Kita sudah biasa dan tahu bila orang sebut stroke berbanding dalam bahasa melayu, angin ahmar yang kurang disebut walaupun ianya sama maksud. Stroke berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen dan berpunca samada saluran darah kepada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak.
Bila terjadi, pesakit stroke akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan dan boleh membawa maut.
Haemorrhagic Stroke dan Ischaemic Stroke.
Ada dua jenis stroke iaitu
"ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke".
Ischaemic berlaku bila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen
ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak
(embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis
haemorrhagic.
Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.
Tanda-tanda terkena stroke:
- pening, susah atau tak stabil bila berjalan
- masalah bila bertutur
- kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
- penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua
Transient Ischaemic Attack (TIA) adalah mini stroke. Ia dimana tisu otak
tidak mendapat oksigen seketika. Tanda serangannya adalah sama seperti
stroke di atas tetapi ia hanya sekejap dan tidak meninggalkan kesan
neurologi seperti lumpuh, lemah dsb secara kekal. Namun, TIA adalah
tanda amaran untuk stroke dan mesti dipandang serius.
Sekiranya seseorang itu mengenalpasti TIA dan segera mendapatkan rawatan
daripada doktor, kemungkinan untuk mendapat stroke dapat dikurangkan.
Cara rawatan stroke berbeza untuk kedua jenis stroke itu. Ubat pencair
darah seperti aspirin dan heparin diguna untuk merawat ischameic stroke.
Manakala pembedahan untuk menghentikan pendarahan atau mengeluarkan
darah beku dalam otak bagi pesakit haemorrhagic stroke. Apa pun,
tujuannya adalah untuk mengembalikan bekalan darah kepada tisu otak
dengan segera.
Cara mencegah stroke:
- kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
- kawal penyakit kencing manis
- ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
- rawat stress atau tekanan perasaan
- bersenam aerobik boleh mencegah stroke
- tidak merokok
- periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca stroke
- pesakit kencing manis boleh mengambil aspirin untuk mengelakkan darah beku trombus
Ia juga ujian daripada Allah terhadap orang sekelilingnya yang berkorban
masa dan tenaga untuk menjaga pesakit stroke yang tidak berdaya. Jangan
berputus asa mencari rawatan alternatif untuk cepatkan proses
pemulihan.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment