Assalamualaikum dan salam sejahtera..Jom baca tips elak diri jatuh sakit !!!
1. Sentiasa muda!
Langkah yang paling penting untuk mengelakkan penyakit adalah dengan
memastikan sistem daya ketahanan badan sentiasa berada dalam keadaan
yang unggul. Perkara ini teramatlah penting sehinggakan enam panduan
lain yang akan menyusul semuanya berkaitan dengan pelbagai cara untuk
meningkatkan sistem pertahanan badan anda. Manusia jatuh sakit kerana
daya tahan badan mereka telah gagal melaksanakan tugasnya. Kunci utama
untuk mengelakkan penyakit adalah melalui peningkatan daya tahan badan.
Daya ketahanan badan anda berada pada tahap yang paling kuat dan optimum
semasa anda masih muda. Sebab itulah orang muda jarang mempunyai
penyakit berbanding mereka yang sudah berumur. Individu yang berumur
antara 18 hingga 25 tahun berada pada puncak kesihatan mereka kerana
mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang paling unggul. Anda dapat
melihat sendiri betapa sihatnya mereka ini dan jarang jatuh sakit
walaupun cara hidup mereka tidaklah begitu sihat.
2. Sentiasa tenang dan bahagia!
Cuba anda kenal pasti siapa di antara sahabat anda yang sentiasa
tersenyum bahagia dan gembira. Berkemungkinan orang itu adalah orang
yang paling sihat antara teman-teman anda. Kebahagiaan adalah kunci
kepada kesihatan sejati. Individu yang bahagia dan gembira jarang
mengalami tekanan perasaan dan perkara inilah yang menyebabkan mereka
begitu sihat. Langkah kedua untuk mengelakkan jatuh sakit adalah dengan
cara hidup gembira dan bahagia tanpa tekanan perasaan yang boleh
memudaratkan.
Umum mengatahui bahawa semakin tertekan seseorang itu dalam kehidupan
sehariannya, semakin mudah seseorang itu jatuh sakit. Penyakit itu tidak
semestinya dalam bentuk batuk dan selsema sahaja. Tekanan perasaan yang
berlarutan juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, kencing manis
dan barah. Tiga penyakit tersebut merupakan pembunuh nombor satu pada
masa ini. Dengan itu tidak salah jika kita katakan bahawa tekanan
perasaan merupakan pembunuh utama di kalangan masyarakat kita sekarang
ini. Terdapat banyak cara untuk mengelakkan tekanan di dalam hidup kita.
Bagaimanapun salah satu cara yang paling berkesan tersingkap dalam ayat
ini – ‘Jangan susah, sentiasalah bergembira’ atau la tahzan innallah
ma'ana (jangan sedih sesungguhnya Allah ada bersama). Untuk mengelakkan
diri daripada jatuh sakit, sentiasalah bergembira. Carilah kebahagian
melalui apa cara sekalipun. Cipta kegembiraan dalam diri kita dan
biarlah semua sel-sel dalam badan kita berada dalam kegembiraan. Jika
anda belum menemui kebahagiaan itu, berpura-puralah gembira sehingga
anda bertemu dengan kegembiraan yang sebenar. Kerana jika anda tidak
dapat menemukan kegembiraan and kebahagian dalam hidup anda, anda pasti
akan jatuh sakit.
3. Tidur secukupnya.
Setiap
orang harus tahu bahawa tidur mempunyai beberapa peringkat. Peringkat
yang paling penting dipanggil REM atau Rapid Eye Movement. peringkat
tidur ini adalah tahap tidur yang paling nyenyak di mana mimpi selalunya
berlaku. REM selalunya berlaku selepas kita tidur selama 30 – 90 minit.
