Vitamin dan zat
galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam
kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh
badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan
mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat.
Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan
mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang
kita ambil.
Terdapat berbagai jenis
vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.Untuk
memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan
mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of
Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance)
atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya
menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh
badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan
jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral
mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.
Dengan memakan berbagai jenis
makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,
seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan
memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan
tersebut.
Walaubagaimanapun sekiranya
anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan
oleh doktor anda untuk mengambil tambahan vitamin dan mineral,
anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral ini yang dijual di
Farmasi tanpa preskripsi dari doktor.
BILAKAH
KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL
Pertama sekali kita hendaklah
merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat
pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang
sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin
dan mineral tambahan diperlukan.
Kekurangan vitamin dan mineral. | ||||
Wanita mengandung dan menyusukan bayi. | ||||
Bayi pra matang. | ||||
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. | ||||
Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain. | ||||
Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan. | ||||
Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12. |
KESAN
SAMPINGAN
Ramai yang menganggap bahawa
vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil
berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik.
Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya
akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya
dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang
berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan
tertentu akan merosakkan badan kita.
Vitamin larut lemak umpamanya
jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan
boleh menyababkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang
tinggi.
Vitamin A yang diambil secara
berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit
kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah
badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa
namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit
tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos
yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng
kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.
Vitamin D yang diambil
berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada
tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga
merencat tumbesaran pada kanak-kanak.
Berlebihan dalam pengambilan
kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink
dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi
adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah
pinggang boleh menyababkan batu karang dan merosakkan buah
pinggang.
Zat besi yang berlebihan pula
menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan
kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.
Pengambilan potasium/sodium
menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan
jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.
Vitamin dan mineral tidak
boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan
yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat
makanan yang diperlukan oleh badan kita.
Semestinya yang baik adalah yang semulajadi bukan yang sintetik.. Shaklee adalah suppliment semulajadi..
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment