Wednesday, 11 October 2017

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : H1N1 DAN MACAM MANA SHAKLEE TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...  hari ni saya nak share tulis Dr Hassan tentang masalah H1N1 dalam blog beliau..

Jumlah pesakit H1n1 semakin meningkat dengan drastik dan melibatkan komuniti berskala lebih besar seperti di sekolah berasrama, IPT, komuniti kelompok seperti di balai polis dsb. Pada waktu ini, kita tidak dapat lagi menentukan daripada mana pesakit mendapat jangkitan. Jumlah pesakit jangkitan tempatan pada waktu ini jauh melangkaui jumlah pesakit import manakala Malaysia sudah mula mencatatkan kematian berkaitan influenza. Kesemua pesakit yang meninggal dunia mempunyai comorbid atau risiko untuk mendapat lebih komplikasi berbanding mereka yang tidak ada faktor risiko. Kedatangan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 2 x ganda lewat minggu ini.

Antara hipotesis yang boleh dibuat berkaitan dengan penularan ini ialah kepadatan penduduk yang tinggi di asrama-asrama, tidak mengamalkan etika batuk, tidak menggunakan topeng muka dan ingkar kepada arahan kuarantin.
Setakat 31 Julai 2009, Jumlah Kes di Malaysia: 1,371 termasuk 5 kematian.
574 (42%) merupakan kes import dan 797(58%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,341 kes (97%) telah sembuh, hanya 21 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 9 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Sehingga 31 Julai 2009, sejumlah 177,248 kes dengan 1,173 kematian telah dilaporkan daripada 163 negara. Peningkatan sebanyak 526 kes dengan 7 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Majoriti kes akan pulih dengan sendiri walaupun kes ini mencatatkan kematian dimana melibatkan mereka yang mempunyai faktor risiko tertentu yang menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut.
Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi ialah :
1. Kanak-kanak <>
2. Warga tua > 65 tahun
3. Mereka yang mengambil aspirin seumur hidup kerana masalah kesihatan
4. Wanita yang hamil
5. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit jantung, asthma,
COPD, sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis, sakit berkaitan darah.
6. Pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, sila dapatkan rawatan dengan segera
1. Batuk berdarah
2. Sakit dada yang berterusan
3. Sukar bernafas, muka pucat dan kebiruan akibat sukar bernafas
4. Cirit birit dan muntah yang berterusan
5. Berkelakuan ganjil, koma, tidak sedar diri, sawan dan kelihatan amat lemah
6. Kencing berkurangan dengan mendadak serta pekat

Apa yang boleh anda lakukan?
Ingat prinsip mencegah lebih baik dari merawat.
1. Amalkan etika batuk seperti menutup mulut dengan tisu dan sapu tangan.
2. Jangan batuk terus dan menghadap orang lain
3. Basuh tangan selepas batuk, selsema,hingus dan kahak berada di tangan anda sebelum anda
menyentuh tombol pintu, meja, kerusi, stereng kereta dsb.
4. Gunakan topeng muka jika anda mengalami gejala-gejala H1N1
5. Jangan berkongsi barangan peribadi, minuman, makanan, alatan tulis selagi anda mempunyai
gejala.
6. Jarakkan diri anda dengan orang yang sihat sekurang-kurangnya satu depa ( 1 meter ) untuk
mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain selagi anda mempunyai gejala.
7. Elakkan dari mencium anak lebih-lebih lagi bayi jika anda mempunyai gejala.
8. Jika anda diperintahkan untuk menjalani arahan kuarantin, anda tidak dibenarkan sama
sekali untuk keluar rumah, berjalan-jalan atau bersiar-siar untuk menghalang penularan
wabak.


Pada tahun 2009, Selsema khinzir yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan suasana panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Kini , terdengar khabar berita bahawa ia telah kembali semula.  Ketahui cara mengatasi wabak H1N1 ini agar kita dapat melindungi diri dan orang yang kita sayang dari terkena penyakit ini.
Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi wabak ini, apa kata kita berkenalan dahulu dengan H1N1. Sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan kita. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah kan? Jom baca.
Cara-Atasi-Wabak-H1N1
Sekadar Gambar Hiasan – Admin

Apakah H1N1

Ia merupakan sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan yang ditemui dalam kawanan khinzir. Virus itu adalah virus Influenza jenis A.

Adakah Virus H1N1 ini berjangkit

Kebiasaannya, virus ini hanya akan berlegar di dalam spesies khinzir sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun, dengan tidak disangka-sangka, telah berlaku jangkitan terhadap manusia. Bukan itu sahaja, ia juga telah merebak dari seorang manusia kepada manusia yang lain.

Tanda-tanda Dan Simptom Dijangkiti Virus Influenza A (H1N1)

Tanda-tanda dan simptom Influenza A adalah seperti :
  • Demam
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Pening kepala
  • Sejuk
  • Kelesuan
  • Cirit birit
  • Muntah
Bagi kanak-kanak pula, perhatikan tanda-tanda berikut :
  • Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
  • Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
  • Tidak minum air yang secukupnya;
  • Tidak bangun dan berinteraksi;
  • Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
  • Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
  • Demam dan beruam.

Komplikasi H1N1

Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan :
  • Kegagalan paru-paru
  • Kegagalan sistem pernafasan
  • Kematian
  • Keadaan kesihatan kronik

Cara Mengatasi Wabak H1N1

Sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan virus H1N1 dan mengelakkan ia daripada merebak :
  • Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
  • Basuhlah tangan dengan sabun dan air selama 15-20 saat dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan
  • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
  • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. Tinggallah di rumah dan dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda awal penyakit H1N1.
  • Tingkatkan imunisasi tubuh. Sistem imun tubuh yang kuat mampu melawan serangan virus H1N1. Ia mampu membunuh virus H1N1 yang berada di dalam tubuh kita.

Tingkatkan Sistem Imunisasi Tubuh Dengan Nutrisi Shaklee

Di Shaklee, antara suplemen yang membantu melawan serangan Virus H1N1 adalah :
  • Membantu meningkatkan imun sistem tubuh
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh
  • Membaikpulih dan memelihara DNA tubuh untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik
  • Penggalak sistem imun @ immune booster yang sangat hebat dan berkesan
  • Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan “pasukan cari dan musnah” dalam sistem imuniti badan
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Membersihkan salur darah
  • Melawan bakteria
Antara jalan penyelesaian yang boleh diambil bagi mengelakkan komplikasi virus H1N1 adalah dengan meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh kita sendiri. Tingkatkan sistem imun tubuh melalui nutrisi suplemen seperti yang disarankan di atas. Inshaa Allah, tubuh kita akan lebih kuat dalam melawan pelbagai jangkitan penyakit termasuk yang serius seperti virus H1N1.

 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment