10 makanan penyebab kanser ini sering ada dalam menu semua keluarga. Lebih baik anda semak untuk memastikan risiko kanser jauh dari keluarga anda!
Anda sekeluarga mungkin makan 10 makanan penyebab kanser ini
Sebagai ibu bapa, memang kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kesihatan anak-anak dalam apa jua cara.
Sesibuk mana pun kita, kita pasti akan cuba memastikan yang terbaik untuk mereka.
Begitu juga dalam penyediaan makanan, kalaulah boleh, memang semuanya kita hendak buat sendiri, kan?
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization (WHO), antara makanan utama penyebab kanser ialah daging yang diproses.
Tidak kiralah daging apa. Inilah punca UTAMA kanser.
Berikut adalah 10 makanan penyebab kanser yang anda perlu elakkan, seperti yang dicadangkan oleh Hospital Kanser Akademi Medikal Sains Cina:
1. Biji Bunga Matahari
Walaupun kelihatan tak bahaya, sebenarnya biji bunga matahari mudah menyerap kompaun logam berat dalam tanah.
Logam berat sangat dikenali sebagai penyebab kanser.
2. Gula-gula getah
Kandungan asas gula-gula getah mungkin tak berbahaya, namun sesetengah bahan tambahan adalah berbahaya.
Ini termasuklah aspartame dan titanium dioksida. Jadi, sebelum membeli gula-gula getah, baca dulu bahan-bahannya.
3. MSG (Monosodium Glutamte)
Satu bahan yang memang popular sebagai penambah rasa.
Ia bukan saja dijadikan dalam bentuk penambah rasa makanan, malah terdapat banyak dalam makanan ringan.
Terdapat banyak kajian yang membuktikan MSG memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan.
4. Hati khinzir
Hati khinzir bukan saja tinggi dengan kolesterol, malah ia dikaitkan dengan kanser hati dan beberapa penyakit lain.
5. Suhun (glass noodles) dan mee beras
Baca dulu ia diperbuat daripada apa.
Ini kerana sesetengah darinya diperbuat daripada ‘Alum‘ iaitu bahan penyebab kanser payudara dan beberapa penyakit lain seperti Alzheimer dan dementia.
6. Jeruk sayuran
Memang sayur-sayuran sangat bagus untuk kita.
Namun tak semestinya sayuran yang telah dijeruk apatah lagi yang dijeruk dengan bahan yang kita tidak pasti.
Jeruk sayuran dikatakan boleh meningkatkan risiko kanser gastrik.
7. Jus segera
Ramai yang beranggapan jus adalah dari buah-buahan segar.
Buah baik untuk kesihatan, jadi semua jus adalah bagus.
Malangnya, bukan semua jus diperbuat dari buah-buahan segar lebih-lebih lagi jus dalam botol atau kotak yang telah diproses. Baca kandungannya, ia sebenarnya hanya bahan perasa dan gula semata-mata.
8. Telur yang diperam
Kebanyakkan telur yang diperam menggunakan plumbum (lead).
Plumbum, walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit adalah sangat toksik terutamanya jika dimakan.
Jadi, sebelum makan telur yang diperam, pastikan anda menyemak dahulu pemprosesannya.
9. Tauhu yang ditapaikan (fermented tofu)
Semasa dalam proses penapaian, tauhu akan terdedah kepada kontaminasi mikrobiologi yang banyak.
Disebabkan itulah, pastikan anda makan tauhu yang ditapaikan dari sumber yang anda yakini.
10. Makanan yang bergoreng (deep-fried)
Makan yang bergoreng lebih-lebih lagi ‘deep-fried’ sangat tidak bagus untuk kesihatan.
Ia juga dikenali sebagai salah satu risiko utama kanser prostat pada lelaki.
Sumber: theAsianParent Singapore
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment