CREDIT :http://www.mamawidad.com/521/tips-penjagaan-kulit-wajah-agar-kelihatan-mulus-cantik-dan-anggun/
Ramai wanita ingin memiliki kulit wajah yang kelihatan mulus, cantik
dan anggun. Ini adalah tak mustahil kalau kita tau tips penjagaan kulit
wajah yang betul. Bukan saja orang yang berkulit putih tapi yang
semulajadi berkulit kuning langsat, sawo matang ataupun hitam manis pun
boleh memiliki kulit yang gebu kalau mengikuti dengan betul panduan
harian merawat muka.
Tapi fenomena sekarang ramai orang nak kulit wajah yang putih. Eh bila sebut putih ni teringat tagline Qu Puteh.
Putih putih, barulah putih.
Hihi
Memiliki kulit wajah yang putih, gebu dan mulus menjadi dambaan
setiap gadis. Sampaikan yang berkulit gelap pun berlumba-lumba cari tips
dan maklumat mengenai pemutihan kulit. Ada banyak lambakan produk
pemutihan dipasaran. Hati-hati dalam memilih dan jangan consume produk
pemutihan kulit yang sebarangan. Sebab dikhuatiri boleh merosakkan kulit
atau lagi teruk, mengancam nyawa.
Sebelum ambil keputusan nak cantikkan kulit, samada nak putihkan ke,
licinkan ke, lembutkan ke mahupun gelapkan (eh minah salleh kan suka
tanned kan kulit!) mula-mula sekali kenali dulu jenis kulit wajah
masing-masing dan bagaimana cara terbaik untuk memberikan lebih
kesegaran agar kecantikan lebih terserlah.
Panduan Asas Rawatan Kulit Wajah Di Rumah
Ada beberapa langkah asas untuk kita ikuti dalam menjaga kesihatan
dan keserian kulit di bahagian muka terutamanya. Kenapa muka? Sebab
bahagian ni penting! Itulah yang first orang tengok iaitu muka. Sebab tu
lah ada pepatah dari mata jatuh ke hati. Yelah mata tu kan dekat wajah
Adakah anda tahu bahawa kulit wajah merupakan jaringan kulit yang
paling sensitif daripada bahagian tubuh yang lain. Ia mempunyai tiga
lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap satu ini memiliki
lapisan yang berbeza-beza. Umur 20an membuatkan hormon endrogen
berkurang dalam sistem tubuh badan kita. Disebabkan itu, lemak dan
minyak banyak berkumpul pada kulit wajah hingga menyebabkan timbulnya
jerawat.
Penjagaan yang betul sebenarnya adalah asas rawatan kulit wajah yang
kita boleh buat sendiri di rumah. Ok apakah cara-caranya untuk merawat
kulit?
1. Kenali Jenis Kulit
Saya memang jealous dengan orang yang berkulit normal. Sebab apa tau,
gadis yang mempunyai kulit normal selalunya tak banyak masalah. Memang
bertuah sangat sebab kulit kurang berminyak dan kelihatan berseri setiap
masa waima tanpa sebarang solekan.
Kalau yang berkulit kering pula kulit macam ni selalunya mengalami
masalah kulit menggelupas dan mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia.
Kalau tersalah pilih produk penjagaan wajah, kulit mudah jadi
kemerah-merahan dan wajah terasa panas atau pun gatal. Memang perlu
berhati-hati dengan pemilihan produk.
Saya pula kulit saya jenis yang berminyak. Majoriti gadis di luar
sana menghadapi masalah kulit berminyak. Ini disebabkan faktor cuaca dan
paling utama pemakanan. Tapi nak kata saya tak jaga makan pun tak juga.
Memang dah jenis macam tu kan. Yang tak bestnya kulit begini jerawat
senang tumbuh.
2. Produk Pencucian Wajah
Ok lepas dah kenal dengan jenis kulit wajah masing-masing, kita kena
kenalpasti pula apa produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit
kita. Sepanjang hari dengan macam-macam aktiviti, menyebabkan kulit
wajah terdedah pada kotoran degil yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Seelok-eloknya cuci wajah dengan pembersih muka khas dua kali
sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
Dalam memilih produk yang sesuai, sebaiknya pilih lah yang bebas
daripada bahan kimia merbahaya contohnya yang boleh menghakis kulit
wajah. Kalau rajin guna make-up, jangan lupa guna pencuci khas ataupun
make-up remover untuk bersihkan bahagian kulit sensitif seperti mata dan
bibir. Penjagaan rapi diperlukan kerana tempat-tempat ini mudah
terdedah kepada bahaya bahan kimia yang tidak terkawal.
3. Rawatan Awal
Kulit wajah orang muda masih lagi bertenaga dan berupaya untuk
menjana semula sel-sel baru. Jadi kulit sentiasa bertukar. Kulit wajah
mengalami perubahan setiap dua atau tiga minggu sekali. Amalkan rutin
rawatan wajah yang melibatkan penggunaan pembersih, toner, pelembap dan
diikuti dengan urutan lembut, scrub dan masker mengikut waktu yang
ditetapkan.
Rutin ini berfungsi membuang sel kulit mati. Dalam masa sama proses
ini mampu membuka ruang pori dan memudahkan kekotoran dibuang,
mengekalkan kesegaran, menyeimbangkan kelembapan, menyihatkan kulit dan
wajah nampak lebih cantik.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment