credit : By
Posted on
“Ok barang dalam senarai
semua dah beli kecuali butter dengan susu. Nak beli ‘butter’ ke
marjerin? Orang kata ‘butter’ ni tinggi kolesterol berbanding dengan
marjerin. Jadi beli marjerin sahajalah. Tak pasal karang bertambah gemuk
aku kalau makan ‘butter’. Syoknya jadi orang kurus, tak payah nak fikir
pasal kolesterol..”
Banyak persepsi yang salah apabila berbicara mengenai kolesterol seperti:
- Marjerin membantu menurunkan kolesterol
- Orang kurus tidak perlu risau mengenai kolesterol
- Saya sedang mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol, jadi saya boleh makan apa sahaja
- Biasanya lelaki lebih terdedah pada kolesterol berbanding wanita
Apa sebenarnya kolesterol?
Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi
kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya
matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang
tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang
bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol
‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.
Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.
10 Makanan Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’
Jika ingin mengurangkan paras kolesterol dalam badan, disarankan untuk makan:
1. Biji ketumbar
Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu
cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih
enak, tambah gula atau susu.
2. Bawang merah
Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik
Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
3. Indian gooseberry , amla atau buah pokok Melaka
Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat
Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong
4. Cuka epal
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux
Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air.
Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh
gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
5. Jus oren
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari
6. Minyak kelapa organik
Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’
Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.
7. Oat
Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’
Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat
8. Minyak ikan
Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung
Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna,
salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu
hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari. -KALAU NAK TAHU MINYAK IKAN TERBAIK..AKAK REKOMEN OMEGA GUARD DARIPADA SHAKLEE..UNTUK INFO LANJUT BOLEH WHATSAPP AKAK..OH YA..BULAN NI ADA PROMO BUY 3 DISKAUN 5 %.
9. ‘Red Yeast Rice’
Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol
Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk
tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat
daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita
hamil dan menyusu.
10. Kekacang
Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat
Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah
Singkirkan kolesterol ‘jahat’ daripada badan!
Betulkan salah tanggapan tentang kolesterol dan pastikan anda mengambil makanan yang sesuai untuk mengawal parasnya dalam badan.
jadi, simpanlah stok makanan di atas bagi anda yang memang telah
didiagnos sebagai ‘tinggi kolesterol’ dan dinasihati oleh doktor.
Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini.
**jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment