Thursday, 22 September 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Beza Pengguna Shaklee Dengan Pengguna Produk Lain

Ni ada lah sharing dari mentor kami..

 

Beza Pengguna Shaklee Dengan Pengguna Produk Lain

Sepanjang bertahun-tahun kami berurus niaga dengan pelanggan-pelanggan yang menggunakan produk Shaklee ni, ada sesuatu yang special tentang mereka. Padahal, mereka tiada apa-apa insentif setakat menggunakannya untuk keperluan peribadi. Bukan berniaga Shaklee pun.
Apa yang hebatnya tentang pengguna-pengguna Shaklee?

Tahu Bezakan Fitnah Dengan Fakta

Sejak hari pertama kami mula serius dengan business Shaklee ni lagi; 6-7 tahun lepas, Shaklee dah dikutuk, dihina & difitnah dengan macam-macam tohmahan liar dan tidak berasas. Antara yang paling popular, consultant susu ibu beramai-ramai mengeluarkan fatwa “susu ibu adalah semulajadi, jadi tak perlu sebarang pemakanan tambahan”.
Padahal semua orang pun memerlukan vitamin & nutrisi yang cukup.
Susah juga nak berdebat logik dengan consultant terlebih tauliah ni kadang. Lagi-lagi bila kita ni yang namanya pengedar, jawab lah apa pun pasti dituduh “dia ni nak jual je”. Siap kena sound direct lagi “jangan mata duitan”. Padahal kami nak tolong ibu-ibu yang nak menyusu saja. Jawab pun dah dengan fakta.
Dalam pada tu pun, sales kami masyuk je.
Dengan kata lain, ibu-ibu guna je Shaklee.
Keadaan jadi makin runsing apabila consultant yang punya lah banned produk Shaklee ni pun sebenarnya jual macam-macam milk booster. Pengguna mula tertanya-tanya “cakap tak perlu sebarang pemakanan tambahan, tapi sendiri jual macam-macam milk booster?“. Follower yang bijak mula memberanikan diri menggunakan Shaklee. Siap ada yang pesan “jangan beritahu orang lain”.
Takut kena pulau gamaknya.
Alhamdulillah, mereka berjaya menyusukan anak masing-masing. Buktinya, lihat sahaja pengedar Shaklee sekarang. Majoriti bermula dengan vitamin untuk ibu menyusu suatu ketika dahulu. Dah sampai anak ke-5 pun masih setia menggunakannya untuk tambah susu badan. Kadang tu tak dapat nak bendung air mata dek terharu dengan feedback positif mereka.
Syukur sangat-sangat.
Semuanya sebab, pengguna Shaklee mampu membezakan fitnah dengan fakta.

Tak Percaya Testimoni Membuta Tuli

Perasan tak? Sekarang ni makin banyak produk-produk kecantikan & kesihatan yang yang muncul secara tiba-tiba. “Pil Kurus Nona Noli” lah, “Night Cream John Snow” lah atau “Maajun Pak Shah Rukh”. Ya, semua ini bukan nama sebenar.
hasilkan produk kosmetik sendiri

Dan sebab dah beracun tapi masih ingin melariskan jualan, pemilik produk tersebut bermati-matian membuktikan keberkesanan produk mereka dengan testimoni buta.

Lebih dasyat, mereka sanggup menipu testimoni; menggunakan testimoni produk lain tetapi claim milik produk mereka. Dan mereka tak anggap ianya satu kesalahan pun. Sebab kata mereka “itu strategi marketing”. Tok guru marketing mana lah yang bagi ajaran sesat sebegini. Siap letak nama produk Shaklee sebagai bahan utama produk!

Malangnya, banyak saudara mara kita yang guna.
Akibatnya, muka elok-elok cuma ada seketul dua jerawat jadi habis menggelupas selepas menggunakan produk tersebut. Siap ada yang berjaya putihkan kulit sampai pucat (putih sebab produk tu hentikan darah ke muka) tapi lepas-lepas tu badan rasa lemah gemalai sampai pengsan.

Yang claim konon mampu mengubati kencing manis lebih dahsyat. Elok-elok Doktor cakap masih boleh bertahan tiba-tiba terus kena potong kaki sebab paras gula dalam darah meningkat akibat menggunakan produk-produk tersebut.

Tapi pengguna Shaklee lain.

Paling tidak pun buktikan dulu yang ianya dihasilkan oleh saintis yang berkelulusan. Bila dah terbukti, tengok pula pada kajian saintifik yang mereka hasilkan. Benar-benar boleh pakai atau sendiri saja yang cakap bagus.

Lepas tu, baru rujuk pada testimoni yang ada untuk lihat sejauh mana keberkesanannya. Mereka cukup bijak untuk tidak membeli atas dasar testimoni semata. Testimoni tersebut mestilah bersandarkan oleh logik saintifik.
Begitulah bijaknya pengguna Shaklee.

Bukan Sekadar Kesian nak Tolong Kawan

Tak cukup dengan menipu testimoni, produk-produk beracun tersebut di kaburi pula dengan label “bumiputera”, “orang kampung” atau “makanan sunnah”. Ya, ia memang sengaja dilabel sebegitu bagi meraih simpati para pembeli. Lagi-lagi orang Malaysia memang terkenal dengan baik budi & suci murni. Mereka yang naif adalah sasaran utama mereka.

Tidak terhenti di situ. Mereka melatih para pengedarnya untuk membenci produk lain, terutama yang datang daripada US. Maka bermula lah laungan boikot produk Yahudi & Amerika. Harapan mereka, orang cukup benci dengan sesuatu produk lain sampai terpaksa menggunakan produk mereka.

Kalau produk mereka terbukti bagus, tak perlu memburuk-burukan produk lain pun orang datang membeli, kan? Hanya perlu buktikan yang produk mereka benar-benar berkesan secara saintifik; bukan omong-omong kosong, pengguna pasti yakin.

Tapi kalau produk tersebut memang dah tak bagus, mereka terpaksalah guna apa saja “teknik marketing” walaupun ianya salah & tidak beretika. Janji duit masuk. Lebih-lebih lagi jika salah seorang pengedar produk sebegini adalah daripada saudara mara kita. Dia punya pushy tanpa bukti dan paksa suruh kita beli memang lain macam.

Di sinilah bijaknya pengguna Shaklee.

Mereka takkan pernah membeli apa-apa produk hanya sebab kawan atau saudara mereka yang jual. Mereka hanya akan membeli sesuatu yang mereka sendiri yakin akan keberkesanannya. Dan Shaklee, memang dijamin 100% berkesan.

Tidak Dibodohkan Dengan Tipu Daya Penjual

Selalu sangat kita nampak orang yang jual produk kecantikan ni mengenengahkan cara hidup mewah. Kisah “dulu saya bawa kancil sekarang dah pakai Waja” lebih popular daripada cerita tentang keberkesanan produk itu sendiri. Sampai kita jadi keliru “kenapa nak jual produk sampai acah-acah tunjuk Ferrari?”.
Gambar hiasan. Semua nak tunjuk stereng kereta gara2 lelaki kuantan
Gambar hiasan. Semua nak tunjuk stereng kereta gara2 lelaki kuantan
Ya, acah-acah tu sebab bukan kereta mereka pun sebenarnya. Paling-paling pun Ferrari pinjam. Tak pun Ferrari sewa. Nah, belum lagi cerita pasal nak jual produk kecantikan tapi sokmo tunjuk duit berkepuk-kepuk. Keliru sangat kan? Produk yang dijual tu hampas sangat kah sampai perlu diyakinkan dengan kemewahan hidup?
So geli.

Dan ya. Memang ramai rakyat Malaysia yang terjerat dalam perangkap mereka ni. Walaupun sewajarnya kalau beli produk kecantikan tak perlu tahu pun sama ada tauke dia pakai kereta Ferrari atau Lamborgini; yang penting produk tu berkesan.
Tapi mangsa-mangsa keadaan ni memang ada yang begitu. Beli macam-macam produk kecantikan walaupun terbukti beracun sebab suka tengok tauke dia bawa kereta Ferrari. Innalillah…
Tak percaya? Percayalah. 

Kalau tidak,

Masakan produk2 sebegini boleh bertahan.
Tapi pengguna Shaklee jauh lebih bijak daripada itu. Mereka pun sedar “apa kaitan kereta dengan pencuci muka?” atau “aku nak beli pencuci muka, bukan nak beli kereta”, etc. Dan sebab mereka sebegitu focus kepada apa yang diperlukan, faedah utama produk dapat mereka rasai.

Terbukti berkali-kali, pengguna Shaklee memang bijak, kan?
  1. bijak membezakan fitnah dengan fakta
  2. tak mudah percaya setakat testimoni buta
  3. tidak membeli hanya sebab kawan jual
  4. tidak diperbodonkan sebegitu sekali
Dah guna Shaklee? Tahniah!

Anda segelintir pengguna yg bijak.
Masih belum guna Shaklee? MasyaAllah!


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

 



No comments:

Post a Comment