Pada tahap inilah badan kita mengalami rehat yang paling dalam dan
dianggap sebagai tidur yang sebenar. Tidurlah sekitar 6 hingga 8 jam
sehari.Tidurlah dengan secukupnya
Sudah diketahui bahawa semasa anda tidurlah badan anda membaik pulih
daripada pelbagai jenis penyakit. Sel – sel badan menjalani proses
pemulihan sekaligus menguatkan daya ketahanan badan anda supaya anda
mempunyai perlindungan sepanjang hari yang berikutnya. Proses pemulihan
ini sebenarnya bergantung kepada rembesan hormon yang bernama ‘Human
Growth Hormone’ atau HGH daripada otak kita. Tanpa rembesan hormon ini,
pemulihan dan penyembuhan tidak dapat berlaku sepenuhnya.
Untuk pengetahuan anda, rembesan hormon HGH ini hanya berlaku pada masa
tertentu semasa anda tidur. Ini adalah disebabkan oleh ritma biologi di
dalam badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa hormon HGH ini hanya
dirembeskan sekitar jam 1.00 pagi ketika kita berada dalam peringkat
tidur REM. Oleh kerana REM hanya boleh dicapai selepas 30 – 90 minit
tidur, maka kita sepatutnya mulai tidur sekitar jam 11.00 malam untuk
menikmati kesan rembesan HGH yang memulihkan kesihatan ini.
Bagaimanapun, mereka yang mengalami penyakit ‘Obstructive Sleep Apnea’
tidak dapat menikmati kesan ini kerana mereka ini sebenarnya tidak dapat
tidur dengan nyenyak untuk mencapai REM. Jika anda selama ini sentiasa
tidur lewat tengah malam, maka tidak hairanlah anda sentiasa mengalami
batuk dan selsema yang sukar untuk sembuh.
4. Jangan makan terlampau kenyang
Makan sehingga terlalu kenyang boleh menyebabkan anda mudah jatuh sakit.
Keadaan ini sudah pun terbukti dalam pelbagai kajian perubatan. Untuk
menjalani hidup yang sihat, anda mesti mengurangkan pengambilan makanan
secara ala kadar sahaja. Kalau boleh, berhenti makan sebaik sahaja
perasaan lapar itu hilang dan bukannya makan sehingga kenyang.
Cuba anda fikirkan sejenak tentang cerita nenek moyang kita berkaitan
dengan pahlawan dahulu kala yang dikatakan selalu bertapa di hutan dan
tempat-tempat suci. Cerita mereka selalunya berkisarkan tentang betapa
gagah, bijak dan sihatnya pahlawan ini sehinggakan orang lain mencari
mereka untuk berguru dan mempelajari ilmu kekuatan, kebijaksanaan serta
penyembuhan dari mereka. Pastinya ada kebenaran di sebalik semua cerita
dongeng ini. Mereka yang bertapa selalunya hampir tidak makan langsung
kecuali beberapa bentuk makanan yang berkhasiat dan dalam jumlah yang
sedikit sekali. Keadaan inilah yang membolehkan mereka mempunyai tahap
kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan yang lebih berbanding mereka yang
tidak bertapa. Sekarang ini para saintis telah meniru keadaan ini dalam
kajian yang dipanggil ‘calorie restriction with adequate nutrition,
CRAN’ yang secara harafiahnya bermaksud ‘pengurangan makanan tanpa
pengurangan khasiat’. Kajian menunjukkan bahawa CRAN memang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi lebih sihat, kuat dan berpikiran
pantas.
CRAN juga telah dikenal pasti sebagai salah satu cara untuk menyembuhkan
penyakit dengan lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan. Bahkan kajian
dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa jika kita berada dalam keadaan
CRAN, sel-sel yang akan mati terdahulu adalah sel yang berpenyakit dan
sel barah. Kita semua seharusnya berada dalam keadaan CRAN, iaitu
mengurangkan makanan tanpa mengurangkan khasiat.
Kajian juga telah membuktikan bahawa semasa anda lapar, sejenis hormon
yang bernama IGF-1 akan dirembeskan oleh hati manusia untuk mengekalkan
tahap gula dalam badan supaya kelaparan itu tidak memudaratkan. Pada
masa yang sama, hormon ini juga akan memulihkan dan membaiki sel-sel
yang telah rosak.
Badan anda sebenarnya sedang berada dalam tahap pemulihan apabila anda
lapar. Apabila anda makan, tahap pemulihan ini bertukar kepada tahap
menyimpan. Apabila anda kenyang, anda mula berada dalam tahap rosak sama
seperti system komputer yang sedang ‘overloaded’. Jadi untuk
mengelakkan jatuh sakit, pastikan anda berada dalam tahap pemulihan
(lapar) sebanyak yang mungkin.
5. Jangan meracuni diri anda
Ramai orang sangat berhati-hati apabila mengisi tangki minyak kereta
mereka tetapi tidak mengambil berat tentang apa yang masuk ke dalam
mulut mereka. Mereka selalunya membeli pelbagai minyak penambah, minyak
pembersih, penjimat minyak dan pembersih enjin untuk kereta mereka
tetapi tidak melakukan yang sama terhadap diri mereka. Mereka
berpendapat bahawa kereta mereka itu sangat mahal dan bermutu tinggi dan
seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin. Bagaimanapun, individu yang
sama tidak berpendapat bahawa diri mereka juga memerlukan makanan yang
bermutu tinggi. Mereka seolah-olah lupa bahawa badan mereka hanya satu
dan tidak ada bahan ganti yang lain.
Cerita sedih ini tidak berakhir begitu sahaja. Ada orang yang dengan
sengaja menghancurkan diri mereka. Bukan sahaja mereka memilih ‘minyak’
(makanan) yang salah untuk badan mereka, malah mereka sengaja meracuni
badan merekadengan dua jenis racun yang paling senang diperolehi – rokok
dan alkohol. Langkah pertama untuk menjalani hidup yang sihat adalah
dengan mengelakkan dua jenis racun ini. Jika anda tidak dapat
melaksanakan langkah ini, maka segala latihan jasmani, pengambilan
vitamin, makanan berkhasiat, pemeriksaan perubatan dan pelbagai
penjagaan kesihatan yang lain adalah sia-sia belaka. Ini seumpama mereka
yang menghabiskan ribuan ringgit untuk memasang enjin turbo petrol
kepada kereta mereka tetapi mengisi tangkinya dengan minyak diesel! Ia
sangat cuai dan membazir sahaja!
Bagi kebanyakan orang, mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol –
adalah cukup berkesan untuk menjauhkan diri daripada sebahagian besar
penyakit yang sering melanda.
6. Bersihkan kumbahan anda yang tersumbat
Sistem kumbahan dalam badan anda adalah sistem limpatik. Sistem ini
terdiri daripada jaringan pembuluh di segenap pelusuk badan anda yang
berfungsi sebagai parit untuk mengalirkan semua bahan buangan keluar
dari badan. Untuk mengelak daripada jatuh sakit, parit-parit ini sudah
semestinya perlu dibersihkan dan dikosongkan selalu. Jika tidak, bahan
buangan dan kotoran akan berkumpul dan melimpah dalam badan anda dan
menyebakan pelbagai jenis penyakit,
Tidak seperti pembuluh darah yang mempunyai jantung sebagai pamnya,
pembuluh limpatik tidak mempunyai sebarang pam. Pembuluh limpatik hanya
mempunyai injap yang membenarkan pengaliran bahan buangan dalam satu
arah sahaja. Tanpa pam, bahan buangan ini hanya bergantung kepada satu
perkara sahaja untuk mengalir – iaitu pergerakan otot.
Latihan jasmani adalah satu-satunya cara untuk memberi daya pam kepada
pembuluh limpatik. Sebarang pergerakan otot akan membantu pengaliran
bahan buangan mengikut arah yang ditentukan oleh injap tersebut.
Bagaimanapun hanya semasa latihan jasmani yang cergas sahaja kesemua
pembuluh limpatik ini dapat dibersih dan dikosongkan. Sekadar bergerak
dari katil ke meja makan tidaklah dapat membantu pengaliran bahan
buangan secara berkesan. Seseorang yang tidak selalu beriadah akan
menyebabkan pembuluh limpatiknya penuh dengan bahan buangan yang kotor
sehinggakan tersumbat dan melimpah keluar.
Bahan buangan ini pula penuh dengan bahan yang menyebabkan penyakit.
Semakin lama bahan ini tersimpan dalam pembuluh limpa, semakin mudah
seseorang itu jatuh sakit. Dalam pembedahan barah payu dara, pembuluh
limpatik di tangan selalunya dikeluarkan untuk membuang bahan barah yang
tersimpan di dalam pembuluh tersebut.
Pada masa ini, ramai orang memandang ringan untuk membersihkan dan
mengosongkan pembuluh limpatik mereka dengan cara beriadah. Sebab itulah
ramai orang jatuh sakit kerana pembuluh bahan buangan mereka tersumbat
dan melimpah. Kotornya!
7. Beri makanan dan senjata kepada askar anda
Badan anda mempunyai ‘tentera’ yang melindungi anda dari serangan kuman
dan virus. Askar ini adalah dalam bentuk sel darah putih. Untuk
askar-askar ini bertarung dengan berkesan, mereka haruslah dilengkapi
dengan senjata seperti antibodi, enzim pemusnah, sitokain dan pelbagai
lagi bahan lain. Pada masa yang sama, askar ini harus diberi makan
dengan vitamin, mineral, anti-oksida dan bahan lain lagi. Untuk
mengelakkan daripada jatuh sakit, askar anda seharusnya sentiasa diberi
makan dan dilengkapi dengan senjata. Pernahkah anda memberi makan dan
memperlengkapi senjata askar anda dengan makanan dan senjata yang paling
canggih?
Bagaimanakah vaksinasi boleh membantu askar-askar anda? Vaksinasi adalah
satu proses di mana virus mati atau bahan dari kuman yang sudah hilang
bisanya disuntik ke dalam badan. Askar anda akan segera mengenali bahan
suntikkan ini sebagai musuh dan terus menghasilkan senjata yang sesuai
untuk menghapuskannya. Jika sekiranya suatu hari nanti virus atau kuman
yang hidup menjangkiti badan, tentera yang sama akan terus mengenal
pasti musuh tersebut dan terus memusnahkannya dengan senjata yang sudah
tersedia dari ‘pertempuran’ yang sebelumnya. Dengan cara ini, kuman
tersebut boleh dimusnahkan tanpa badan kita mengalami gejala penyakit.
Vaksinasi adalah satu cara anda melatih askar-askar di dalam badan anda.
Bagaimanapun latihan itu tidaklah bermakna sekiranya askar-askar
tersebut berada dalam keadaan lapar atau tidak bersenjata. Inilah yang
menyebabkan vaksinasi itu tidak berkesan dalam kes-kes tertentu. Ini
berlaku apabila seorang yang disuntik itu tidak berada dalam keadaan
yang cukup sihat. Bahkan dalam senario ini, seseorang yang divaksinasi
itu mungkin akan jatuh sakit kerana sengaja mendedahkan diri kepada
penyakit yang sepatutnya beliau sudah kebal, walhal vaksinasi tersebut
tidak pun berfungsi seperti yang dikehendaki.
Jadi untuk mengelakkan daripada jatuh sakit, pastikan anda memberi
makanan dan senjata yang mencukupi kepada askar-askar anda. Sekiranya
anda sentiasa batuk dan selsema, sudah pasti askar anda tidak berada
dalam keadaan yang cukup kuat. Ini juga bermakna anda boleh jatuh sakit
bila-bila masa sahaja akibat pencerobohan dari musuh luar.
rujukan:
http://www.mmgazette.com/7-tips-untuk-mengelakkan-diri-daripada-jatuh-sakit-dr-rizin-kusop/
shaklee sangat sensitif dengan isu kesihatan dan ada produk kesihatan shaklee sangat sesuai dengan masalah kesihatan anda!
saya cadangkan anda ambil VIVIX untuk kekal muda bertenaga!
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment