Monday, 13 April 2015

Shaklee Bintulu :Cara Nak Hapuskan Bintik Kolesterol Bawah Mata


Ada bintik dekat bawah mata? Bukan jerawat tapi bintik ni tak hilang-hilang. Walau macam-macam cara buat tapi bintik ni ada bawah kulit, bukan kat luar macam jerawat. Rupanya inilah kolesterol jahat yang sudah mula memunculkan diri.
Cuba  tengok bawah mata korang sekarang. Ada tak benda ni? Macam jerawat tapi bukan jerawat.
Mula-mula mesti kita ingat ini adalah jerawat kan. Ada orang panggil jerawat nasi. Bukan ye tuan puan, inilah bintik kolesterol.

Bintik Kolesterol Kat Mata

Pernah dengar bintik kolesterol? Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan.
Bagaimana nak hilangkan bintik kolesterol ni? Ada cara ke? Tengok pun geram je kan.

Bagaimana Boleh Terjadinya Bintik Kolesterol?

Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandungi kolesterol tinggi. Bintik kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.
Banyak sebab boleh menyumbang seperti mengambil makanan yang tinggi kolesterol dan tidak bersenam atau mengeluarkan peluh. Dan juga sudah tentu mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan tidak terkawal.
Bagaimana tips dan cara menghilang dan menghindari bintik kolesterol ini?
  • kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol.
  • ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat. Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL. Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.
  • jauhkan dari kerap mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolesterol jahat seperti daging, marjerin dan desert yang manis-manis.
  • ambil banyak buah buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Dan tips untuk makan buah, anda digalakkan ambil buah segar, bukan jus buah. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air  semata.
  • tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.
  • ambil omega 3. Ha ini sebentar nanti MJ akan perkenalkan omega guard shaklee di mana ianya tinggi dengan khasiat omega 3. Kalau beli telur kat pasaran pun jangan lupa beli telur yang mengandungi omega 3. Contoh telur yang saya biasa gunakan adalah LTK Omega Plus. Ada banyak juga telur di pasaran anda boleh pilih.
  • lebihkan hidangan ikan. Kalau boleh makan daging tu seminggu sekali dah cukup, yang selebihnya ambil ikan. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.
  • tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan.  Shaklee juga ada menyediakan pil bawang putih iaitu Garlic Complex.
  • Ambil bawang macam bawang merah dan seangkatan dengannya. Bawang juga ada fungsi anti radang.
Jadi MJ nak perkenalkan produk wajib yang perlu anda ambil jika menghadapi masalah kolesterol tinggi ini iaitu Omega Guard, Lecitin dan juga Garlic Complex.

Apa Fungsi Omega Guard Dalam Merendahkan Kolesterol?

Omega guard ini adalah sumber omega 3 yang terbaik. Ini kerana ianya diekstrak dari ikan laut dalam yang bermutu dan dijamin bebas dari merkuri sebab anda kena hati-hati memilih minyak ikan. Jika salah pilih takut yang sepatutnya baik menjadi bahaya pula dek kerana kandungan merkuri dalam ikan tersebut.
Dengan omega guard anda tidak perlu risau sebab ianya dibuat dengan 3 peringkat penyulingan yang mana ia dijamin bebas dari merkuri dan bahan toksik lain. MJ sangat mencadangkan anda mengambil omega guard dan kawan-kawannya  kerana ianya sudah terbukti boleh merendahkan paras kolesterol.
Testimoni mereka yang mengambil set untuk kolesterol:
Alhamdulillah, harini setelah sebulan mengamalkan omega dan lecitin, my kolesterol degil ini pun turun 50% dari bacaan yang sangat tinggi. Tinggal lagi 50% untuk capai paras normal. Baru sebulan makan & of course la dengan sedikit pantang meat & seafood.
Akan diteruskan makan omega dan lecitin for future health.
cara tingkatkan kolesterol baik

No comments:

Post a Comment