Assalamualaikum dan pagi..hari ni tergerak hati nak tahu tentang gegata...sebab saya perasan dua tiga menjak ni..anak sulung saya selalu pulak ada gegata pada bahagian-bahagian tertentu pada badan dia....
Hasil google..saya jumpa lah info dari satu blog...kredit pada beliau yang sharing tentang gegata ni...
http://drhassanbasri.blogspot.my/2009/04/gegata.html
Pernahkah
anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas
makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan
menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi
gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah
gegata. Gambar diatas adalah contoh penyakit tersebut.
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.
Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.
Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas
Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine
yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah
mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan
ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.
Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.
Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari
Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.
Kita dah kenal pastikan sedikit sebanyak tentang gegata...memandangkan saya adalah pengedar shaklee..nak juga tahu..apa produk shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah gegata ni..setakat ni saya sapu herba blend shaklee...atas izin Allah memang mujarab ..
Rupa-rupanya..ada juga ibu lain yang guna basic H dan Nutriferon.. lain kali nak cuba juga lah..
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment