credit :http://www.mamawidad.com/350/13-tips-hilangkan-rasa-letih-dan-penat-lepas-travel-balik-kampung/
Sebenarnya penat atau cergas ni bergantung kepada keupayaan tenaga
badan seseorang. Tambah-tambah kalau umur makin meningkat, memang dapat
rasa tenaga kita tak sama macam muda-muda dulu. Tapi macam mana ye kalau
kita nak kekalkan tenaga ke paras optimum walaupun usia makin
bertambah?
1. Jaga Pemakanan
Amalkan makan makanan yang segar, berkhasiat dan seimbang. Lengkapkan juga dengan makanan tambahan contohnya seperti CoQ10, B Complex, multivitamin, Vitamin C dan minuman tenaga protin soya.
Dengan ini tubuh mendapat zat dan nutrien yang diperlukan sel badan
untuk bekalan tenaga yang mencukupi, memperbaiki sel-sel yang rosak dan
seterusnya menggalakkan pengaliran tenaga yang sempurna.
2. Kurangkan Pilihan (Option) Sekiranya Perlu Buat Keputusan
Dalam keadaan letih, kadang-kadang otak susah nak buat keputusan yang
rational dan tepat. Badan pula dah tak larat nak buat kerja-kerja
‘research’. Proses berfikir tu sendiri memakan banyak tenaga. Jadi
elakkan perlu buat keputusan-keputusan besar masa letih. Kalau perlu
pun, hadkan pilihan yang ada supaya tak susah sangat nak fikir
lama-lama.
3. Cuba Praktikkan Terapi Warna
Untuk tingkatkan tenaga, boleh cuba pakai baju-baju ataupun melihat
persekitaran yang berwarna panas seperti kuning, merah dan oren boleh
memberi efek menyegarkan berbanding warna-warna yang sejuk. Warna-warna
panas ni menarik perhatian minda dan mencergaskan aktiviti otak.
4. Berhubung Dengan Orang Lain (Bersosial)
Berhubung melalui media social contohnya seperti Facebook dan
Twitter. Menurut kajian saintis, bila kita dikelilingi oleh orang-orang
yang rapat seperti rakan dan saudara, tubuh akan hasilkan hormon
oxytocyn yang menyebabkan rasa lebih tenang dan gembira.
5. Bersenam
Bersenam boleh bantu tingkatkan stamina dan ketahanan badan. Jadi
kalau dah selalu bersenam, walaupun terpaksa travel lama masalah penat
tu kurang. Tak lah letih sangat sebab badan dah biasa berada dalam
keadaan aktif dan cergas.
6. Minum Air Yang Mencukupi, Air Sejuk Boleh Menyegarkan
Pastikan bendalir badan mencukupi untuk pastikan sel tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Menurut kajian saintis bila badan didedahkan
kepada air sejuk, kita akan jadi lebih peka. Ini kerana tubuh melepaskan
hormon noradrenaline iaitu hormon yang membuatkan rasa lebih segar.
7. Makan Dan Minum Yang Menyegarkan
Makan makanan yang sedap dan disukai seperti buah-buahan, ais krim,
kuih muih, minuman jus dan sebagainya. Makanan dan minuman ni rasanya
sejuk dan manis serta memberi tenaga. Membuatkan rasa lebih menyegarkan.
8. Buang Rasa Kesal Dan Maju Ke Depan
Kadang-kadang masa travel berlaku perkara yang tak menyeronokkan.
Contohnya sebab tempat yang dilawati tu tak best ke atau kereta rosak
ke. Perkara dah lepas, jadi sebaiknya kita lupakan je benda-benda tak
best tu. Ingat momen-momen yang seronok je. Tapi boleh lihat pengalaman
lepas daripada sudut positif dan jadikan ingatan untuk masa akan datang.
Elakkan perkara-perkara yang boleh buat rasa stress!
9. Ketepikan Urusan Kerja Seketika
Bila badan tengah letih, otak pun susah nak berfikir. Elakkan buat
urusan peribadi ataupun hal kerja ketika ataupun selepas travel.
Contohnya balas email pejabat ataupun hantar report. Kalau tak urgent,
tutup dulu laptop dan ketepikan handphone. Buat perkara-perkara yang
kita suka dan menyeronokkan contohnya bermalasan tengok movie, baca
majalah, pergi berurut dan sebagainya. Senang cakap, berehat lah dulu
ok!
10. Senaraikan Kejayaan Dan Pencapaian
Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Nasib tak baik ada
je pula benda tak kena kan. Silap-silap rasa menyesal pula pergi travel.
Kalau tau jadi macam tu baik tak payah pergi! Haa pernah rasa macam tu?
Kalau ada, ingat tips No. 8. Kemudian ambil kertas dan pen dan
senaraikan kejayaan ataupun perkara yang berjaya dicapai. Biarpun
perkara kecik, tapi bersyukur lah atas nikmat yang Allah beri.
11. Lompat!
Melompat melawan graviti adalah senaman yang bukan saja meningkatkan
degupan jantung segera, tapi juga mengepam oksigen ke seluruh badan dan
memberi kesan positif pada minda. Mengikut kajian saintis, melompat atas
katil ataupun melompat macam orang gembira boleh membuatkan rasa
seronok dan mengeluarkan diri daripada rutin biasa.
12.Gunakan Produk Berasaskan Daun Pudina
Kajian menunjukkan bau mint ataupun pudina membuatkan individu
bekerja dengan lebih cepat dan tepat atau bersenam dengan lebih lama.
Bau ini membuatkan kita rasa lebih peka dan membawa kepada tenaga yang
lebih banyak.
13. Rehat Dan Tidur
Kalau dah letih, ubatnya satu je. Kena rehat! Jadi jangan risau untuk
ketepikan sementara perkara lain. Utamakan dulu untuk berehat pulihkan
badan. Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti tanpa
gangguan walau sekejap dah cukup nak kembalikan fokus kepada urusan
harian yang menunggu lepas tu. Daripada ditahan-tahan rasa letih tu
menganggu prestasi dan kualiti kerja. Buat rasa moody pun ye juga.
Penat dan letih ni besar skopnya. Penat bekerja, letih buat kerja
rumah, selalu rasa mengantuk, tak bermaya, asyik tidur je, rasa lemah
ehh banyak lagi lah! Jangan jadikan sebab dah jadi ibu bapa, usia dah
meningkat kurang tenaga ataupun ada anak kecil membuatkan kita susah nak
travel.
Semuanya bermula dengan cara kita setting minda kita. Jom kita cuba
lawan semua keletihan ni dengan 13 tips di atas. Tips ni bukan saja
sesuai untuk travel melancong atau balik kampung tapi juga berkesan
untuk para ibu yang letih buat kerja rumah.
No comments:
Post a Comment