FUNGSI |
Vitamin A adalah
salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol
salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau
berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur.
Ia boleh ditukarkan menjadi
retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin
A. Vitamin
A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi
kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan
struktur gigi yang sihat.
Ia membantu memelihara kulit yang
sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru,
penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A
juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system)
di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau
melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang
menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
|
|
SUMBER |
Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu,
dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A
terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa
lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah
diperkayakan dengan vitamin A.
Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti
bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.
Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan
yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan
vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan
membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut
adalah rendah.
|
|
KEKURANGAN |
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.Di Shaklee, Vitamin A Shaklee adalah dari jenis caretonoids, atau pro-vitamin A yang akan ditukarkan menjadi vitamin A bila diperlukan. Dahulunya ia dikenali sebagai Beta Carotene. Setelah dipertingkatkan formula, Vitamin A Shaklee kini dikenali sebagai CarotoMax. |
Welcome and thank you for visiting UMMI ZUBARI CORNER I am UMMI ZUBARI , your Shaklee Independent Distributor at BINTULU, SARAWAK. Delivery throughout Malaysia Shaklee ID: 892671 | 013-8342092| |FB: Ummi Zubari EKSKLUSIF utk anda..Jom klik LIKE
PENGEDAR SHAKLEE DI BINTULU, SARAWAK
JOM LIKE
Thursday, 11 September 2014
Shaklee Bintulu : Vitamin A
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment