credit : By
Posted on
Maaf, ini bukan lucah. Ramai yang akan fikir negatif bila berkata tentang ‘puas‘. Jangan sempitkan fikiran, ‘puas‘
itu ada banyak cara. Maksudnya, untuk memuaskan diri sendiri, kita
tidak semestinya perlukan orang lain untuk menggembirakan kita.
Contohnya, bila gembira, saya raikan dengan makan makanan kegemaran saya iaitu coklat.
Bila tertekan, saya akan mencari makanan yang dapat kurangkan stress saya, iaitu coklat.
Bila saya berjaya menyiapkan artikel sebelum tempoh deadline, tempat pertama saya tuju adalah dapur untuk mencari makanan.
Bila tertekan, saya akan mencari makanan yang dapat kurangkan stress saya, iaitu coklat.
Bila saya berjaya menyiapkan artikel sebelum tempoh deadline, tempat pertama saya tuju adalah dapur untuk mencari makanan.
Memang saya suka meraikan apa sahaja suasana dengan makan. Bagi saya , itu cara saya memberi reward untuk diri sendiri.
Pasti ada juga di luar sana sama seperti saya, bukan?
Bagi saya, tidak salah memberi reward pada diri sendiri ,
namun sesekali kita perlu memberi cabaran pada diri dengan membuat
sesuatu yang berlainan. Bila ada variasi, baru ada umpphhh dalam kehidupan.
Cara memuaskan diri sendiri
Jom, tengok apa yang boleh kita beri reward pada diri sendiri.
1. Beli dan baca buku “Top Seller”
Kalau tak suka membaca, bawa-bawa kepada minat membaca. Tak rugi kalau addicted dengan membaca. Ia sebenarnya merangsang minda kita, bagaikan dari satu ‘movie‘.
2. Manjakan badan dengan urutan/spa. Jika berani boleh juga berbekam.
Sesekali, manjakan diri sendiri. Barulah rasa dihargai. Kalau tiada orang mahu hargai diri kita, kita hargai diri kita sendiri.
3. Beli pakaian baru
Tak perlu yang mahal-mahal. Asalkan cantik dan sepadan, itu sudah memadai.
4. Keluar bersama kawan-kawan
Ok, ini exception. Keluar sendiri-sendiri pun boleh. Cuma, kalau pergi minum sambil huha-huha dengan kawan sekepala memang best. Stress pun hilang. Boleh duduk berjam-jam dengan segelas air teh.
5. Potong rambut mengikut gaya yang belum pernah dibuat lagi
Ada berani? Cuma jangan pula sampai botak licin!
6. Cuba resipi baru
Kunjungi blog blogger popular seperti azlitamasamanis.com dan Mat Gebu. Jika selalu sangat masak masakan kampung, apa kata cuba western food.
Kalau mahu kompilasi dan variasi, juga boleh kunjungi myresipi.com dan kongsiresepi.com
7. Window shopping
Mula-mula, window shopping dulu. Kalau dah berkenan, baru sambar.
8. Tambah aksesori gajet seperti handphone/tablet
Kalau bosan dengan cover lama, tukarlah cover baru.
9. Serikan rumah dengan bunga segar
Ini terapi yang sangat berkesan. Seronok bila tengok pokok yang kita tanam membesar. Bila ada bunga, tentu rumah pun wangi.
Seperkara lagi, bukan bunga sahaja, tanam sayur pun boleh juga.
10. Pergi bercuti
Kalau berani, bolehlah backpacking sorang-sorang. Ramai orang kata, backpacking lagi best dari guna travel agent. Ini juga tak perlu jauh-jauh. Bak kata Tourism Malaysia, “Dekat Je”
11. Daftar diri untuk kursus kemahiran
Tidak semestinya yang dalam kelas yang formal. Cuba kursus kulinari atau fotografi.
12. Bertanya khabar kawan-kawan lama yang lama tidak bertemu
Cuba scroll contacts Whatsapp. Selalu kita nampak nama dia dalam
group, tapi tak pernah tegur. Apa kata beranikan diri PM dia. Kita
tengok apa yang akan jadi.
13. Buat manicure/pedicure
Sesuai untuk perempuan yang mahu sentiasa kelihatan cantik luar dalam.
14. Luangkan masa bersama ibu bapa
**jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
No comments:
Post a Comment