Makan jamu dah jadi amalan wanita sejak dulu lagi untuk penjagaan
kesihatan dalaman. Sekarang pun ramai orang boleh dapatkan 1001 khasiat
jamu melalui jamu moden yang lebih mudah diambil dan dimakan. Antara
jamu moden yang jadi pilihan ramai sekarang ialah produk berasaskan
Alfalfa seperti Alfalfa Complex Shaklee. Tak busuk, tak pahit, senang
nak telan.
Kenali Tumbuhan Alfalfa
Alfalfa Complex sebenarnya bukanlah produk baru. In fact Alfalfa dah
dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan
satu produk Formulasi Signature Shaklee. Alfalfa dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’
kerana khasiatnya yang kaya dengan segala nutrien. Medicago sativa
adalah Alfalfa bergred paling tinggi dalam kumpulan tumbuhan ini.
Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara
organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan
menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa
2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam
tanah untuk serap pelbagai nutrisi. Nama Alfalfa ni ada disebut dalam
Al-Quran tau.
Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai
tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil.
Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi
mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tak
penting dilupuskan. Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.
Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral antaranya:
- Vitamin A
- Vitamin E
- Vitamin U (S-methylmethionine)
- Vitamin B6
- Vitamin K
- Vitamin D
- Kalsium
- Zat besi
- Mangan
- Potassium
- Fosforus
- Klorin
- Sodium
- Silikon magnesium
Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Complex
1. Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat kalian – Ia
membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam
buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino,
klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10
biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
2. Mencuci hati, darah dan usus –
Merupakan agen detoksifikasi. Ini adalah makanan yang sangat beralkali
yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan
toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan
kulit dan otot.
3. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes’s foot) dengan berkesan.
4. Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol –
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada
Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah
penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja
mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang
menyerap kolestrol.
6. Melawan tumor – Untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
7. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
8. Mencegah dan memperbaiki Arthritis – Memperbaiki sakit akibat Arthritis.
9. Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita –
Alfalfa membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem
reproduktif wanita. Secara tak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim
dan kesuburan. Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah
keputihan dan vagina berbau. Alfalfa juga boleh meningkatkan libido
wanita kerana sifatnya yang estrogenic.
10. Menggalakkan penghasilan susu ibu –
Sejak sekian lama Alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu
ibu ataupun sebagai milk booster. Ini kerana sifat Alfalfa sebagai
tumbuhan yang galactogouge.
Ada banyak lagi kebaikan dan manfaat Alfalfa untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan antaranya:
- Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
- Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
- Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
- Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
- Untuk kecantikan kulit dan jerawat
- Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
- Untuk gastrik dan perut sensitif
- Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
- Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
- Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
- Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
- Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
- Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
- Baik untuk menghadapi menopause
- Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien
- Dan banyak lagi
Siapa Tak Boleh Ambil Alfalfa Complex
Alfalfa Complex boleh diambil oleh pelbagai golongan tapi sebahagian
orang tak boleh ataupun tak digalakkan ambil Alfalfa disebabkan keadaan
kesihatan yang tak mengizinkan. Antaranya:
- Penghidap penyakit Systemic Lupus Erythomatosus (SLE)
- Penghidap hyperthyroid
- Penghidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – perlu ambil dengan nasihat doktor
- Dan lain-lain
Sebaiknya sebelum mengambil apa-apa vitamin, dapatkan kepastian dan
nasihat daripada doktor masing-masing samada sesuai ambil Alfalfa
ataupun vitamin-vitamin lain. Setiap individu juga perlulah arif dengan
keadaan kesihatan diri sendiri dan penyakit yang dihidapi supaya
supplement yang diambil adalah bersesuaian dengan tahap kesihatan.
Set-Set Vitamin Yang Mengandungi Alfalfa
Disebabkan Alfalfa ni kaya dengan pelbagai manfaat, jadi ada banyak
set vitamin yang boleh dikombinasikan dengan Alfalfa contohnya:
- Set Sugar Control (Untuk penghidap kencing manis/ diabetes)
- Set Pelangsingan
- Set Healthy Circulatory (Untuk kesihatan kardiovaskular)
- Set Asthma/ Allergy/ Eczema
- Set Jerawat
- Set Kecantikan Kulit
- Set Penyusuan (Untuk milk booster)
- Set Bersalin (Untuk ibu berpantang)
- Dan lain-lain.
Cara Pengambilan Alfalfa Complex
Alfalfa Complex boleh diambil ikut keselesaan dan keadaan kesihatan
individu iaitu antara 2 biji hingga 10 biji sehari. Tetapi sebaiknya
dapatkan konsultasi eksklusif daripada pengedar Shaklee anda supaya anda
boleh dapat nasihat dan cara pengambilan yang sesuai dan tepat untuk
anda. Sebab cara makan antara individu mungkin berbeza ikut keperluan.
Dan cara makan juga ada pelbagai, mengikut nasihat pengedar
masing-masing.
Alfalfa boleh diambil selepas makan ataupun sebelum makan mengikut
tujuan pengambilan. Boleh telan ataupun dihancurkan dalam air untuk
dijadikan teh herba sebelum diminum. Sebaiknya ambil bersama air kosong
dan elakkan ambil bersama produk tenusu. Jika anda amalkan Alfalfa,
elakkan pengambilan serentak ataupun jarakkan pengambilan Vitamin E, GLA
Complex dan Ostematrix untuk fungsi vitamin yang lebih berkesan.
Tablet Alfalfa ni tak pahit dan tak busuk. Jangan risau susah nak
telan sebab tabletnya memang dah direka khas untuk mudah ditelan jadi
anda takkan rasa terseksa pun InsyaAllah. Bukannya macam jamu nenek
moyang kita dulu-dulu. Orang dulu-dulu minum ubat periuk dan makjun
segala. Memang kembang tekak nak makan.
Testimoni Alfalfa Complex
Dah ramai orang yang cuba amalkan Alfalfa Complex ni dan ramai juga
yang dah merasai kesan positif. Ni saya kongsikan beberapa testimoni
daripada pengamal Alfalfa Complex untuk pelbagai masalah dan tujuan.
Antaranya:
1. Alfalfa Complex membantu melancarkan pembuangan dan atasi masalah sembelit.
2. Alfalfa Complex bertindak
sebagai milk booster untuk banyak susu badan. Sangat membantu ibu
bekerja yang breastfeeding untuk susukan anak secara eksklusif dan buat
stock susu EBM.
3. Alfalfa Complex bersama ESP, Vitamin E dan GLA Complex bantu kurangkan parut jerawat pada kulit wajah.
4. Alfalfa Complex dan GLA
Complex bantu perbaiki masalah period tak stabil (irregular period) dan
masalah hormon tak stabil. Dalam masa sama bantu cerahkan dan cantikkan
kulit.
5. Alfalfa Complex membantu
atasi masalah keputihan. Dalam masa sama bertindak seperti kacip fatimah
dengan merapatkan dan mengemaskan sistem peranakan dan bahagian sulit
wanita malahan membantu mengeratkan hubungan suami isteri
6. Alfalfa Complex bersama set kesuburan Shaklee membantu meningkatkan dan memperbaiki masalah kesuburan.
7. Alfalfa Complex bersama ESP dan Vitamin C membantu memperbaiki masalah sakit tangan dan kulit gatal-gatal.
8. Alfalfa Complex dalam set
berpantang Shaklee membantu pemulihan dalaman ibu bersalin, bantu
banyakkan susu dan bantu cepatkan penurunan berat badan untuk kembali
kurus.
9. Alfalfa Complex dalam set kurus Shaklee membantu penurunan berat badan semasa diet untuk kuruskan badan.
10. Alfalfa Complex bagus untuk
diamalkan oleh penghidap resdung, sinusitis yang kerjanya asyik bersin
ataupun hidung berair. Tambah-tambah kalau lepas makan seafood, belacan,
ikan masin dan sebagainya takdelah teruk sangat gatal-gatal hidung tu.
The Father Of all Foods
Alhamdulillah ramai yang dah rasa manfaat kebaikan daripada segi
kesihatan lepas cuba Alfalfa Complex ni. Memang seksa kan kalau asyik
bersin sebab resdung takpun badan rasa tak best sampai sakit kepala
sebab banyak hari sembelit tak dapat membuang. Macam saya cakap tadi,
ada 1001 kegunaan Alfalfa ni.
Sebab tu lah Alfalfa digelar The Father of All Foods!
Harga Alfalfa Complex Shaklee
Jadi, berapa pula harga super food ni? Maklumlah kan 1001 kegunaan mahal ke? Tapi
jangan risau, anda pun boleh cuba Alfalfa Complex ni dengan harga yang
lebih daripada mampu milik! Alfalfa Complex Shaklee terdiri daripada 2
saiz:
- Large (700 tablets) RM97.50
- Small (330 tablets) RM53.75
Murah sangat kan? Silalah percaya! Boleh beli untuk family sorang
satu botol. Tapi, ahli Shaklee berdaftar mestilah boleh beli dengan
harga ahli. Hubungi saya untuk harga menarik lagi tertarik!
Awas! 80% Penyakit Bermula Daripada Perut
Kalau anda baru ada kesedaran nak mula jaga kesihatan dengan amalkan
makan supplement, saya recommend sangat mulakan dengan Alfalfa Complex.
Sebab Alfalfa akan cuci usus dan kekotoran dalam badan. Kemudian barulah
segala zat dan nutrien yang kita makan akan terserap dengan baik dalam
badan dan tubuh boleh berfungsi dengan baik.
Bayangkan longkang yang kotor dan tersumbat, kita boleh cuci dengan
berus. Tapi macam mana pula dengan usus? Jadi inilah fungsi Alfalfa ni.
Pentingnya detoksifikasi ni sebab 80% penyakit adalah bermula daripada
perut. Sebab tu kita kena jaga kebersihan usus perut supaya segala
toksin dan lendir kotoran yang melekat pada usus dapat dibuang keluar.
Saya boleh nasihatkan dan beri cadangan vitamin yang bersesuaian
mengikut masalah dan keadaan kesihatan anda. Sebab saya faham memang
banyak makanan tambahan dipasaran. Nak mula makan yang mana satu dulu
pun tak tau kan. Jadi boleh mulakan dengan Alfalfa dan kemudian tambah
satu persatu ikut target dan tujuan masing-masing.
Memang best sangat Alfalfa ni. Sepanjang saya sendiri amal, memang
badan rasa ringan dan perut rasa kempis. Kurang allergy dan jarang sakit
pun ye juga. Alhamdulillah. Boleh cepat hubungi saya untuk rasa sendiri
khasiat jamu moden ni. Semestinya konsultasi percuma dan berterusan
daripada saya
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment