Tuesday, 23 January 2018

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 3 RISIKO KANSER BERKAIT PEMAKANAN YANG WAJIB KITA KETAHUI

Assalamualaikum dan selamat petang..menarik juga tulisan tentang 3 RISIKO KANSER BERKAIT PEMAKANAN YANG WAJIB KITA KETAHUI.. moga sama-sama kita beringat

---------------------------------------------------------------------
credit : Dr Hafiz Sulaiman 

  Terkejut saya baca perkongsian di blog parenting mengenai cupcake dan pastri tiada kaitan dengan kanser?

Tak hairan ramai dapat kanser zaman moden ini terutama yang muda-muda dah dapat kanser orang tua seperti kanser usus. Lagi ramai wanita muda dapat kanser payudara.

Kanser ini bukan cuma genetik semata-mata. Mohon ingat dan sebarkan kepada semua,
.

3 RISIKO UTAMA KANSER YANG BERKAIT PEMAKANAN:
--------------------------------------------------------------------------------

1) OBESITI
- Menurut National Cancer Institute (NCI), obesiti berkait rapat dengan kanser endometrium, esofagus, perut, hati, buah pinggang, darah (multiple myeloma), otak (meningioma), pankreas, usus, pundi hempedu, payudara, ovari dan tiroid.
- Lemak badan ini rembeskan hormon estrogen. Berlebihan estrogen dicampur stress akibat obes memang dikaitkan dengan kanser kewanitaan.
- Toksin persekitaran seperti bahan kimia dan logam berat toksik juga terletak di kawasan berlemak termasuk lemak badan dan organ badan.
- Obesiti juga meningkatkan risiko rintangan insulin...bahasa mudahnya penyakit macam KENCING MANIS lah.

.

2) RINTANGAN INSULIN.
- Penyakit berkaitan rintangan insulin ini ialah penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi, strok, obesiti, PCOS, kolesterol, hati berlemak dan peningkatan asid urik.
- Apa kaitan kencing manis dengan gula?

Saya rasa kaitan paling utama ialah kajian Profesor Johan Thevelein et al pada oktober 2017. Kajian ini MEMBUKTIKAN GULA MERUPAKAN MAKANAN KANSER. Tiada keraguan lagi dan ini menyokong teori Warburg 90 tahun lepas yang memenangi hadiah Nobel ke atas penemuannya.

.
3) KEROSAKAN DISEBABKAN LEMAK TRANS
- Walaupun konsensus saintifik masih belum yakin bahaya trans fat, namun terdapat beberapa kajian yang mengaitkan trans fat dengan risiko kanser.
- Kajian European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition menunjukkan pengambilan trans fat tinggi mungkin meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 75%

- Negara US sudah mula mengharamkan lemak trans sintetik di dalam makanan bermula 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya tahun 2018.
- Rakyat Malaysia harus sedar bahawa tiada regulasi label dan pengharaman trans fat di negara ini setakat ini. Beringat-ingat sendiri lah ya badan kita tanggujawab kita sendiri :)

.
Jadi apa makanan yang meningkatkan risiko kondisi di atas ini?

# Makanan segera (fast food)
# Makanan tinggi proses (dalam pek dan tin)
# Makanan tinggi gula. (teh tarik, gula HFCS makanan proses.)
# Makanan tinggi karbohidrat proses. (roti putih, roti canai,oat instant, pastri)

.
Kek dan pastri? Sudah tentu tinggi gula dan juga karbohidrat proses yang juga tinggikan gula darah. Di samping itu, kek dan pastri juga biasanya mengandungi trans fat sekirannya dibuat menggunakan marjerin.

Makanan ini meningkatkan risiko obesiti, kencing manis dan juga mungkin mengandungi trans fat yang dikaitkan dengan risiko kanser..

Bukan tak boleh makan..Asalkan terkawal dan tak jadi amalan biasa sudah cukup bagus :) Saya pun makan juga cuma bila makan tu saya selalu beringat-ingat supaya rasa bersalah :D haha..
.

Semoga perkongsian memberi kesedaran kepada ramai.
Mohon SHARE sebab ramai ingat kanser ni genetik saja yang penting.

FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak ketinggalan info-info kesihatan yang penting dari sudut sainfitik dan holistik.

.
.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
- Pejuang Kesihatan-

**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….


No comments:

Post a Comment