Thursday, 23 November 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 10 tanda tanda gout yang perlu diketahui



Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Penyakit gout juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi olehmanusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout boleh menyebabkan kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya  kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini boleh dikawal samada secara perubatan moden atau penawar gout .
 

Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan.
  1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  9. penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
  10. bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.
Jika anda mengalami salah satu atau beberapa tanda tanda gout diatas, anda boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment