CREDIT : http://www.mamawidad.com/370/11-cara-kawal-tekanan-darah-tinggi-tanpa-ubat/
Meninggal Secara Mengejut
Kisah 1
Senior sekolah saya. Walaupun tak rapat tapi saya ingat lah dia ni.
Bujang lagi. Badan besar. Tua setahun je daripada saya. Satu hari dia
balik bercuti ke rumah mak ayahnya. Sedang dia berjalan nak pergi duduk
atas kerusi, tiba-tiba jatuh! Terus tak ada… Macam tau-tau aje ajalnya
dah sampai. Ditakdirkan dia balik bercuti dapat jumpa mak ayah kali
terakhir. Kalau jadi apa-apa sorang-sorang di rumah sewa macam mana lah
kan…
Rupa-rupanya dia memang ada masalah hypertension. Ditakdirkan waktu
tu salur darah dia tersumbat. Burst terus sebab tekanan darah tinggi
sangat.
Kisah 2
Kakak kepada orang yang saya kenal. Kenal pun tak rapat sangat. Kakak
ni muda lagi. Usia dalam awal 30an. Masih anak dara. Kerja pun bagus.
Orangnya kurus aje. Memang nampak sihat lah. Tapi satu hari dapat berita
dia meninggal. Masa di shopping complex tiba-tiba dia collapsed.
Rupa-rupanya terkena serangan jantung mengejut. Saya pun tak pasti lah
dia memang ada masalah darah tinggi atau jantung ke.
Tapi kalau tengok susuk tubuh dia memang tak sangka lah kan. Muda lagi plak tu. Tapi yelah dah ajal…
Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi
Jangan main-main dengan penyakit berkaitan kardiovaskular. Penyakit ni tak terjadi kalau kita ambil langkah daripada awal untuk elak dan kawal tekanan darah tinggi.
Sebab once darah tinggi dah tak normal, akan membawa kepada pelbagai
penyakit lain yang lebih serius. Kata kuncinya ialah ubah cara hidup ke
arah lebih sihat!
1. Amalkan Pengambilan Makanan Tambahan
Pengambilan supplement seperti CoQ10, B Complex, Vitamin C, Omega 3, Garlic dan Phytocol (penyekat kolestrol)
sangat membantu untuk mengawal tekanan darah tinggi. Kalau anda gugel,
boleh jumpa banyaknya manfaat setiap satu supplement ni untuk kesihatan
kardiovaskular dan jantung. Boleh pilih supplement yang berasaskan
semulajadi ni tanpa bahan kimia bahaya daripada rangkaian produk
Shaklee.
2. Kawal Berat Badan
Sangat penting untuk pastikan berat badan kita idea. Terlalu kurus
pun tak baik dan kalau terlebih berat sampai tahap obesiti pun lagi lah
tak bagus. Bila berat badan kurang, selalunya bacaan tekanan darah akan
jadi lebih rendah. Sebab jantung tak perlu bekerja terlalu teruk nak pam
darah kalau dibandingkan dengan badan yang gemuk.
3. Rajin-Rajinlah Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan. Bersenam secara berterusan dan
konsisten boleh bantu mengawal berat badan dan turunkan berat badan
berlebihan. Kolestrol berlebihan dalam badan boleh terbakar. Sekiranya
tak, kolestrol yang terkumpul akan jadi lemak tambahan dalam badan.
Bersenam boleh bantu kurangkan stress dan turunkan bacaan tekanan darah.
Peredaran darah juga jadi lebih lancar.
4. Makan Secara Seimbang Dan Sihat
Amalkan makan makanan yang menyihatkan secara seimbang. Elakkan makan
berlebihan, makan makanan tinggi lemak, berminyak, bergoreng, makanan
manis dan makanan segera atau diproses. Sebab makanan begini mempunyai
nilai kalori yang tinggi tapi kurang zat berkhasiat. Pastikan kita lebih
banyak ambil buah-buahan dan sayuran segar dan dalam masa sama minum
banyak air kosong.
5. Kurangkan Garam Dalam Masakan
Garam antara punca utama tekanan darah tinggi meningkat. Kawal
pemakanan bermula dengan menyediakan makanan yang kurang garam dan
perasa. Elakkan letak garam berlebihan. Elakkan juga makanan yang tinggi
kandungan garam seperti makanan ringan dan makanan diproses. Sebaiknya
baca label makanan sebelum membeli makanan.
6. Kawal Pengambilan Alkohol
Sebagai Muslim adalah diharamkan untuk minum alkohol. Sebab
sememangnya terbukti alkohol langsung tidak membawa apa-apa manfaat
kepada kesihatan. Tetapi bagi yang bukan Muslim, kawal pengambilan
alkohol agar tak diambil berlebihan. Alkohol boleh meningkatkan tekanan
darah dan merosakkan jantung dan buah pinggang. Sebaiknya berhenti
mengambil alkohol.
7. Elakkan Kafein Berlebihan
Bukan saja kafein menyekat penyerapan zat dan nutrien berkhasiat ke
dalam badan secara efektif tapi pengambilan kafein berlebihan boleh
menaikkan tekanan darah tinggi. Kafein juga menyebabkan fungsi tubuh
berubah contohnya rasa mengantuk hilang. Sekiranya dijadikan amalan
minum kafein untuk hilangkan mengantuk secara berterusan, tekanan darah
boleh naik mendadak dan membahayakan kesihatan.
8. Elakkan Merokok Dan Menjadi Perokok Sekunder
Merokok boleh menaikkan suhu dalam darah. Secara tak langsung
meningkatkan tekanan darah. Terlalu banyak kesan sampingan akibat
daripada merokok. Antaranya sakit jantung, kanser paru-paru, sesak nafas
dan sebagainya. Merokok juga tidak membawa apa-apa faedah kepada
individu malah memberikan kesan lebih buruk kepada orang sekeliling yang
terpaksa menghidu asap rokok. Adalah lebih baik terus berhenti merokok.
9. Kurangkan Stress
Ada banyak punca stress. Sebaiknya kurangkan dan cuba elakkan perkara
yang boleh menyebabkan tekanan. Stress boleh meningkatkan tekanan darah
dan tak baik untung kesihatan jantung. Kurang rehat dan kurang tidur
juga boleh menyebabkan stress. Cuba kawal stress dengan baik terutamanya
berkaitan dengan kerja ataupun peribadi. Sekiranya perlu dapatkan
nasihat dan cuba bercakap dengan orang yang boleh dipercayai.
10. Periksa Tekanan Darah Secara Berkala
Adalah bagus jadikan amalan untuk periksa tekanan darah secara
berkala. Boleh beli alat bacaan tekanan darah dan simpan satu di rumah.
Lagi bagus kalau buat pemeriksaan rutin secara berkala dengan doktor.
Kadang-kadang kita rasa sihat tapi sebenarnya tak. Pemeriksaan dengan
doktor adalah lebih teliti dan doktor boleh nasihatkan sekiranya ada
perkara yang perlu diberi perhatian.
11. Dapatkan Sokongan Keluarga Dan Rakan
Untuk kawal tekanan darah bermula dengan amalan gaya hidup sihat.
Kadang-kadang agak mencabar untuk disiplinkan diri sekiranya orang
sekeliling kurang sensitif dan tidak memahami. Jadi beritahu mereka akan
akan masalah dan target anda dan minta mereka untuk memberikan bantuan
sewajarnya. Lagi bagus, sertai kumpulan sokongan online ataupun offline
supaya boleh bertukar maklumat dan pendapat berkaitan kesihatan.
Sebenarnya mahu tak mahu memang kita kena ambil tahu tahap kesihatan
sendiri dari semasa ke semasa. Terutamanya kalau dah berkahwin dan ada
anak. Kalau kita sayangkan anak-anak, suami atau isteri, kita kena
terlebih dahulu sayang diri sendiri. Sebab mereka perlukan kita lama
lagi untuk teruskan hidup bersama sebagai keluarga lengkap.
Kalaupun belum kahwin, macam mana pula dengan mak ayah? Dah cukup ke
kebaikan kita dah buat untuk mereka diusia tua ni? Macam mana pula
dengan adik-beradik, saudara mara, staff-staff di tempat kerja ataupun
masyarakat yang mungkin memerlukan khidmat kita?
Hidup bukan untuk diri sendiri saja. Ingat-ingat lah yang tersayang.
Boleh mulakan amal gaya hidup sihat sepeti di atas dan konsisten ambil
vitamin yang membantu mengawal tekanan darah tinggi. Hubungi saya untuk
dapatkan maklumat lanjut dan order vitamin-vitamin yang sesuai untuk
kesihatan kardiovasular dan jantung.
No comments:
Post a Comment