
AGE Protein. AGE Protein adalah gabungan gula berlebihan dengan protein.
AGE protein ini adalah berbahaya dan akan meningkatkan risiko penyakit
berkaitan dengan penuaan serta penyakit kronik seperti diabetes.
Polifenol tumbuhan adalah sejenis
bahan kimia semulajadi yang didapati dalam tumbuh-tumbuhan dan
buah-buahan. Dengan 1 sudu kecil Vivix, anda akan mendapat 15 jenis
polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol
tumbuhan.
Ramuan utama Vivix ini adalah Anggur
Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry Eropah dan Polygonum Cuspidatum.
Kajian menunjukkan bahawa bahan polifenol tumbuhan boleh membantutkan
sebanyak 90% pertumbuhan AGE Protein dalam badan berbanding Resveratrol
biasa dalam pasaran. Resveratrol biasa hanya 30% AGE Protein
dibantutkan.
Kuasa dan fungsi Vivix adalah jauh lebih kuat berbanding Resveratrol biasa.
Nak ketahui lebih lanjut tentang kebaikan Vivix untuk Diabetes? Boleh baca lebih lanjut dan detail DI SINI.
6. Pengambilan Asid Lemak Omega-6
Seringkali pesakit kencing manis akan
mengalami kebas-kebas pada kaki atau tangan kerana masalah saraf. Asid
lemak Omega-6 adalah baik untuk mengelakkan masalah kebas-kebas pada
kaki dan tangan pesakit kencing manis.
Omega-6 banyak terdapat dalam GLA atau Gamma-Linoleic Acid iaitu sejenis asid lemak sihat. GLA sangat penting sebagai anti-radang.
Terdapat GLA daripada sumber yang lain, contohnya:
A) Blackcurrant oil (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja).
B) Evening Primrose (memberikan kepekatan 7-10% sahaja).
GLA daripada Shaklee pula adalah
esktrak daripada bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi
berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17-25% GLA.
7. Pengambilan Vitamin B6 dan B12
Pesakit diabetes mempunyai risiko
untuk mengalami masalah sakit saraf. Jadi mereka memerlukan Vitamin B
untuk membantu mengurangkan masalah sakit saraf.
Di Shaklee, kami mempunyai B-Complex
yang mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan. Selqain itu,
ia juga ditambah dengan sistem penyerapan bioaktif berpatent yang
membantu B-Complex ini larut dalam badan.
Kebiasaannya Vitamin B-Complex yang
ada di pasaran mempunyai kadar penyerapan yang rendah. Penyerapan lemah
menyebabkan badan tak berjaya mendapat khasiat Vitamin B dengan
sepenuhnya. Sedangkan, Vitamin B-Complex lebih efisyen apabila semuanya
badan kita dapat kerana ia semua saling memerlukan untuk menjalankan
fungsinya dengan paling optimum.
8. Pengambilan Vitamin C
Pengambilan Vitamin C akan membantu
mengurangkan gula yang bertukar kepada sorbitol. Sorbitol adalah sejenis
gula yang tidak dapat ditukar menjadi tenaga. Sorbitol ini akan
terkumpul di dalam sel, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan sel anda
contohnya sel mata dan sel buah pinggang.
Pengambilan Vitamin C akan mengelakkan
bertambahnya sorbitol apabila gula ditukarkan ke sorbitol. Sebaliknya
ia akan menukarkan gula itu kepada tenaga. Maka tiada lah Sorbitol.
Vitamin C Shaklee adalah 500mg per
tablet. Ini penting bagi penyerapan yang berterusan. Vitamin C ini akan
melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam selama 5 jam untuk keperluan
Vitamin C tubuh badan yang berterusan. Ini kerana Vitamin C sifatnya
mudah larut dan tidak mampu dihasilkan atau disimpan oleh tubuh badan.
Kita mesti mengambilnya hari-hari.
Ditambah dengan 120mg bioflavonoid, ia
akan dapat melindungi tablet Vitamin C daripada aktiviti oksidasi dan
seterusnya meningkatkan penyerapan Vitamin C.
9. Tingkatkan Sistem Imun
Pesakit kencing manis mempunyai sistem
imun yang lebih rendah kerana kerana kepekatan darah yang tinggi
mengakibatkan sakit atau luka sukar untuk sembuh. Dengan mengambil Nutriferon, ia dapat menguatkan sistem imun anda dengan menggalakkan pengeluaran interferon secara semulajadi.
Interferon ni adalah ibarat security
guard di dalam sistem pertahanan badan kita. Interferon ini akan
diaktifkan atau security guard akan bertindak bila terdapat serangan
terhadap sel oleh virus atau bakteria. Interferon akan mewujudkan sistem
imun untuk menghapuskan virus dan bakteria yang menyerang badan.
Inilah Set Cadangan Kencing Manis Shaklee. Sebenarnya ia merangkumi keseluruhan sudut penyakit diabetes dengan harapan dapat mencegah atau merawat diabetes dari puncanya.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment